MIL paksa kerja...

Nak tanya mommy2 semua normal ke mil paksa kita kerja? mil suruh kita kerja dengan alasan dunia sekarang keras, duit pun makin kecik jadi sebagai isteri kena bantu suami, padahal suami saya tak pernah paksa pun, dia tak kisah sama ada saya nak kerja ataupun duduk rumah, gaji suami pun cukup je untuk keluarga kecil kami cumanya kadang2 tu mil tak dapat bahagian sbb balance gaji tinggal duit belanja untuk suami, saya rasa macam mil paksa saya kerja supaya suami tak miss bagi duit bulanan dekat dia, pendapat mommy2 macam mana?

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Idk, but, my brother and my husband both ada quite big incomes (roughly around 40-50k/month). While me & my sis in law both are educated (degree master holders). I kerja je - corporate & at the same time I also own my own business. My income pun mmg 5 figures. My own savings pun I think you all blh la agak2 kan. At the same time, my sis in law tak kerja. Dia mmg sejenis yg rasa diri dia entitled, nak senang, nak luxury, siap demand for maid. Even my brother’s income nmpk byk, but actually kalau wife yg rasa “entitled” lebih, at the end of the day mcm takda apa pun. Struggle balik je I tgk. So my parents tak berkenan. You ada education. Tapi you malas, dan hny nak luxury lifestyle dlm hidup yg malas. That doesn’t work well la. My parents mmg agak tak berkenan - boleh faham la kot. Hahahaha tapi, dari segi jaga anak, dia jaga jela. Cuma sejak ada maid, maid la lebih jaga anak. At first, my parents okay je kalau dia taknak kerja sbb nak jaga anak2/become a good housewife. But then, doesn’t seems like it la. More towards nak luxury life but no comment lah I pun. Maksud I macam, masak jarangggg. Kemas rumah pun jaranggg. Maid je everything. So - yeah. Meanwhile, I walaupun husb pun income stable, anak pun baru nak masuk seorang, and alhamdulillah income I pun baik, I always set my mind yg I ni biasa2 jer noks. Balik rumah, I masak je jugak. If malas, I order. Nak makan apa, I makan. Weekend, I vacuum & mop rumah. I do my own gardening. Kalau malas, I hire maid & gardener. Nak pergi mana2, my husband/I drive. Malas drive, our PA/driver yg drive kan. I boring duduk rumah, I booked hotel. After work check in. Pastu bgtau husband, meh tido sini I dah booked 😁 I rasa nak beli condo, I survey2, ada yg berkenan, location wise cantik, I beli. I rasa nak upgrade my car, I survey2, I bayar deposit, I beli. Tak kacau hidup my husband or anyone hahaha semua I boleh settle sendiri. Dah bayar baru bgtau, “yang, I beli rumah semalam.” Walhal, sebelum bertunang, suami I siap tanya I suruh pilih nak rumah apa, nak rumah kat mana. Dia belikan I triple-storey house yg I nak. Dia pergi tgk pun tak. Dia trust me (sbb I mmg pandai sikit bab assets), and terus bayar kat developer. Bills, nafkah semua husband jaga elok. Kadang2 I rasa bosan, I bayar bills utk saja menyenangkan dia sekali sekala. Beli special gifts for him out of nowhere. Surprise each other. Makan, mamak ke tomyam ke, Michelin stars cafe ke, hotel ke, tak kisah. Apapun kami layan. Dia mcm, kami variasikan hidup kami. Hahahaha I tak suka rasa “entitled”/“demanding” all the time. I rasa hidup relax2 dah ler. And husband I also selalu pesan “kita ni orang biasa-biasa je, kena humble.” So I tak suka nak rasa I kaya sbb husband I, atau anyone. I kerja because I tak suka duduk goyang kaki kat rumah. Sbb I mmg sejenis yg suka bekerja - I’m a type of career lady la gitu. Tapi kita semua berbeza. Ada wanita yg lebih suka menjadi suri rumah. So terserahlah. Cuma I faham je, jaga anak bukan kerja yg mudah. Whether in laws suka ke tak tu, subjective la bagi I. Sbb ini marriage kita. Kita lebih tau financial suami kita. Tapi kalau kita rasa sendiri yg suka nak berbisnes, even just for fun, buat jela.. org lelaki actually suka je wife yg berdikari ni. Cause I ada kawan yg also husband gaji 5 figures, dan dia tak kerja, jadi housewife jaga anak2. But unfortunately suami pandang hina sikitla sbb he feels like “AKU YANG BAGI KAU DUIT. KAU TAKDE APE. SO TUNDUK KAT AKU!” Ha gitu. So kawan I start belajar makeup kat YouTube. Sampai jual her car utk beli barang2 makeups. Now she is a great MUA dah making her own money. Husband terus nak selantang/selancang dulu dah. Husband & in law lebih hormat isteri yg berharta kot I rasa. Typical kan? But yeah it is what it is la kot. - Nak diikutkan dalam Islam, elok wife jadi surirumah sebenarnya. Entahlah you. That’s why I cakap, rumahtangga kita, kita lah corakkan bersama suami. Bincang for the best. Bukan kita hidup utk puaskan hati org sekeliling.

