Duduk dengan mertua๐Ÿ™๐Ÿป

Mommy ada tak pengalaman macam saya? saya duduk dengan mil dan tak dinafikan mil saya memang baik tapi ada satu sikap yang saya tak berapa berkenan, dia suka mengarah! mula2 saya okay je iyelah nama pun menantu kan kena lah rajin tapi lama2 saya rasa macam jadi pembantu dalam rumah mil, semua pekerjaan rumah saya yang buat termasuk basuh baju, sidai baju, basuh pinggan mangkuk bekas makan adik2 ipar, iya memang saya menumpang tapi tanggungjawanb saya ke kena basuh, sidai, lipat baju adik2 ipar? lepastu bila diorg makan tinggal macam tu je kat singki hujung2 saya yang kena basuh, saya juga yang tolong mil masak tapi saya jugalah yang dapat lauk paling sikit lepastu mil ni suka beli makanan senyap2 kalau saya nampak, dia pelawa lah, kalau tidak dia makan sendiri dengan anak2 dia, berbeza dengan saya apa yang saya beli semua mil nak, dah bagi pun dia minta lagi hujung2 saya dapat makan sikit je selebihnya mil dengan adik2 ipar yang makan, saya pernah beli lauk and masak untuk diri sendiri, belum sempat saya jamah lauk dah habis, adik2 ipar saya lah yang makan bila saya bagitahu mil, dia buat biasa je takde pun nak marah anak2 dia ke apa ke kan btw adik ipar saya dah besar2 semua ya ada 4orang paling kecik umur 14tahun itu pun tak pandai nak basuh pinggan sendiri, skrg saya mengandung 33week and mil masih harapkan saya uruskan rumah, minta maaf cakap lah saya dah tak larat dah nak buat semua kerja, hari2 gaduh dgn mil sbb saya banyak rehat sekarang kalau buat kerja pun just untuk diri sendiri je, adalah juga tolong mil masak tapi biasanya kalau lapar saya cari makanan sendiri, ada satu tahap saya tak tahan dan saya mengadu ke suami lepastu mil kata lah saya menantu jahat sebab suami pertahankan isteri dari ibu dia sendiri, saya tak tahulah sampai bila boleh bertahan, doakan saya dan suami dapat keluar dari rumah mil secepat yang mungkin amin.

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya pernah stay rumah mentua jugak, hampir setahun jugak la. Tapi wallah memang tak selesa lah rumah tu haha! Bilik husband saya tu tingkap dia hadap matahari petang jadi memang panas kalau tak pakai langsir blackout. Mujur saya ni berkerja ada duit sendiri, saya belikan langsir blackout untuk dia. And rumah mentua ada adik ipar lelaki yang masih sekolah. So yelah kena keluar mandi apa semua pakai tudung. Paling teruk rumah tu tandas kat master bedroom je boleh guna hahahahhaha! Jadi kami semua mandi kat situ DAN tak boleh berak sebab jamban rosak. Family mentua saya ni berniaga so mostly berak kat kedai la. Saya yang tak pergi kedai ni terpaksa la tebalkan muka pergi kedai semata nak berak haha! Apa saya buat? Saya kumpul duit deposit dan minta suami carikan rumah sewa sebaik sahaja saya positif hamil. Tapi lama nak dapat rumah sewa, sampai pregnant 5 bulan baru dapat hahaha. Ye saya sendiri kumpul duit sebab kalau nak harap suami saya memang lambatlah sebab dia tu selesa duk rumah family sendiri heh. Dan lama kelamaan saya tak selesa menyewa di rumah tu. Saya bagitahu suami saya nak beli rumah. Saya suruh dia carikan dan saya bayar tiap2 bulan. Bukan mengambil tanggungjawab suami tapi saya ni nak keselesaan sebab saya masa tu di ambang bersalin dah takkan nak sumbat barang2 dalam rumah sewa yang kecik tu.. dan saya kurang penyabar, saya takleh sabar tunggu suami beli rumah. Memang lambat sebab gaji dia biasa2 je.. Sis kalau berkerja dan ada duit sendiri, sis cari lah rumah sewa Kalau suami nak melekat dengan family dia lantak dia lah , sis tak wajib tinggal dengan mentua. Malah berdosa suami sis bagi sis tinggal dengan orang yang tidak menyenangkan hati sis. Macam saya rumah tu yang tak menyenangkan hati. Mentua mmg gitu lah. Tak de la teruk sangat tapi takde la mesra rakyat sangat

