berak lepas bersalin normal
takutnya nak berak lepas bersalin 😭😭😭 takut sangat jahitan terbuka hm ... xnak sembelit lagi macam anak first 😢 tahan2 berak sudahnya sembelit 😢 macam mana ni gais???? ke berak jer mcm biasa? aduhhh takut sangat jahitan terbuka.. mcm2 pikir yang bkn2. stress 😭😭😭😭 #harike3berpantang #pleasehelp
Sy masa pantang dulu teruk sangat sembelit, sampai pergi klinik cek dgn doktor sbb time tu dh jadi buasir. Sakit sangat2. Makanan pantang tiap hari sy makan sayur dan buah. Ubat lembut najis pun semua sy dh cuba. Lactul, novalax, bisacodyl semua jenis la sy dah makan😅 Kadang2 najis lembut, kadang2 jadi jugak sembelit. Ingat balik memang menakutkan. Biasanya najis yg mula2 tu keras, jadi sakit sangat2. Mungkin air kurang agaknye. Jadi sembelit sampai kena buasir🥺🥺. Lepastu sedara sy yang mai melawat time pantang tu ada share tips makan nona roguy yg phytonatal. Suami terus beli dan sangat2 berkesan dgn sy alhamdulillah sampai la sekarang mmg lembut je najis. Malam sebelum tidur je telan dan esok pagi terus membuang dan najis lembut je lega sangat2. Sekarang pun sy terus je makan phytonatal tu sebab klau kurang minum air memang jadi sembelit. Tapi bila makan mmg lembut je najis memang lawaslah. Sy share ni sebab sy dh kena sembelit sampai jadi buasir.
Baca lagiSy pun baru bersalin seminggu.. keluar hosp haritu doc bg ubat lawas berak.. mula2 takut nk berak rasa mcm nk tahan je seminggu bg luka sihat dulu.. lastly bila mkn ubat lawas berak tu dia akan auto keluar sendiri.. patut pun instruction dia makan waktu malam sahaja. Nasib mmg pakai pampers besar kan.. Takda apa lah , makan ubat ikut yg dic bagi should be okay lah. Jahitan tak terbuka jangan risau. Waktu doc jahit tu kan kita siap kangkang lg kan.. Ni dh jalan kepit2 takda apa lah. Cuma kena pastikan luka jahitan tak lembab ye. Lepas keluar toilet ke apa lap terus kasi kering nnt bengkak mcm sy. Letak sgt iodine tu setiap masa kan dh lembab tempat luka jadinya lambat sembuh. Dah sakit bengkak pulak kena mkn ubat bengkak. Biar je kering. Kalau rasa mcm takda darah sgt tayah pakai pad biar dia terdedah dgn udara.
Baca lagiok sis
klu dah mula rasa sakit perut tu cepat² g tandas jgn tahan nnt sembelit, sama la mcm sya dlu .. lps tu masa berak tu bleh je teran mcm biasa cuma jgn teran kuat sgt takut benang terbuka.. tp so far klu sya nak kurangkan berak, sya akan mkn sikit² je so dlm pantang seminggu tu bleh la rawat luka bg kering cepat² guna air rendaman utk luka bersalin.. kena rajin cuci bg bersih dan sehari 2x kna basuh luka guna air rendaman tu.. in shaa Allah dlm sminggu tu dah kering luka, dan tinggal tunggu masa benang putus
Baca lagimacam saya bersalin pertama sembelit. 7hari baru membuang, seksa nya sampai menangis . berjam duduk dalam toilet. dah makan ubat sembelit, ubat pancit air tu, tak jalan jugak. tiap kali membuang tiap kali tu darah. 3bulan macam tu 😑 yang bersalin kali ke dua ni, 3hari lepas bersalin Alhamdulillah membuang senang sangat, banyakkan makanan berkuah n sayuran hijau. banyak minum air masak ☺️ Insyaallah tak sembelit. memang dilema ibu² lepas bersalin mesti takut nak membuang.
Baca lagiHi dear, doktor ada bagi ubat cair untuk mudahkan awak berak tak? ubat tu bagus ya kalau doktor suruh minum, tips kalau nak elak jahitan koyak, masa tahi nak keluar sikit tu cuba teran sikit tapi dalam posisi berdiri sikit, tangan kena pegang dinding la.. nak berhati-hati agar jahitan tak terbuka, lepas rasa nak terkeluar betul-betul tu baru teran habis,dan cuci baik-baik ya. Selamat mencuba ya.
Baca lagixde plk doktor bagi ubat cair berak.. ok tq info sis
sy minum ubt lembut najis . jahitan sy hampir smpai ke lubang dubur . sy tak berani teran hanya bergantung pd ubat lembut najis shj selama sebulan . alhamdullillah baik2 aje . lps tu jgn lupa sapu ubat kuning pd jahitan dan biarkan kering ok. mmg ngilu kalau diingat balik . dah 5 bulan berlalu msih teringat saat itu 😔
Baca lagiitulah paling ingat sekali 🤧
Hosp bagi sy ubat ni. Pastu da abes mntk hasben bli ubat ni lg kt farmasi. Mmg berkesan utk sy. Sy pon tkot sgt2 nak berak. So mmg amek masa yg lama bila nk berak tu. Kadang 30min tgu dlm toilet sbb nk biar najis kua naturally. Xnk teran2. Haish tbyg2 lagi rasa tkot nk berak tu smpi skrg wlpon da setahun berlalu 😅
Baca lagiBeli ubat Kat farmasi sis. Dulu hospital bagi xckup. Taktau Sbb Time tu first baby.. Saya almost maut Sbb menahan berak Sbb Sakit tempat jahit(gara2 ada isi daging terkeluar dr jahitan, trauma nk meneran). Ingatkan Sakit perut biasa Tapi Sakit Macam contraction. Rupanya usus najis da nak pecah. Nasib cepat g hospital.
Baca lagiaduh takutnya dgr hmm
Berak je sis. Lagi lama dalam perut lagi keras, lagi kena teran lebih, lagi sakit. Sebelum lagi lagi tu bertambah, baik berak je 😁 So far saya berak anak dah 2 tak ada jahitan terbuka. Jangan risau ok. Kalau dah lama tahan, dah keras, tu yang patut risau 🤗
aduh sis hm tq reply sis 😭
lepas saya bersalin, saya akan makan bubur nasi + lauk2, untuk elak sembelit memandangkan jahit banyak.. lebih kurang dlm seminggu dua mcm tu.. lepas tu baru saya makan nasi biasa.. bubur tu saya kerap2 makan dan lebihkan sayur.. alhamdulillah lancar membuang ☺️
Happy mom