Jalan jauh sebab kematian

Tumpang tanya, saya baru lepas tolong kenduri kakak ipar 3hari berturut turut, agak penat, tadi mil call ajak suami balik selangor-kedah sebab pakngah nya meninggal. Saya dah 37w2d, esok pagi ada check up kk, mil kata boleh tunda hari lain je. Tapi minggu lepas nurse pesan perut dah turun banyak, tunggu tanda je. Kalau boleh elak jalan jauh sebab takut bersalin luar kawasan agak rumit lagilagi bila baby kena tahan wad dll. Melainkan memang bercadang nqk pantang disana. Dahlah mil nak 7hari dekat sana sebab tahlil. Saya suruh suami gerak je tanpa saya. Takpun suruh je abang ipar yang tinggal sekali dengan mil yang bawa ke kedah. Saya memang taknak, takut apaapa jadi sebab anak first takde pengalaman. Kalau kat sana baby kena tahan wad lama dah kena cari barang baby lagi. Nak balik angkut barang pun dah berapa habis minyak tol. Duit kami dahlah cukupcukup je. Sebab suami terpaksa tolong mil niaga makanan je, 10pagi-11malam, tu pun kalau hujan atau tak laku takde gaji, jadi duit memang tak banyak mana dengan sewa rumah, bil itu ini. Kakaknya dengan abang ipar tinggal sekali mil, tolong mil juga cumanya dia tak perlu bayar rumah, bil dan makan minum mil support. Belum lagi kena duduk homestay sebab sana rumah pakngahnya tak terima tetamu untuk bermalam, habistu kalau berpantang takkan nak sewa homestay lamalama. Mil kata kalau terberanak pun duduk 2minggu je lepastu boleh balik dah. Saya pula yang nak kena hadap pantang pantang tu jalan jauh. Tapi rasa serba salah pula sebab mil nak anak lakinya drive. Lagipun mil dah call sampai 4x. First call, 11.30malam. Suami dah kata esok ada checkup, mil kata nanti tunda je checkup tu. Sekarang saya punya appointment seminggu sekali, dia minta tunda 7hari. Saya cakap, kalau nak tunda oun tunggu esok pagi saya call inform dan tanya nurse saya dulu. Mil end call. Lepastu 12.06malam mil call balik tanya tak boleh ke tumpang je checkup sana, checkup biasa je kan berat apa semua tu takde apalah, suami cakap lagi, minggu lepas last checkup nirse dah pesan tak boleh jalan jauh. Nak balik perak sebab urgent haritu pun tak jadi. Mil end lagi. Pagi tadi pukul 7.45am mil call lagi tanya dah checkup ke, suami cakap checkup pukul 9am baru nak siapsiap ni. Mil kata lagi kalau selesai awal bagitahu boleh gerak sama. Pukul 8.40am dekat klinik mil call lagi cakap dia dah nak kena gerak, abang ipar yang akan drive. Mil kata kalau suami saya ada dari malam tadi nak gerak dah. Tapi ni dia tunggu sampai pagi pun masih tak selesai checkup lagi. Dia gerak jelah. Dan dia pesan kalau dah selesai takde apa nak gerak, geraklah dia tunggu sana. Saya dengar pun rasa bersalah, yelah sebab sayakan benda jadi. Tapi khamis pun dah kena jumpa doktor pula Patut ke saya pergi je tapi ready barang baby + buku pink etc. Ada ibuibu yang ada pengalaman jalan jauh masa hujunghujung pregnancy? Atau cadangan untuk saya?

49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

toksah laahh. kang terberanak tgh highway, naya nak crik hospital. nurse ckp tu btol. kalau kata nnti bby ade kuning ke ape kena tgl ward ke kan susah. dah kena crik hotel bagai2. kena pulk nnti jenis mak mertua awk tu, dan2 tu jugak nak balik x fikir awak. lagi susah. sbb now pon mak mertua awk x fikir psl awk. die dh tau awk dh sarat. 37w tu anytime je boleh beranak, boleh pulak sibuk suruh laki tu bwk pegi jauh2. anak2 lain ada kan, xsalah pon mntk tlg yg lain. dan awk pon actually xboleh dh tgl sorg kt rumah. buat nya tetibe nk terberanak, sapa nk bwk pegi hospital. kalau ade kete, still boleh drive xpe. kalau xde? nak tgu ambulan lambat. nak order grab boleh. tpi nnti nak bwk beg apa semua. xkn nk suruh grab driver tu yg bwk pulak. laki awk pon kena function jugak. mmg la tu pakcik dia, tapi org tu ade fmly yg boleh uruskan, xde laki awk pon arwah nye tetap akan ditanam jugak. yg ptot die risau kan is awk. isteri die ni mengandung dh nak bersalin. bukan anak org lain, anak die jugak. nyawa tu 50-50je org kata kalau beranak ni. esok jgn die menyesal kalau ape2 jadi. ckp je mcm tu dgn laki tu. kalau sye ni, mmg mak mertua dgn laki semua sye amuk kan. mak mertua pon mcm xpenah beranak pulakk gaya sedap nye bercakap. selangor kedah tu ingt sejam dua boleh sampai ke ape. plg laju pon 5jam 6jam. tu pon kalau speeding 140 above. and xde singgah memane. dah kalau awk pegi mesti byk pitstop sbb awk xboleh duduk lama dlm kereta. nak pg toilet nye, nak renggang kan pinggang nye. dgn mne nnti lapar nye.

