Need advice

Sya pregnant ALN 6 bulan, kursus nikah dah buat. Tapi bf sya mcm main main pula. Mcm tknak kahwin, tknk tanggungjawab. Sya stress. Sampai tahap nk bunuh diri, google cara bunuh diri. Saya penat, tak kuat dengan semua nih.

27 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Di pagi hari jumaat nie. Meyh aku bagi takzirah cara kasar sikit. Kau dah ehem² kira DOSA, pastu kau nak bunuh diri bukan stkt DOSA je, ++DOSA kau kena tanggung sampai akhirat. Kau ingat mati boleh elak masalah kau kt dunia? Sorry yea, kau kena tanam kt kubur lagi kau kena seksa + kt akhirat lagi kau terseksa kena azab yg terukk! Serius, kau dah pikir ke kehidupan kau selepas hidup kt dunia? Sbb kau cuba mengubah takdir Allah tau.Just ingatlah, apa yg kita buat kt dunia nie akan di azab di akhirat. Kami semua tegur sbb syg awk. Kalau kau dgn laki sama baye, perangai laki mmg main² sblum na kawin. Chill, aku cakap sbb aku pernah alami situasi sama mcm kau, tapi tak sampai preggy. Kteowg decide terus kawin, dia pon mmg main² masa nak kawin tak serius. Tapi please, kau ingat akhirat je. Serius aku mimpi kena seksa. Aku mnagis² teresak². Manusia semua melakukan kesilapan. Aku doakan semoga urusan kau nak kawin dipermudahkan. Berserah sepenuhnya pada Allah. Aku syg kau sahabat

Baca lagi

Klu bf awk mcm main tarik tali langkah pertama sekali awak perlu buat ialah bagi tau family awk. No2 tgk family awk mcm mna mesti family awk belahkan awak dan nk laki tu bertanggungjawab. No3 kalu bf awk x nk jugk ugut dia buat report atas tuduhan merogol (dah pandai main dpt hasil x nk bertanggungjawab memang tu tempat sepatutnya) .No4 kalu dia setuju nk nikah bernikahlah dgn kadar segera walaupun anak x boleh berbin@binti kn bf awak tu 😊 ini hanya cadangan kalu rasa nak ikut teruskan sbb bagi pandangan sya klu laki tu btul2 nk kawin dgn awk dia xkn main tarik tali. Oh satu lagi awk pegang 1 je ingt anak dlm kandungan dan mcm mna nk jaga bby tu nnti klu bf awk x kawin dgn awk. Awk kena jadi seorang ibu yg kuat utk anak dia baru la nnti bby kuat mcm mommy dia 😘. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya.

Baca lagi
4y ago

Perkahwinan tu sah bila2 kahwin pun,cuma tak boleh berbin/bintikan bapa baby tu la bila dah 6 bln. Sis kena kuatkan semangat..klu sis bunuh diri lg besar dosanya sis..beritahu family & harap family dpt terima ujian ini..

Setiap bulan saya akan jumpa pesakit mcm awk. Sy fhm awak fikirkan kewangan. Sokongan emosi n perhatian kasih syg. Nak2 sedang berbadan dua. Apa sy blh tlg kt sini SILA TERUSKAN ANTENATAL CHECK. SEHINGGA ANAK LAHIR. JANGAN ABAIKAN SATU TCA PUN. SANGAT PENTING. Kawal emosi dekat kan diri dgn org positive n jaga solat. Mintak segalanya pd Allah Rancang proses kelahiran anak dekat Hospital kerajaan. Mereka akan rujuk awak JKSP utk bantuan kewangan Nak pantang mana. Bincang dgn family. If family x terima. Call Nur 15999 Jgn fikir pendek nak kasi org anak. Kena fikir panjang. Tapi klu terdesak. Lebih baik serah anak kt org dgn cara selamat. Dari membunuhnya tanpa niat. Moga Allah lindungi saudaraku sayang Dari org yg sama kt atas tu

