nur lyana profile icon
GoldGold

nur lyana, Malaysia

Contributor

About nur lyana

IbuAyah

Posts(12)
Replies(29)
Articles(0)

Subchorionic Haemorrhage

Allah je tau apa perasaan semalam Plan nak kencing, tiba tiba tumpah darah dalam toilet office. Bayangkan tumpah darah macam air paip yg dibuka perlahan. Menitik nitik. Yang pelik perut tak sakit. Cramping apa semua takde. Nasib baik la bawak phone dalam toilet. Call minta officemate dtg toilet bawak tisu dgn pad. Bayangkan darah turun non stop dengan tiba tiba. Takde tanda pape pun. Terus minta officemante bawak pergi hospital columbia bahagian emergency (hospital terdekat dgn office). Kena inject ubat untuk stopkan bleeding. Lepas tunggu, ditolak masuk jumpa dr pakar. Masa tudalam hati mmg dah redha, tawakalillah apa je kata kata yg akan keluar dari mulut dr. Ye lah. Bleeding dah teruk mcm tu. even sementara nk tunggu kena panggil jumpa dr tu pun masih rasa bleeding turun dkt pad. Tapi Alhamdulillah. Allah maha kuasa. Allah masih izinkan anak ini bersama sama dgn ibu nya. Masa scan je, nampak heartbeat dia. Normal kelajuan heartbeat. Dia menari nari lompat lompat lagi dalam perut ibu. Tersenyum ibu. Hilang muka kelat ibu, hilang perasaan risau ibu. Yg tak okay nya rahim ibu. Rahim ibu penuh dgn pendarahan. Dr cakap subchorionic haemorrhage. (Boleh search google pendaran yg macam ni) Mungkin ibu terlalu aktif weekend baru ni. Dgn sepupu ibu nikah, kahwin lagi. Open house lagi. Family day lagi. Padat jadual ibu. Baru ibu perasan ibu tak bagi perhatian dkt anak ibu. Ibu ingatkan sakit perut biasa biasa. Rupanya luar biasa. Anak ibu kuat. Tapi rahim ibu yg tak kuat. Terkejut yg tak boleh ibu bayangkan tengok rahim ibu mcm tu. padahal baru minggu lepas scan dkt KK. Cantikje rahim ibu. Doakan saya dan anak supaya sihat sampai cukup 9 bulan. Doakan jugak kesembuhan rahim ibu. Ohh kandungan ibu baru nak masuk 12 minggu. Tu yg ibu terkejut sangat tengok bleeding banyak. Minggu depan nak inject ubat stopkan bleeding lagi dgn checkup lagi tengok keadaan rahim ibu.

Read more
 profile icon
Write a reply