Baca lagi
3y ago

Comment bernas and saya setuju sangat. Haritu ada kematian belah pakcik husband, walaupun dekat, mak ayah saya tak bagi pergi jenguk sebab tgh sarat. Apatah lagi sis yg dah 37w, nak berjalan berjam jam tu

Xyah laa.. Abaikan je mil tu ( lam hati Ku membebel apa punya mil xde otak nak fikir) Sy baru 19w. Minggu lepas balik utara uma mil Dr kl. Bleeding duk lama sangat hadap jem. Nasib semua OK semua. Bulan 12 nie ada kenduri besar uma mil, dia Siap pesan kat anak dia, xyah balik sebab sy dah sarat. Kenduri jalan jer walaupun kami xde, ada Adik2 husb boleh tolong. Jangan risau. Bukan nak cakap mil sy baik, Kadang2 sy x sbulu jugak dgn dia. Tp at least dia boleh fikir mana baik mana tidak. Sis xpayah nak cari masa lah, tak perlu pun nak rasa berslah. Bukan salah sis pun. Kalau nak cakap pregnant tu, baby xjd kalau 1 pihak jer.. Hahaha. So chill je, jgn nak stress or serabut. Sis dah sarat. Biar je laa suami tu balik p kat mak dia, klau tu boleh happy kan mak dia. Lg pun dia keje ngan mak dia, kang dia gaduh susah juga. Sis duk je umah.. Rest jer.. Skang cuti skolah. Sy baru balik ahad lepas Dr utara ke kl Dr pukul 2 bertolak kul 12 malam sampai kl. Jgn cari pasal tau Hehe... Nak patah rasa Pinggang. Dengan semua r&r full, nak masuk simpang pun beratur panjang. Parking xde Lg. Org ramai gila. Naya tau. Sy Baru 19w.. Bayang kan sis dah 37w tu. Semoga baik2 jer Utk sis sampai baby keluar.

Baca lagi

Kalau sya kan.sye akan berbincang terangkan dng suami utk focus ke keselamatan bakal anak dan mommy.byk risiko nk kena tanggung tuh..apa2 kita suami isteri yg hadap bukan mertua /ipar duai.so kita kena utamanakan yg mana paling penting dan utama..yg dah meniggal mmg tetap meninggal jadi jika ada pilihan minta org lain ganti bawakan mertua tu ke sana.selagi boleh elak kita elak dah jadi nnti menyesal kedian hari.ingat fikir panjang byk benda nk kena jalanan tu proses bersalin lepas bersalin keadaan mommy & baby ada step2 lain akan menyusul.better suami di sisi saat penting..so sis xperlu pergi..xda nye jadi anak derhaka suami tu..sebb dlm islam adil mana yg wajib mana yg sunat utk dikerjakan.No need rasa serba salah ..mommy kena bertegas utk bakal anak mommy & diri mommy & suami kita ada hak utk buat keputusan demi keluarga kecil kita mommy.semoga Allah mudah segala urusan dan memberi kefahaman & lembut hati buat MIL mommy.

Baca lagi

Betul semue komen2 di sini puan, tolong la bawa bincang dengan husbnd. Perkara lahirkan anak ni is life n death tau. Ini berkaitan dgn nyawa ibu dan baby, tak boleh ambil mudah perkara ni. Bile puan lahirkan anak barulah akan faham mcm mne bertarung nyawa kita lahirkan anak. Boundaries husband kat mane? Dia kene pentingkan isteri dan anak dulu. Yang dah meninggal tu sembayang je sendiri utk die. Mil tidak semestinya betul dalam semue perkara. Byk lagi ahli keluarga yg boleh tolong uruskan, mereka harus fhm keadaan kamu. 37 weeks anytime je boleh pop. Mcm mne kalau tgh jln jauh2 dah contraction, air ketuban pecah, darah dah mengalir, next hospital dlm 50km lagi? Mana lagi traffic jam jln tu. Ingat boleh tahan2 lagi ke, boleh menyebabkan kematian tu. Pls jgn ambil risiko puan, laki puan kena berada di sisi biarpun kena tunggu seminggu lagi utk branak. 🙏🙏

Baca lagi

Tolong jangan pergi Dan tolong jgn rasa bersalah. Kalau cerita kat 100 org, mmg mil sis tak patut paksa mcm tu. Teruk nya dia takda perasaan. Main ckp mcm senang je. Geram pula Sy. Hubungan yg retak ni , Boleh dibaiki nnti. Tp kalau apa2 terjadi pada sis atau baby, semua blh minta maaf sj. Pastu lupa. Kita yg merana sedih Dan menyesal. Tak pyh fikir lagi. Mmg terang2 yg betul sis Dan husband tak patut pergi blk uncle yg meninggal tu...kirim Salam call Dan minta maaf. Boleh bg donation juga kalau ada sikit duit lebih. Semua org akn faham. Biarla mil nk masam muka ke apa. Ni bukan Kali pertama, msti ada lg nnti. Tak Guna asik nak ikut dia yg tak masuk akal ni.... minta maaf ya pada suami sis, Sy teremosi pula... sbb dah jd kat Sy, skrg menyesal Dan masih teringat2 baby yg hilang sbb keluarga mertua...

