Jalan jauh sebab kematian

Tumpang tanya, saya baru lepas tolong kenduri kakak ipar 3hari berturut turut, agak penat, tadi mil call ajak suami balik selangor-kedah sebab pakngah nya meninggal. Saya dah 37w2d, esok pagi ada check up kk, mil kata boleh tunda hari lain je. Tapi minggu lepas nurse pesan perut dah turun banyak, tunggu tanda je. Kalau boleh elak jalan jauh sebab takut bersalin luar kawasan agak rumit lagilagi bila baby kena tahan wad dll. Melainkan memang bercadang nqk pantang disana. Dahlah mil nak 7hari dekat sana sebab tahlil. Saya suruh suami gerak je tanpa saya. Takpun suruh je abang ipar yang tinggal sekali dengan mil yang bawa ke kedah. Saya memang taknak, takut apaapa jadi sebab anak first takde pengalaman. Kalau kat sana baby kena tahan wad lama dah kena cari barang baby lagi. Nak balik angkut barang pun dah berapa habis minyak tol. Duit kami dahlah cukupcukup je. Sebab suami terpaksa tolong mil niaga makanan je, 10pagi-11malam, tu pun kalau hujan atau tak laku takde gaji, jadi duit memang tak banyak mana dengan sewa rumah, bil itu ini. Kakaknya dengan abang ipar tinggal sekali mil, tolong mil juga cumanya dia tak perlu bayar rumah, bil dan makan minum mil support. Belum lagi kena duduk homestay sebab sana rumah pakngahnya tak terima tetamu untuk bermalam, habistu kalau berpantang takkan nak sewa homestay lamalama. Mil kata kalau terberanak pun duduk 2minggu je lepastu boleh balik dah. Saya pula yang nak kena hadap pantang pantang tu jalan jauh. Tapi rasa serba salah pula sebab mil nak anak lakinya drive. Lagipun mil dah call sampai 4x. First call, 11.30malam. Suami dah kata esok ada checkup, mil kata nanti tunda je checkup tu. Sekarang saya punya appointment seminggu sekali, dia minta tunda 7hari. Saya cakap, kalau nak tunda oun tunggu esok pagi saya call inform dan tanya nurse saya dulu. Mil end call. Lepastu 12.06malam mil call balik tanya tak boleh ke tumpang je checkup sana, checkup biasa je kan berat apa semua tu takde apalah, suami cakap lagi, minggu lepas last checkup nirse dah pesan tak boleh jalan jauh. Nak balik perak sebab urgent haritu pun tak jadi. Mil end lagi. Pagi tadi pukul 7.45am mil call lagi tanya dah checkup ke, suami cakap checkup pukul 9am baru nak siapsiap ni. Mil kata lagi kalau selesai awal bagitahu boleh gerak sama. Pukul 8.40am dekat klinik mil call lagi cakap dia dah nak kena gerak, abang ipar yang akan drive. Mil kata kalau suami saya ada dari malam tadi nak gerak dah. Tapi ni dia tunggu sampai pagi pun masih tak selesai checkup lagi. Dia gerak jelah. Dan dia pesan kalau dah selesai takde apa nak gerak, geraklah dia tunggu sana. Saya dengar pun rasa bersalah, yelah sebab sayakan benda jadi. Tapi khamis pun dah kena jumpa doktor pula Patut ke saya pergi je tapi ready barang baby + buku pink etc. Ada ibuibu yang ada pengalaman jalan jauh masa hujunghujung pregnancy? Atau cadangan untuk saya?

49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

susahnya kalo ada mil jenis selfish mcm ni . xkan x boleh paham keadaan mcm tue. dh ada menantu dan ank perempuan dia yg bole ikut sekali , dh itu jelh jd wakil . xkan nak paksa yg tgh sarat tggu hari pula ikut sekali. bg sya , sis xpyhlaa susa2 jaln jauh ke sna bwk brg2 apa semua. kta x tau kan nnt beranak mcm mna , normal ke.. czer ke.. dgn komplikasi lg ( minta2 dijauhkan ) just in case . kta x tau . so lagi baik sis x pyh ikut ke sna . utk kali ni sis pikir laa terbaik utk diri sendiri dan juga bayi dlm kandungan.

Baca lagi

Awk kna bertegas. Sbb dlm kes sy, ade 3 anak yg semua lahir premature. Lps lahir je mmg standby dlm 7-10hari duduk nicu. Jd mmg da bgtau suami n family siap2. Masuk je 30minggu, mmg aktiviti kna slow down. Tak de jalan jauh, holiday ke apa2. Suami pon kna standby, sbb kang tetibe nk g hospital lak. Malas nk susahkan org lain. So sy mmg tau badan sy. Lgpon da 3rd trimester sy mmg akan sakit2 je. Duduk rumah pkn xlarat nak naik tangga. So mmg akan rehat dan tnggu masa shj.