Baca lagi
5mo ago

kan? that my point, mil yang demand macam2 lepastu sis hr tu nak kata kita meroyan pula sebab nafkah tak cukup, padahal kita cukup je, mil yang tak cukup agaknya sampai paksa menantu kerja, hari2 duk ulang benda sama je sampai share video lagi isteri yang bantu suami berkerja apa motif dia pun tak tahu, dahlah suruh saya kerja, kita pun trylah minta tolong mil jagakan anak tapi mil takmau katanya jangan susahkan orang tua, suami ni kadang2 bukan taknak bagi duit belanja dekat mak dia tapi makin lama makin melampau demand macam macam lepastu fil dengan adik2 ipar semua goyang kaki, takde function.

Mengikut hukum Islam, suami wajib bekerja mencari nafkah utk keluarga. Jika begitu maka hukum isteri bekerja adalah harus. Kalau pendapat saya, terpulang awk nk kerja ke tak ke ikut keselesaan. kalau rasa xcukup utk tampung then bekerja lah. Kalau ada kekangan nk jaga anak sendiri ke apa tak salah jika memilih jd surirumah. Yg penting tngjwb utama seorang isteri terjaga. Malah status surirumah lebih mulia disisi Allah sbb terpelihara diri dari pelbagai possibility dosa luar spt pergaulan laki puan, berhias, ect. Blk penat pula tp kne jugak layan suami dan anak2. Rezeki x perlu risau sbb yg memberi itu adalah Allah. Mil xckup duit itu suami puan yg kne fikir. plus zmn dia muda mudi dlu seharusnya kita dh kne plan well retirement planning, money management kita so its her mistake frankly speaking. Anak2 bukan retirement planning parent tp dah tentu lah kita wajib membalas budi ibubapa. Dia kalau fhm Islam ni mudah. Dia x rigid. Mana yg kita rasa serasi dgn kita, kita buat asalkan tak melampaui batas. Hatta jikapun si isteri itu dibolehkan bekerja dlm Islam, bukan bermaksud boleh langgar batas sesuka hati, kedekut pulak dgn suami guna utk diri saja, ada pula bangga sbb acah lady boss gitu hebat sehingga merendah2kan status suami itu dah salah. Blk pd cerita td so MIL tiada hak utk memaksa puan bekerja atau tak.

