Kanta kaca mata MiyoSmart Bantu Perlahankan Myopia Pada Kanak-kanak & Kurangkan Risiko Masalah Penglihatan Di Usia Dewasa
Tentu anda bimbang bila melihat anak yang masih kecil sudah memakai kaca mata akibat mengalami myopia atau rabun jauh atas sebab beberapa faktor tertentu seperti menonton tv jarak dekat, suka membaca di tempat yang gelap dan sebagainya. Atas sebab ingin membantu masalah Myopia di kalangan kanak-kanak, HOYA Vision Care memperkenalkan kanta kaca mata berinovasi terkini iaitu MiyoSmart dengan teknologi Defocus Incorporated Multiple Segments (D.I.M.S). Kanta berkenaan adalah hasil kerjasama antara HOYA Vision Care dan Universiti Politeknik Hong Kong sejak 2012. Dalam satu ujian klinikal yang dijalankan secara rawak yang membabitkan 160 kanak-kanak berumur antara 8 hingga 13 tahun yang mengalami myopia di dapati 60% kes mengalami pengurangan myopia selepas memakai MiyoSmart. Manakala 21.5% lagi berjaya mengekang terus perkembangan myopia. Ini terbukti MiyoSmart dapat memperbaiki penglihatan kanak-kanak yang mengalami masalah ini. Faktor Myopia @ Rabun Jauh Antara aktiviti yang lebih cenderung membuatkan kanak-kanak mengalami masalah ini adalah: Banyak melakukan aktiviti jarak dekat Kurang meluangkan masa di luar Mengalami tekanan dalam prestasi pendidikan Keturunan Tabiat dan persekitaran Apa yang lebih menakutkan menjelang tahun 2050, dianggarkan 4.758 billion orang yang akan mengalami myopia di seluruh dunia dan 938 juta mengalami myopia yang kronik. Jika seseorang itu mengalami myopia yang teruk, mereka terdedah dengan risiko degenarasi retina, katarak, glaukoma (masalah yang boleh menyebabkan buta) dan sebagainya. Jadi, amatlah penting untuk mengawal myopia dari terus berkembang terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar. Kelebihan Kanta Kaca Mata MiyoSmart Selesa dan selamat Kanta ringan dan nipis Mempunyai perlindungan UV untuk mata Diperbuat dari polikarbonat 1.59 yang tahan hentaman kuat Sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dalam linkungan umur 6 hingga 18 tahun. Mempunyai zon optik tengah untuk membetulkan ralat refraktif dan segmen defokus berganda Dapat mengekang perkembangan myopia sebanyak 60% Memperlahankan pertumbuhan paksi mata sebanyak 60% Menghentikan perkembangan myopia di kalangan kanak-kanak Kanta kaca mata MiyoSmart ini boleh didapati di outlet cermin mata terpilih mulai November 2019 dan di laman website HOYA Vision.