Baca lagi

tak paham la ngn mil mcm ni...teruk sgt paksa2..jgn la bg muka dekat mil..kalau dh bg muka mcm ni nanti lain kali mesti dia akan buat lagi..sebab sy pun mcm ni dulu..bagi muka last2 yg susah diri sendiri...ikut kata mil pun esok2 dia mengungkit gak..so biar je...suami nak gi , dia gi ..kalau dia pikir awak , dia akan tinggal dgn awak..dh 37w+ bahaya jalan jauh..dgn sakit belakang..ntah jem ke apa lagi..nk duduk lama pula dekat sna..mmg silap2 bersalin dekat sana nanti..awak tolak je baik2..kata je nurse n doc dh pesan tadi jgn jalan jauh.awak dh tggu masa je ni..silap2 esok lusa pun boleh bersalin..nurse n doc suruh berehat..tu je..dia tak paham gak biar je.tak boleh buat apa dgn org jenis suka maksa2 ni..awak pikir awak n baby je....jd apa2 nanti bukan mil yg susah.sorry terlebih emo pulak 😅

Baca lagi

Puan, Saya ni walaupun kandungan Baru 31w, baby kedua, nk jln jauh pun xberani. Sbb Anak first lahir 35w.baru2 ni pun Pak ngah suami meninggal Dia Johor. Kami stay kl. Mertua ipar keluarga sana semua Faham Bila suami saya Cuma wakil kan keluarga Yang lain disebabkan keutamaan adakah isteri Dan Anak Dia. Walaupun saya ada ckp dgn suami pergilah Kalau nak pergi, saya boleh stay rumah, Sbb jiran2 Kenal kami Kalau apa2 jadi, Tapi suami tetap pilih kami. Lagipun kewangan pun xmengizinkan. Suami Cuma Call keluarga arwah saja. Kalau keadaan puan ni baik pikir diri sndri Dan Anak dari jaga hati orang lain. Betul kata nurse, ap2 bersalin luar kawasan, Mmg agak susah untuk si Ibu n Anak Nnty.

Baca lagi

Allahu, patutnya suami awk kne lebihkan awak. lagi2 anak sulong. org yang da pergi, biarlah pergi. ada yang bakal mnyusul itu patut di fokuskan. keutamaan suami puan skrg ada la puan, bukan ibunya. sy da pernah baca kisah mcmni sbelom ni. di sebabkan kepentingan ibu mentua nya anak dlm kandungan menantu meninggal sbb biarkn sndiri. sy pernah baca sbelom ni dalam apps TAP ni. jalan cerita puan lbih kurg mcm dia. cuma nya dia sudah terjadi, puan belom lagi. saya sarankan puan tolong sedarkan suami tu. mana lg penting. jgn disebabkan ibu nye pentingkan diri sndiri anak dlm kndungan puan terjejas. mintak dijauhkan. berbincang la semula dgn suami.

Baca lagi
VIP Member

Sis xyahla ikut.. Cuba sis bincang elok2 ngan suami.. Sy dlu pun pnah ada pengalaman.. Tp sy ni bru je 6week time tu.. Tp mil sruh suami sy ikut skali ngan dorg join trip family belah suami sy... Non stop jalan nya... Dr kelantan-pahang-johor-melaka-pahang-kelantan.. Sy first pregnancy time tu... Tgok2 lpas trip tu bleeding&misscarriage.. Suami sedih sngt.. Dy tahu sy penat.. Tp sbb mak dy paksa ikut dy ikut jgak... So sy sarankan sis bnykkan rehat sbb da sarat sngt tu... Bila2 je bole bersalin tu sis.. Bab mil tu bkn kita nk melawan dy.. Tp kita kne utamakan yg utama dlu.. Semoga mil2 kita berubah menjadi lebih baik.. Allahumma aamiin

Baca lagi

telan mati mak, luah mati bapak. saya faham situasi puan. tkut salah tindakan kita dituduh menghasut suami dan membelakangkan mil. benda camni ptt nye pihak keluarga belah suami kena faham.. tp ade je yg x mahu atau buat2 x faham. takut nnt anak kesayangan lupakan ibu sendiri. ramai mommies kat sini nasihatkan benda yg sama dan itula hakikatnya. semua yg nasihat da berpengalaman. jadi tepuk dada tanya selera. hubungan bole fix kemudian, pandai2 lah ambil hati mil kemudian. benda x akan berlaku sekelip mata, byk sabar dan doakan yg terbaik. semoga puan selamat melahirkan.

Baca lagi