Give me a reason -TTC

"Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah" . Sy seorang TTC, pada ketika ini sy ingin mencari kekuatan dan semangat dari kalian untuk kongsikan dengan saya. . Sy nak berubah, sy nak mula hidup/rutin yang baru. Saya nak jadi diri yang baru. Saya di ketika ni tidak mahu lagi stress fikirkan soal zuriat. Sblm ini, Sy sepertinya sangat terdesak hingga kerap bertengkar dengan suami dek kerana keinginan untuk memiliki zuriat. Saya menyalahinya, saya jadi sensitif, marah2. Which is before kahwin saya bukan macam ni. After kawin 360 degrees berubah. Setiap bulan sy test upt, 1 line yg jelas lagi terang dan iannya membuatkan sy sedih. Sy lupa Allah ada bersama saya. . Saat ini, Saya bukan putus harap, tapi kerana keinginan yg membuak2 tu membuat saya bukan saya dan jauh dari RahmatNya. Saya jadi memberontak kerana keinginan yang 1 tu. . Tolong bantu saya, bagaimana caranya untuk saya tidak terlalu mengharap. (walaupun jauh dilubuk hati merintih pada Allah agar sy dikurniakan Allah rezeki zuriat) . Tolong bantu beritahu saya, apa yang saya perlu lakukan agar tidak terlalu memikirkan soal ini, tidak mempersoalkan ttg rezeki yang bukan ditangan Mahluk, tapi ditangan Allah. . Bantu saya.. Tolong saya wahai pembaca. Tolong saya

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya faham perasaan sis. Saya pun masih ttc and betul kadang2 memang kita akan rasa stress setiap kali cek upt 1 line. Baru2 ni pun saya ada menangis teresak2 tanpa siapa tahu sbb upt 1 line and period sbb saya mengharap sangat saya pregnant bulan ramadhan ni. Saya lepaskan semuanya dengan tangisan dan sambil tu saya berdoa merintih pada Allah. Untuk bulan2 sebelum ni, saya selalu akan google / tengok youtube pasal pregnancy, symptoms dan sebagainya. Tapi untuk cycle kalini, saya cuba untuk jadi lebih tenang dan percaya yang rezeki tu Allah akan beri pada waktu yang sesuai. Jangan putus usaha. Jangan putus doa. Jangan salahkan siapa2, suami mahupun diri sendiri. Sis dengan suami kena sama2 support each other, beri kekuatan. Sis cuba untuk busykan diri dengan buat benda lain, cari hobi baru ke, buat something yang boleh buat sis happy, cuba untuk menghargai apa sahaja yang ada disekeliling kita. Contoh paling dekat, suami kita. Cari balik kekuatan, positifkan diri. Fikir yang baik2. In shaa allah, saya doakan semoga semua pasangan yang sedang ttc diberikan kekuatan dan dikurniakan zuriat yang sempurna secepatnya. Be strong sis ❤️

Baca lagi
5y ago

Allahurobbi, sy baca ni sambil nak menangis.. Terharunya sbb sis memahami perasaan sy. Org lain mungkin tak akan tahu apa yg kita rasa. Moga Ada rezeki Zuriat buat kita ya sis🌷🌹

Sabar, doa, iklhas. InsyaAllah semoga sis dikurniakan rezeki zuriat.