tips kurus lps bersalin
TIPS KURUS LEPAS BERSALIN . . 1.Bertungku Selepas bersalin perut lebih mudah membuncit dan mengeleber kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Bertungku atau bertuam dengan menggunakan batu khas boleh membantu untuk mengembalikan perut kepada keadaan normal. Tujuannya, adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan juga bahagian-bahagian lain. . 2.Berbengkung Bengkung digunakan untuk mencegah peranakan 'jatuh', mengecutkan semula peranakan serta memulihkan kulit perut. Sebelum berbengkung, perut elok disapukan dengan bahan campuran yang ditumbuk seperti lada hitam, raga tapai dan air asam jawa. Selain itu, kaedah moden pemakaian 'girdle' juga boleh digunakan. Pastikan 'girdle' tersebut mampu memberi tindak balas yang positif untuk mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal. . 3.Berurut Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan prngeluaran darah nifas serta kekotoran. . 4.Senaman Senaman ringan boleh dilakukan untuk mengembalikan otot-otot yang telah kendur. Tiga hari atau seminggu selepas bersalin adalah proses awal senaman ringan. Berjalan kaki adalah senaman awal yang terbaik. Selain itu, anda juga boleh bersenam dengan bayi atau bersenam ketika mandi. . 5.Penyusuan Penyusuan susu ibu secara ekslusif sebenarnya membantu mengurangkan berat badan yang diperolehi sepanjang tempoh kehamilan, sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan selepas waktu kelahiran. Untuk proses penyusuan, berhati-hati memilih makanan dan jangan mengambil diet yang ekstrem.Perlu diingatkan bahawa penyusuan badan tidak menghalang anda untuk mengamalkan diet, tetapi pastikan kalori anda tidak terbuang melebihi 1800 sehari. . 6.Pemakanan suplemen Tidak ketinggalan juga dengan amalan memakan supplemen membantu menguruskan badan dengan cepat. Minum Jus deina dapat membantu memecahkan lemak dan membawa lemak keluar dari badan. Minum jus ini juga membantu membanyakkan susu dan memberi tenaga dan mood yang baik sepanjang tempoh berpantang dan menyusukan baby yang lama. Tak stress dan berfikiran positif sepanjang masa memberi kesan kepada tubuh badan, lebih cantik dan slim gitu. . Apapun, sikap terburu-buru untuk berdiet bukan penyelamat. Dalam tempoh berpantang tumpukan perhatian pada pemakanan yang sihat dan tip-tip untuk senaman yang bersesuaian. Sekurang-kurangnya tunggu sehingga enam minggu selepas kelahiran untuk memulakan senaman. Jangan mulakan dengan senaman yang berat ye? . Harus diingatkan sekali lagi, bahawa tidak semua bahagian tubuh ibu-ibu yang bersalin dapat kembali seperti sedia kala terutama bahagian pinggul dan pinggang. Walaupun begitu, berbanggalah dengan tubuh kita yang sudah berjaya melahirkan insan kat dunia ni. Satu pencapaian besar kan? Tahniah .. ingat, sayangi diri anda! Apapun, kita nak kurus dan cantik jelita lepas bersalin khas untuk suami saja!