Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital

Tanya soalan mengenai cirit birit dan jangkitan rotavirus pada kanak-kanak, apakah simptom & risikonya pada anak kecil. Anak alami cirit birit? Adakah ia merbahaya? Tahukah anda ia mungkin disebabkan jangkitan rotavirus? Sekiranya anda mempunyai banyak persoalan mengenai penyakit cirit birit atau rotavirus ini, anda wajib mengikuti Sesi Tanya Pakar kali ini! Cirit birit pada anak kecil boleh jadi situasi yang normal juga berbahaya. Ramai ibu bapa tidak tahu anak kecil sebenarnya berisiko terkena jangkitan rotavirus yang berbahaya ini. Ayuh bertanya terus mengenai simptom, punca jangkitan, risiko jangkitan rotavirus juga segala yang anda ingin tahu mengenai penyakit ini bersama Dr Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital pada 22 Disember 2021, Rabu. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Assalamualaikum Dr, Anak-anak saya pernah mengalami rotavirus, puncanya adalah ketika melawat di hospital dan terkena jangkitan melalui seorang pesakit di dalam wad tersebut. Adakah kemungkinan anak-anak saya akan mengalaminya lagi pada masa akan datang? Apakah langkah-langkah untuk mengelak dari terkena jangkitan rotavirus ini? Terima kasih.

Baca lagi
4y ago

Waalaikumussalam puan, Jangkitan Rotavirus boleh berulang tetapi tahap keterukan jangkitan yang seterusnya adalah kurang berbanding dengan jangkitan kali pertama. Begitu juga dengan kanak-kanak yang telah diberikan vaksin Rotavirus, juga berkemungkinan mendapat jangkitan tetapi kurang teruk dari jangkitan yang terkena kepada yang tidak diberikan vaksin. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah tidak berkongsi persekitaran dengan orang yang mengalami cirit-birit, dan sekiranya terpaksa menjaga anak lain yang terkena jangkitan, memastikan mencuci tangan dan peralatan yang digunakan dengan bersih. Walaupun kuman Rotavirus sukar dihapuskan dengan sabun atau disinfectant, sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan jumlah virus yang masih tersisa di tangan dan objek yang telah tercemar.