Sesi Tanya Pakar bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community

Tidak dinafikan bahawa bekerja sambil menguruskan hal rumah tangga kadang kala boleh menyebabkan stres dan tekanan. Adakah anda ibu bapa yang bekerja? Bagaimana cara nak kurangkan stres di tempat kerja supaya boleh ceria apabila berada dengan yang tersayang? Pernahkan anda terfikir kenapa duduk di rumah pun boleh stres? Tahukah anda apa punca stres? Stres atau tekanan boleh datang dari diri sendiri kerana ia adalah "faktor dalaman" yang seringkali dipengaruhi oleh perwatakan seseorang itu. Hal ini harus di ambil berat kerana jika kita tidak tahu cara menguruskan dan mengatasinya, ia boleh memudaratkan diri kita sendiri. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu pengurusan stress di rumah dan tempat kerja untuk ibu bapa yang bekerja dan cara untuk mengatasinya bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community pada 21 April, hari Khamis, jam 12 tengahari. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community
11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi Cik Kee Joey, saya ada permasalahan yang hampir dirasai setiap hari, penat di tempat kerja, bila balik rumah sambung pula buat kerja rumah, makin bertambah-tambah penatnya, bila dah penat saya jadi kurang nak beramah mesra dengan suami, kadang suami bergurau saya terlebih sentap, saya rasa ini semua kerana penat, macam mana nak atasi? Terima kasih sudi jawab soalan saya.

Baca lagi
2y ago

Hello R Ney, thank you for reaching out to me! Sebelum saya teruskan dengan candangan saya, boleh tak R Ney berkongsi schedule harian anda? Nampaknya mungkin rutin R Ney tidak memberi anda masa untuk berehat langsung. Hope to hear back from you, thank you!