Baca lagi

apa benda la mil perangai mcm ni. xfikir langsung keadaan org. awk dah 37w2d. nurse pon ckp perut dah turun bnyk. kalau nk tberanak tu bila2 je. mngarut apa suruh tunda. mau pape jdi dlm prjalanan? kita bukan tau. nk org fikirkan dia. dia xfikir org. mcm selfish je. tegas jela sis. fikir keadaan diri sendiri. sis pon boleh bayang kalau pape jadi.dah 1 keje nk setel sana. pantang laa checkup sis n bby masa dlm hari laa. jgn nyusahkan diri. direct je

Baca lagi

Baik bincang dgn suami sis tu,,jgn fokus sgt dgn perasaan MIL bkn wajib pun ziarah org meninggal,,yg meninggal pakcik kan?? Mesti ada keluarga nya juga dtg,,xpegi pun xpa.xkn smua MIL sis nk angkut bawa sana?? Ayat mil sis pun rupa mcm xpernah beranak,,org dah sarat dia pksa pulak bawa jalan jauh,,ishhh kalau sy la akn terus terang ja.kalau jd apa2 dgn sis dn ank bkn diorang mahu tanggung,,nnt smua pakat membisu ,,bincang elok2 ya sis

Baca lagi

Lebih baik jgn ikut sis. Tapi terpulang pd sis & suami. Saya pun anak first 37 weeks lebih pun dh rasa sakit perut sikit-sikit ada bukaan 1 cm. 38 weeks 2 days bersalin normal by induce. Masa pregnant 6 bulan pun suami tak kasi ikut family dia jalan-jalan jauh ke Johor drp Selangor. Doktor pun tak bagi jalan jauh-jauh sangat sbb boleh menyebabkan kontraksi awal pd ibu. Boleh jadi sbb jln yg tak rata & duduk yg terlalu lama.

Baca lagi

kalau dah sarat mcm ni pun mak mertua tak paham, tak rasa kalau ada masalah nnt, dia akan paham.. jadi baik elak je la.. hukum ziarah orang meninggal ni mmg la sunat yg dituntut, tp bkn sampai wajib pergi.. alangkan benda wajib pun dalam islam ni bila boleh datangkan kemudaratan, ada rukhsah.. suami tinggalkan awak sorang2 pun tak payah la, kalau masa dia takde tu bersalin, dah terkejar2 pulak nak balik..

Baca lagi
VIP Member

sorry dear,kalau sy lah kan..dah tak ckp banyak..last word " abg kalau nak pi ngan mak pi lah" habis cerita. lpstu tgu lah reaksi suami pulak. yg penting dlm hal ni mil blkg cerita. maybe suami sis tu anak favorite mak dia sbb tu nak dia jugak taknak org lain.. takpun suruh suami hantar mil pastu balik.. nnt suruh sape² jemput mak. semoga rezeki sis mencurah²

Baca lagi

sy prgnant 5 bln laki pujuk2 balik kampung perjlnan 12 jam sebab abg ipar kawin. sy tekad xmau biarlah dicakap2. sangat pentingkan diri jika nak paksa2 ibu mengandung jln jauh. jika ada apa2 jdi kita yg sensara. bkn pihak d sna. suami pun satu. lansung xda perasaan risau bini n ank yg dikandung. kita sebagai ibu kena utamakan ank. klau kes sis. sy pentingkan keselamatan diri. resiko tinggi.

Baca lagi

sepatutnya suami kena utamakan isteri dlm keadaan skrg...bkn stkt keadaan skrg, apa2 skli pun suami mmg kena utamakan isteri n ank2 bru mak ayh dia ..dlm islam pun ckp mcm tu ..urusan isteri tu lebih penting dr urusan arwah..lgpun sis dh sarat klau suami msih nk ikut khendak mak nya dlm keadaan skrg,hurmmmmm xtahu lha nk ckp ape ..klau sy mmg xbckp lha jwbnya

Baca lagi

Jangan la pergi.. dalam kereta lagi la sakit2 badan kita yang sarat ni. Lenguh2 pinggang punggung semua, buatnya sakit nak bersalin atas highway kan dah susah.. suami pun kena tegas juga, utamakan isteri yang sarat tunggu masa nak bersalin anak pertama, masing2 belum ada pengalaman. Bukan taknak pergi tapi terpaksa kan.. Harap mil pun faham la situasi hmm

Baca lagi