Baca lagi

faham sgtยฒ.sy pun tinggal dgn mil.tp mil sy bkn jenis suka mengarah.selama sy tinggal sini tak pernah mil suruh sy buat apaยฒ keje pun.tapi sy ni jenis common sense.mana yg sy rasa sy patot buat or tlg sy buat. perangai iparยฒ plak mmg x dinafikan mmg sm dgn iparยฒ sy.tahap pemalas, pengotor suma ada.yg da kawen pun sama je perangai. tp disbb kan sy ni menantu pmpn sulung n kesian dgn mil sy ringankan jela tulang. pernah jgk ngadu dgn suami.then suami ada pesan basuh pinggan sendiri je.baju dorg mmg sy x ambik tahu.hujan ke apa ke sy biar je.pandaiยฒ la dorg.tp klu mil sy x de umah die akan mintak tlg sy angkat kan klu hari ujan.then letak je atas sofa.selalu ye mil sy akan lipat sendiri bjยฒ tu.klu masak tu x de la kejam sgt nak msk utk diri sendiri.sbb iparยฒ ni nak mkn ap yg mil sy msk je.org lain msk dorg taknak mkn.tp bila mil sy x de umah baru sy msk.kdng kesian msk jela lebih sbb iparยฒ ada kan.kdng dorg mkn je apa sy msk klu mil sy x de dkt umah sebln 2 mcm tu sy la yg byk uruskan umah.lagi 1 dorg pun x pandai msk.pandai melawa je.perfume pun 1 tmn bole bau wangi ye.kdng kite pikir kite ni menumpang.tu sbb ada skit rs simpati tu.tp bila beli mkanan apa yg sy nak mkn sy beli je.then mkn bila dorg suma da tido or mkn dlm bilik.so x de istilah x nak share ke apa.n jgn pernah pelawa.klu dorg nak beli sendiri.kdngยฒ ada masa kite kene jd kejam sedikit utk ajar orgยฒ yg mcm ni.

Baca lagi
1mo ago

ni betul.i sokong.bila kita terlalu rajin diaorng kan pijak kepala.that y i akan buat bila i rajin shj.bila semua dalam rumah malas, i pun akan buat malas gak.dulu sampah penuh i akan ikat dan buang.sekarang i buat bodo jew.then mil i akan ikat and buang sendiri.nak harap kan ipar2 pun semua tahu makan tidur jew.i pun busy uruskan anak2.diaorang pun tak pernah membantu i tgk2 kan anak i.huhuhu

hmm susah awak, sebab dah jadi kebiasaan. kita payah sikit lah nak ubah perangai orang lagi2 kalau yang jenis nak menang dan takboleh ditegur ni. kalau saya suami dah backup, lagi saya buat keras je haha saya dengar cakap suami je sebab saya pun pernah stay rumah mertua juga, awal2 husband dah pesan, buat mana yang saya rasa mampu je. kalau saya masak, saya basuh lah semua apa yang saya guna. adik2 husband pun sama tak reti basuh pinggan cawan. saya siap asingkan letak dalam besen, saya takkan basuh. lantaklah nak cakap saya berkira ke apa, kita yg mengadap setiap hari ni rasa nak termuntah. bab makan, kalau beli untuk awak, then untuk awak je. jangan baik sgt awaknya, nanti diri sendiri kempunan. sorok je dalam bilik ke apa dan tak perlu ye basuh lipat baju diorang. kalau mil bising itu ini, awak cakap je takboleh nak tolong tak larat nak rehat. kalau setiap hari bising, jawab je. tolong bagitahu suami tegur adik2 dan suruh dia keep on pesan dekat mak dia jugak. minta suami lebih faham keadaan awak. plus tgh mengandung. tak salah pun mengadu, saya dulu setiap hari mengadu. biar husband pening, kita bukan suka suka, kalau setiap hari macam tu kita yang gila karang ๐Ÿ˜‚ semoga segala urusan awak dan suami dipermudahkan, semoga satu hari nanti dapat stay rumah sendiri. buat masa ni, banyakkan bersabar tau. awak kuat dan boleh!

Baca lagi
2mo ago

kuat tau awak ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Hi i was in this situation for 4years. Yes MIL saya pun sgt baik tpi sama jgk mcm awak bab masak semua tu. Cuma saya tk basuh/lipat baju dorg. Tpi mmg saya kat dapur je eventho ada adik ipar perempuan 2 org and dh besar tpi allahu malas sgt2. Adik2 ipar laki makan kdg tinggal jdi saya la yg kemas. Sbb kalau kita tk tolong, siapa lgi nak tolong MIL kan. Kdg sian tgk MIL buat sorg, tpi kita pun penat jgk ipar buat kita mcm bibik. Dulu kerap gaduh dgn husband sbb penat dok rumah MIL. Tapi, Alhamdulillah saya & husband dh sewa kat luar. Jarang dh gaduh lepas duduk sendiri. Sabar ya sis. Kalau boleh cuba menyewa sendiri. Atleast kita boleh belajar hidup sendiri lgi2 bab urus duit.

