Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital

Tanya soalan mengenai cirit birit dan jangkitan rotavirus pada kanak-kanak, apakah simptom & risikonya pada anak kecil. Anak alami cirit birit? Adakah ia merbahaya? Tahukah anda ia mungkin disebabkan jangkitan rotavirus? Sekiranya anda mempunyai banyak persoalan mengenai penyakit cirit birit atau rotavirus ini, anda wajib mengikuti Sesi Tanya Pakar kali ini! Cirit birit pada anak kecil boleh jadi situasi yang normal juga berbahaya. Ramai ibu bapa tidak tahu anak kecil sebenarnya berisiko terkena jangkitan rotavirus yang berbahaya ini. Ayuh bertanya terus mengenai simptom, punca jangkitan, risiko jangkitan rotavirus juga segala yang anda ingin tahu mengenai penyakit ini bersama Dr Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital pada 22 Disember 2021, Rabu. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum Dr. Wan Khairina. Persoalan saya yang pertama, adakah ibu kepada baby yang ada lactose intolerance perlu berpantang sepenuhnya dengan produk berasaskan susu lembu sekiranya ingin fully breastfeed baby berkenaan & mengelak daripada baby berkenaan terkena cirit-birit? Persoalan saya yang kedua, sekiranya baby fully breastfeed berak 3× sehari dengan warna najisnya kuning bertekstur sedikit cair dan ada kalanya sticky, adakah baby berkenaan dikira sedang mengalami cirit-birit atau adakah ia normal? Mohon penjelasan. Terima kasih Dr.

Baca lagi
3y ago

Waalaikumussalam Untuk soalan kedua, bayi yang menyusu susu ibu sahaja selalunya akan mempunyai tekstur najis yang lembut, berbiji(seedy), atau sedikit cair. Warna najis selalunya kuning, dan kadangkala coklat atau hijau. Kekerapan bayi membuang najis adalah bebeza, selalunya untuk beberapa minggu pertama 7-8kali sehari, atau setiap selepas penyusuan, dan ada juga yang hanya membuang najis setiap beberapa hari sekali( contohnya 3-4 hari sekali). Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat perubahan pada kebiasaan bayi membuang najis atau tekstur, dinasihatkan puan mendapat nasihat dari doktor, dan membawa bayi untuk pemeriksaan lanjut

VIP Member

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr. Wan Khairina..🌹 saya nak tanya bagaimana kita nak tahu anak telah di jangkiti rotavirus dan darimana punca rotavirus tu boleh trjadi? dan bagaimana untuk merawat nya? dan perlu ke anak ambil suntikan rotavirus? dan umur berapa sesuai untuk mengmbil suntikan tersebut? itu sahaja soalan saya dan saya dahului dgn ucapan terima kasih kepada Dr Wan Khairina kerana sudi menjawab soalan saya🌹❤️ have a nice day doktor😉🌹

Baca lagi
VIP Member

Assalamualaikum & hi Dr. Khairina. Saya dah lama dengar tentang Rotavirus ni. Boleh Dr. terangkan simptom rotavirus ni terhadap bayi? Dan kenapa pihak kerajaan tidak memberikan suntikan rotavirus ni seperti imunisasi yang lain? Adakah disebabkan kos yang besar untuk dos suntikan ini atau ianya hanya perlu kepada golongan bayi yang memerlukan sahaja. Terima kasih atas pencerahan Dr.

Baca lagi
3y ago

selain kos, ada banyak faktor lain yang mungkin diambil kira untuk memeasukkan vaksin ke dalam program kebangsaan, tetapi buat masa ini ia boleh didapati di kinik/hospital swasta. harap menjawab persoalan puan

assalam wbt Dr.Khairina Anak saya 2 bulan kerap membuang selepas menyusu (susu formula) .. setiap hari jika 6 kali menyusu 6 kali membuang, adakala saya keliru sama ada anak saya cirit atau normal ,ataupun ada jangkitan lain ? Waktu siang kurang minum susu dan tak sama macam sebelumnya ,hanya nak tidur ,dan waktu malam kerap minta untuk minum dan kerap juga membuang.. (najis kuning/coklat) ? Terima Kasih Dr.

Baca lagi
3y ago

Waalaikumussalam puan, Sekiranya kekerapan membuang najis di luar kebiasaan seperti sebelum ini, ini bermakna anak puan mengalami cirit birit, mungkin berkaitan dengan susu yang baru dimulakan. Saya nasihatkan supaya puan berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan memastikan bayi naik berat badan yang sesuai

TapFluencer

Assalam wbt Dr. Khairina.. Adakala anak saya mengalami cirit birit tapi najis nya tak terlalu cair. Cuma dalam sehari tu dia akan membuang dalam tempoh yang kerap. Tapi sehari tu je. Lepas tu elok dah. Jadi saya nak tau apakah simptom rotavirus & keadaan najis yang menunjukkan dia terkena jangkitan rotavirus? Dan bagaimana dengan rawatan dirumah selain perlu makan ubat? Terima kasih Dr.