Baca lagi

Benda ni sis pakat jelahh dgn somi sis suruh somi bgtau mil tu yg somi sis x bg kerja. Bagi je alasan pape la contoh risau suruh org jaga ke. Pengasuh mahal skang ye 500 sorang kalo kt jb. Tu baru sorang. X pun kalau mil yg offer nk jaga bg plak alasan lain xnk susahkan mil ke anak xnk berenggang ke or pape jela. Yg penting somi tu kena back up sis la. Mcm mil sy pon mulut leh tahan jgk tp tiap kali die tanye pape sy jawab tanye la anak mak. Sampai bosan mil dpt jwpn gitu. Bile die tanye nape asek suruh tanye anak die sy jwb la da anak die ketua keluarga kalau lebih2 kang anak mak marah sy anak mak tu dah la baran. Terdiam mil

Baca lagi

Sy fhm yg sis nk jaga ank kn. Apa yg sis boleh buat, buat dropship. Cari seller yg ada provide service tu. Dropship x perlu pegang stock atau kluar2 rumah, smua seller yg uruskn. Rajin promote online je. Tu klu sis nk la, klu x pn xjd mslah sbb suami u dh ckp ok je kn. & mungkin juga MIL sedih juga sbb x dpt blanja dari ank yg sblm ni mmg ank slalu bgi. Klu MIL sebut2 lg psl tu, just minta dia doakn je spya sis & husband byk rezeki, nti boleh blanja MIL sekali.

Baca lagi
VIP Member

normal kot, mesti depa susah hati takut kita kikis anak dia😆cam saya pas kawen berenti semua kerja sbb memang husb xbagi, soh jaga anak je. sampai masa mertua n parents senyap sendiri je. baru dpt ketenangan..hhu. anak 1st dah 3yr kita usaha bisness sendiri. last husb benti, masing2 usahakan bisnes smpai now dah 4yr. nak jaga hati sendiri caranya yakin and pekakkan telinga ja. jangan lawan sbb masa tu semua ckp kita kira xmatang n belum cukup makan garam lagi dari depa.

Baca lagi

actually bagus je bila mil suruh kerja tu. sekarang ni macam2 boleh buat, affiliate program ada banyak kalau malas nak keluar pergi ofis. at least awak boleh sediakan emergency saving untuk awak sendiri. satu je benda yg awak kena ingat, kalau suami awak tiba2 tak boleh bekerja sebab sakit atau kematian nauzubillah, macam mana awak nak survive hidup?

Baca lagi
5mo ago

Dengar cakap husb je sis, husb syurga kita. Nak kerja pun kena betulkan niat. Wife kerja pun dengan izin suami. Ignore your MIL talk, assume dia nak borak kosong je.

Bagi saya, kalau boleh kerja, kita kerja je. Sebab kalau kita perempuan ada income sendiri, kita boleh jadi independent sikit. 😁 boleh beli brg brg yg kita suka. Just in case something happen, we can survive on our own. No wrong for a lady to have her own career 💪 but it's totally up to you 😊

TapFluencer

mungkin niat dia baik, kita husnudzon kan. tapi kalau sis suka duduk rumah, suami pun prefer sis fokus pada anak, tak perlu ikut. atas kita & suami sebenarnya arrangement life keluarga kecil kita mcm mana kan. orang luar boleh suggest itu ini, tapi eventually kita je yang paling tahu apa keperluan kita

Baca lagi
TapFluencer

If your husb izin you to work then work. Maybe sebab your MIL rasa economy tough, dia tgk anak dia kerja kuat untuk family and dia perasan anak dia jarang memberi that's why dia suruh sis kerja kot? If you want to work sebab nak show to your MIL then banyak je kerja WFH, slowly start from home.

5mo ago

Yup understood n agreed. Kalau your husb not allow you to work then why should kan.

Boleh consider kalau dia tolong jagakan anak. Tolong jaga anak, dapat la bahagiannya. Kerja kat luar pun best, boleh beli apa yg sis nak dgn gaji sendiri. Jumpa org kat luar. Nanti anak dah besar, dapat duit belanja lebih sikit.

5mo ago

Awal2 lagi mil kata jangan susahkan orang tua suruh jaga cucu tapi paksa kita kerja, bukan apa, takut nak hantar pengasuh lepastu upah pengasuh ni mahal, kita ni bukan tak pernah buat kerja online even duduk rumah je tapi kerja online ni lagi penat sebenarnya kadang2 nak tidur pun susah sbb customer duk chat 2,3pagi, bila reply esok tiba2 order cancel.