Sesi Tanya Pakar bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community

Tidak dinafikan bahawa bekerja sambil menguruskan hal rumah tangga kadang kala boleh menyebabkan stres dan tekanan. Adakah anda ibu bapa yang bekerja? Bagaimana cara nak kurangkan stres di tempat kerja supaya boleh ceria apabila berada dengan yang tersayang? Pernahkan anda terfikir kenapa duduk di rumah pun boleh stres? Tahukah anda apa punca stres? Stres atau tekanan boleh datang dari diri sendiri kerana ia adalah "faktor dalaman" yang seringkali dipengaruhi oleh perwatakan seseorang itu. Hal ini harus di ambil berat kerana jika kita tidak tahu cara menguruskan dan mengatasinya, ia boleh memudaratkan diri kita sendiri. Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang isu pengurusan stress di rumah dan tempat kerja untuk ibu bapa yang bekerja dan cara untuk mengatasinya bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community pada 21 April, hari Khamis, jam 12 tengahari. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Cik Kee Joey, Pakar Psikologi, Ripple Community
11 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

1. Bagaimanakah mengendalikan stress terhadap sesuatu yg tidak dijangka? Situasi: 1. Dapat keputusan minum air gula yang mengkelasifikasikan saya sebagai ibu hamil ada GDM. Saya rasa stress bila tahu keputusan tu. 2. Saya dikategorikan GDM on diet controlled. 3 minggu lepas, bacaan gula saya naik, saya mula panik sebab memikirkan yang bukan-bukan. Sekarang saya GDM on medication dan dijadualkan untuk induce labor. Saya cuba bertenang tapi dalam masa yg sama ada rasa takut menghadapinya. Sudikan menasihati saya. Terima kasih

Baca lagi
2y ago

😍 Terima kasih Cik Kee Joey