Baca lagi

Sy family sendiri mcm tu. Sy faham sgt keadaan awak. Sebijik apa yg awak lalui, sy lalui benda yg 100% sama. Cuma sy ni family sendiri perangai mcm ni. Toxic. Sy dah berkali cuba fahamkan dorg. Dan tiap kali tu jugak la bergaduh besar. Ada rasa give up dlm hidup kdg. Skrg lg mencabar. Anak sy umur 2 tahun. Dan sy pregnant 10minggu. Kalau sarat nt tak tahu mcmna keadaan sy ni. Dah la badan tak sekuat dulu sbb tak berpantang dgn elok lepas bersalin yg pertama. Dgn kewangan pn cukup2 je. Mmg tak dapat nak cari bilik sewa rmh sewa. Hmm. Sy doakan awak dan saya diberikan kekuatan dan ketabahan untuk hadap benda2 toxic ni. Dan dpt ruang sendiri rmh sendiri. Aamiinn ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

Baca lagi

samalah sy pun tinggal dgn mil iparยฒ segala biras becampur ye dan tengah sarat peknen, mulaยฒ sy mcm awk la basuh kain dorang apa semua bbrp thn kmudian sy buat keja utk sy je mcm mmsak sy msk hnya utk sy dgn suami beli mknn pun mcm biskut kn, sy bawa la p bilik klu ltk kat luar kejap je abis sooo drpd sakit hati baik aku simpan kat bilik je sapu rumah apa semua tu sy sapu bilik sy je dan dapur piringยฒ dorang sy biarkan je smpai esok pagi sy cuci piring sy dgn suami settle masalah sy๐Ÿ˜† takyah peningยฒ jaga perasaan dorang.. btw sy dah 4tahun eh tnggal kat rumah mil ni. inshaAllah semoga suatu hari nnty dpt rumah sendiri aamiiinnn

Baca lagi

Maaf sis. Tapi bila baca kisah awak ni saya jadi geram dengan mak mertua N adikยฒ Ipar awak tu. Manusia mcm tu klau dh prngai dia memang gitu susah juga. Kalau saya dpat mertua ngan adik Ipar gitu memang auto sound depanยฒ je sbb kita jnis tkleh sabar. Hmm Saya doakan semoga awak dan Suami cepatยฒ lah dapat rumah baru. N awak kena kuat tau. Saya yakin awak boleh sabar untuk smentara waktu. Dan smoga rzeki awk dan suami sntiasa dilimpahkan Aamiin.

Baca lagi
2mo ago

Masa puasa baru ni lah saya kena culture shock, mil suruh saya masak untuk anak2 dia yang tak puasa, terkejut saya sebulan adik2 ipar tak puasa umur besar panjang dah, bila tanya mil, mil jawab dah kebiasaan macam tu, itu lantak diorg lah kan tapi saya pula kena ambil alih tugas mil masak untuk mereka yang tak puasa bukan tu sahaja pinggan cawan lepas makan pun diorg biar dalam singki tinggalkan untuk saya basuh, dah lah kita ni puasa, pregnant lagi mana nak tolong mil siapkan tempahan ketupat, layan perangai adik2 ipar lagi, masa nak buka puasa saya juga yang hidang makanan, adik2 ipar duduk dan tunggu masa nak makan, tak puasa satu hal, tak menolong satu hal, lama dah saya pendam, lega sikit dapat luah kat sini๐Ÿ™๐Ÿป

Bincang dgn suami awak minta kmpul duit dan cari rumah sewa biar kecik asalkan bahgia dgn suami n anak2 . Saya bertahan duduk dgn mil 4thun je lepastu suami saya sendiri bawak saya keluar dari rumah mak dia , sbb dia dh hilang sabar bila nmpk saya yg uruskan semua dalam rumah tu. Ni semua untuk kebaikan diri sndiri jgk. Mental awak tak stress hidup awak aman.

Baca lagi

dalam Islam apebile isteri tak selese..suami wajib cari tempat tinggal untuk isteri..rumah sewe yg murah2 pun ok asalkan isteri selese,jiwe,mental terjaga...smoga urusan sis dipermudahkan

Yg sy boleh ckap suami awak berdosa kalau biar awak terus mnerus dlm keadaan mcmni, hak tempat tinggal tu hak isteri