Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital

Tanya soalan mengenai cirit birit dan jangkitan rotavirus pada kanak-kanak, apakah simptom & risikonya pada anak kecil. Anak alami cirit birit? Adakah ia merbahaya? Tahukah anda ia mungkin disebabkan jangkitan rotavirus? Sekiranya anda mempunyai banyak persoalan mengenai penyakit cirit birit atau rotavirus ini, anda wajib mengikuti Sesi Tanya Pakar kali ini! Cirit birit pada anak kecil boleh jadi situasi yang normal juga berbahaya. Ramai ibu bapa tidak tahu anak kecil sebenarnya berisiko terkena jangkitan rotavirus yang berbahaya ini. Ayuh bertanya terus mengenai simptom, punca jangkitan, risiko jangkitan rotavirus juga segala yang anda ingin tahu mengenai penyakit ini bersama Dr Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital pada 22 Disember 2021, Rabu. *NOTA : Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Wan Khairina Binti Wan Mohd Nowalid, Pakar Pediatrik KPJ Kajang Specialist Hospital
24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum doktor, macam mana nak tahu yang seorang kanak-kanak tu betul-betul dah sembuh dari rotavirus? Sekiranya dah warded dan dah discharge adakah kebarangkalian untuk berjangkit dari pesakit yang baru discharge tu masih ada? Risau sebab ramai kanak-kanak dekat rumah dan ada seorang yang dijangkiti virus rotavirus ni

Baca lagi
4y ago

Waalaikumussalam puan, Tempoh jangkitan Rotavirus boleh tersebar mungkin berbeza untuk setiap individu. Seeloknya kanak-kanak yang terkena jangkitan tersebut tidak dihantar ke pusat jagaan sehingga cirit-birit benar-benar sembuh. Cirit birit Rotavirus selalunya mengambil 3-7 hari untuk sembuh tetapi ada kajian mendapati kuman Rotavirus boleh terdapat di dalm najis seseorang sehingga 10 hari dari mula mendapat simptom. Walaupun tiada panduan untuk membenarkan kanak-kanak dihantar ke pusat jagaan, seeloknya selepas kanak-kanak tersebut benar-benar sembuh dari cirit birit tersebut selama 1-2 hari.