Baca lagi
3y ago

Ok baik Doc! Thank you for your answer🥰

Assalamualaikum Doc.. Anak sy dh berumur 1thn 7bln..sy nk tny adakah ank sy blh djangkiti rota virus ni sbb hari ni..Rabu 22.12.21..dh masuk 4 hari dh dia berak2.. smlm sy ada bawa dia ke kk berhampiran..dan Doc hny berikan garam utk larut dalam air shj..pampers xleh nk cakap mmg bnyk sgt guna..warna najis dia kuning tapi ada lendir2.. blh ke Doc jelaskan yg ianya x merbahaya..

Baca lagi
3y ago

Waalaikumussalam Cirit birit boleh disebabkan oleh banyak jenis kuman, tidak semestinya Rotavirus sahaja. Kebanyakan cirit birit tidak ada rawatan tertentu kecuali sekiranya doktor suspect ia adalah disebabkan jangkitan bakteria. Apa yang penting ialah memastikan anak tidak mengalami dehidrasi seperti yang dijelaskan dalam komen2 di atas. Sekiranya tidak pasti, saya nasihatkan puan berjumpa semula dengan doktor untuk pemeriksaan. Harap dapat menjawab persoalan puan

VIP Member

Assalamualaikum Dr Wan Khairina, Anak saya lahir dekat KPJ Sabah tetapi masa pkp saya berklinik dekat klinik kerajaan sehingga sekarang anak saya berumur 8 bulan..masih boleh ka anak saya mengambil Rotavirus walaupun sudah berumur 8 bulan? sebab kalau mengikut jadual buku kesihatan rotavirus di ambil masa bayi berumur 2, 3 & 5 bulan.. Terima Kasih Dr..

Baca lagi
VIP Member

Assalamualaikum Dr, Anak-anak saya pernah mengalami rotavirus, puncanya adalah ketika melawat di hospital dan terkena jangkitan melalui seorang pesakit di dalam wad tersebut. Adakah kemungkinan anak-anak saya akan mengalaminya lagi pada masa akan datang? Apakah langkah-langkah untuk mengelak dari terkena jangkitan rotavirus ini? Terima kasih.

Baca lagi
3y ago

Waalaikumussalam puan, Jangkitan Rotavirus boleh berulang tetapi tahap keterukan jangkitan yang seterusnya adalah kurang berbanding dengan jangkitan kali pertama. Begitu juga dengan kanak-kanak yang telah diberikan vaksin Rotavirus, juga berkemungkinan mendapat jangkitan tetapi kurang teruk dari jangkitan yang terkena kepada yang tidak diberikan vaksin. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah tidak berkongsi persekitaran dengan orang yang mengalami cirit-birit, dan sekiranya terpaksa menjaga anak lain yang terkena jangkitan, memastikan mencuci tangan dan peralatan yang digunakan dengan bersih. Walaupun kuman Rotavirus sukar dihapuskan dengan sabun atau disinfectant, sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan jumlah virus yang masih tersisa di tangan dan objek yang telah tercemar.

assalamualaikum dr wan khairina. saya mempunyai seorang bayi berusia 20hari. saya hanya beri bayi susu ibu. persoalan saya, jika setiap kali ketika atau selepas sesi penyusuan, bayi saya membuang air besar adakah dikira sebagai cirit birit? bayi saya kerap menyusu, anggaran dalam 1-2jam sekali. mohon pencerahan. terima kasih

Baca lagi
3y ago

Waalaikumussalam Bayi yang menyusu susu ibu sahaja pada mulanya mungkin akan membuang najis dengan kerap, dengan syarat bayi puan sihat, tidak meragam dan berat badan menaik semasa ditimbang. Sekiranya tidak pasti seeloknya puan bawa bayi untuk pemeriksaan doktor, terutamanya untuk memantau berat dan keadaan bayi. Harap dapat menjawab persoalan puan.

Assalamualaikum doktor, macam mana nak tahu yang seorang kanak-kanak tu betul-betul dah sembuh dari rotavirus? Sekiranya dah warded dan dah discharge adakah kebarangkalian untuk berjangkit dari pesakit yang baru discharge tu masih ada? Risau sebab ramai kanak-kanak dekat rumah dan ada seorang yang dijangkiti virus rotavirus ni

Baca lagi
3y ago

Waalaikumussalam puan, Tempoh jangkitan Rotavirus boleh tersebar mungkin berbeza untuk setiap individu. Seeloknya kanak-kanak yang terkena jangkitan tersebut tidak dihantar ke pusat jagaan sehingga cirit-birit benar-benar sembuh. Cirit birit Rotavirus selalunya mengambil 3-7 hari untuk sembuh tetapi ada kajian mendapati kuman Rotavirus boleh terdapat di dalm najis seseorang sehingga 10 hari dari mula mendapat simptom. Walaupun tiada panduan untuk membenarkan kanak-kanak dihantar ke pusat jagaan, seeloknya selepas kanak-kanak tersebut benar-benar sembuh dari cirit birit tersebut selama 1-2 hari.