perancang yang sesuai

saya pregnant sekarang dah 37w lebih anak pertama... saya da lama fikir apa perancang yang sesuai nak ambik nanti. saya tak boleh makan pil sebab saya sejenis yang lalai bab makan ubat setiap hari ni, even iron tablet pun saya selalu lupa walaupun dah set alarm kat fon, saya mengaku memang saya tersangatlah cuai. kalau nak ambik depo pun ramai orang cakap tak bagus sebab side effect dia. saya ingat nak ambik implan sahaja tapi ada jugak yang cakap tak semua orang doktor benarkan untuk ambik perancang jenis implan. tolong saya, saya buntu ni saya masih muda baru umur 22 tahun... plan nak gap dalam 5 tahun untuk anak kedua sebab suami saya pun muda lagi baru 20. bukan taknak merancang sendiri tapi kandungan pertama ni pun lekat bila saya bersama suami time saya tak subur padahal dah merancang lepas kahwin nak gap setahun dulu tapi rezeki awal tarikh saya pregnant 10 hari lepas kahwin. #seriusnanya #firstmom

11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

klau ikut pengalaman sy. sy sdh try depo (suntikan) tpi period kluar selama 5 bln nonstop. jdi sy plan nak pkai implan tpi nurse xsarankan sebab implan n depo ni sama kesan. nurse sarankan sy mkn ubat perancang. tpi bila mkn ubat perancang dri klinik pula. haid sy 2 minggu n jdi teruk. sy stop. lps tu try pil perancang jasmin tpi bru 2 minggu mkn dah prgnant. p klinik minta cadangan dgn nurse nak pkai iucd tpi nurse ckp walaupun pkai iucd dorg galakkan jgk mkn ubat perancang dgn kata lain double protection @ pun pkai condom n mkn ubat perancang. sy pilih pkai condom n mkn ubat perancang. sy dah xyakin dgn pil. 😂

Baca lagi

jgn ikut ckp org. perancang ni semua ikut bdn kita. depo x semestinya x sesuai dgn org lain, x sesuai jugak dgn u. consult dgn nurse sendiri lagi bagus. dorg lagi tau condition bdn u. tanya apa effect lps tu. chances utk pregnant and so on. ade org amek depo, sesuai je dgn bdn. xde mslh. ade org amek implan sesuai bdn. ade org amek iud, sesuai bdn. so semua depends on ur condition. jgn ikut ckp org. kalau ikut ckp org, semua ckp x elok. semua suruh rancang sendiri. tapi nnti kalau terbabas, awk yg tanggung. dorg sdp je ckp, dorg ok je. xde mslh.

Baca lagi
2y ago

stuju ngn sis..kdg xsesuai ngn org tp sesuai ngn kite.bdn kite xsma.cm sy pon xsesuai depo.priod xbrenti.tp pil sy ok..iucd n implan xpnh try lg😊lps tu yg last rncg sndri tp lekat ingt kn time xsbur xblh lekat.Allah nk bg rezeki😁

Saya mcm awak Jgk. Dulu pkir ckp orang nak ambik mana. Smpai la anak kedua. Badan kita, badan orang. Lain wak. Saya dulu ingat nak pil, tapi Sbb sikap malas on off tu saya ambik depo. Ada je ckp depo buat badan gemok la. Sama Jgk mcm pil. Untuk implan saya kekangan wang. Yg penting jaga badan dan diri. If awak rasa badan ada lain2. Jadi xselesa. Tukar la mana yg ok. Yg penting salu consult nasihat doc/nurse. Boleh je tukar nnty

Baca lagi

merancang sendiri je lah dik..😅 bincang sama2 dgn suami jgn sampai terbabas 😂 merancang baik2 ikut umur tu dah muda sgt2.. 5 tahun tu budak dh tadika.. kalau ada 2nd baby wktu yg sama financial ok x.. ni semua kena fikir tau.. umur awk dn suami lps 5 tahun pun 27+.. still ok lagi🤗.. saya khawin pun dah 27 dik 😂.. jdi merancanglah dgn baik..

Baca lagi
2y ago

takpe je nak plan. nama pun rancangan, nak jadi atau tak tu bukan terpulang pd kita. kalau dah tertulis rezekinya, tak merancang pun dpt. merancang pun dpt. kalau tak, itulah bahagia kita. jgn momokkan org dgn "jgn rancang nanti bila nak tak dpt" sbb tu bukan kerja kita😊

TapFluencer

iucd lah kot kalau yg lain semua mcm tak ok. tp mcm mana pun dptkan nasihat doktor. ada org sesuai, ada org tak. kena try & error. tp kalau implan tu mmg tak sesuai la nak try & error. nak pasang & buka pun dah mahal. samada betul2 disiplin kan diri utk makan pil atau mintak pendapat doktor ttg depo/iucd.

Baca lagi

umur kite same la bru 22, tpi sy pregnant ank kedua dah.. jarak dgn ank 1st 4 tahun ( kalau ikut due 3/1/23 la ).. sbelum ni sy ambik perancang pil tpi tak sesuai dgn badan.. berat turun mendadak, so doctor suruh try cucuk depo.. so far okey je.. kne test dulu perancang yg mne sesuai dgn awak..

setiap apa yg kita ambik ada side effects, mkn nasi pun ada side effects,minum ayaq bobba pun ada side effects. sebab tu kena ambik dibawah pantauan klinik/hospital. bab kesihatan ni tolong dengar cakap pakarnya bukan dengar "orang kata"

kalau nak gap 5 tahun, better pakai iud yg non hormonal. utk depo tak silap sy limit 2 tahun je. takleh amik lebih dari 2 tahun. implanon pulak 3 tahun max.

perancang ni try and error... tengok mne yg sesuai... klau x sesuai boleh tukar cara lain

perancang ni kena try n error.. ada badan sesuai ada badan x sesuai..