Baca lagi

Im in same situasion ya . But im 7month. On 18jan . Sy dh pon telan panadol 25bjik . But yah .. Umor panjang. Admit hosp .. Then dh setel hosp biasa dimasukkan ke wad psikiatrik .. Sy dh buat bku pink sllu pergi ja chek up .. But idk kenapa haritu jadi semua benda yg tak diigini .. Terlampau stress smpai dh tk dpt fkir . Skrg pon taktau lagi kitaorang akn kawen ke mcm mna. But once awk dh admit bgai doc tau kes aln n everything dyeorg akn refer kbjikn . Kbjikn akn jmp untk bincng. Untuk kes bnuh dri jgn cuba cuba lah sbbnya .. If tak mati . Effect kmdian hri maybe tak pda awak tp pada bby . Myesal pon tak guna. So trust me. Jgn lost connection dgn allah . Semoga urusan kita dipermudahkn in shaa allah amin.. L

Baca lagi
4y ago

Take care sis..semoga terus kuat yaa

VIP Member

Better tak payah kahwin dgn bf awak tu. Kalau bersungguh awak takde lah smpi rasa nak bunuh diri. Lg berisiko lepas kahwin nanti sebab takde rasa tggjwb. Nanti awak & anak terabai. Tinggal je lah lelaki mcm tu. Tak mati pun jadi single mom. If.. Family awak mmg tahu awak pregnant aln, just stay dgn family smpi bersalin. Kalau rasa u & ur family mmg nak jaga anak tu, lps bersalin jaga elok2. Kalau mmg tak nak jaga, siap2 cari keluarga angkat yg betul2 nak anak, boleh jaga anak tu dgn baik. If.. Ur family tak tahu u pregnant, go to any shelter duduk sana smpi bersalin. Jgn bunuh diri.. Tak selesai masalah pun..

Baca lagi
VIP Member

Awak tak perlu kawin dgn dia pun takpe. Cukup awak dgn anak awak je. Lelaki kalau taknak bertanggungjawab pergi mampus dia. Biar dia berdosa tak jaga amanah Allah. Kalau awak rasa tak mampu nak jaga, awk bg pada jkm atau siapa2 yg nakkan baby. Kita hidup kena kuat. Awk dh nak jd ibu tau. Kena kuat. Sy plih utk tak kwin bkn sbb dia tknk bertanggungjawab tp sebab dia takde duit. So sy plih jalan sy. Jaga sndiri dgn family. Alhamdulillah sy lebih bahagia. Keep think positive inshaAllah Allah akan permudahkan. Kalau awk tkde tmpt mengadu atau buntu awk blh ws sy.

Baca lagi
4y ago

kan , better cari yang betul2 lepas ni . seronoknyaa dapat anak perempuan . saya dulu ingat dapat anak perempuan sekali keluar lelaki hehe

Kasihan baby. Ramai yg nak dpt anak tp xde rezeki. Bunuh diri tidak selesaikan masalah. Benda dah jadi x boleh patah balik. Kalau berkahwin dgn lelaki begitu hanya utk menutup arang di muka tapi tidak bertanggungjawab, tiada gunanya. Semoga diberi kekuatan utk menempuhinya. Namun sekiranya tidak mampu utk menjaga bayi yg dilahirkan, boleh bertanya pd nurse semasa check up,berkenaan mendapatkan keluarga angkat utk baby.lahirkan bayi yg tidak bersalah. Jangan menambah dosa dgn membunuh diri & secara tidak langsung bayi dlm kandungan.

Baca lagi
VIP Member

Perempuan biasanya lagi kuat semangat dari lelaki ingat tu. Bila kita kuat dan mampu berdiri sendiri, insyallah lelaki ni akan sujud nak kat awak dik. Jgn biarkan emosi memburukkan kaedaan dik. Ingat anak yg dikandung, awk bakal jadi ibu dan kena tunjuk diri awak sentiasa +ve. Lupakan perkara yg boleh buat adik stress, buat masa sekarang hnya fikirkan diri sendiri dan kandungan. I know u r strong...ingat masih ada org yg lagi payah keadaannya. Jaga kandungan baik2 ok. Biarkan perkara yg negatif ambil yg positif sahaja...😘

Baca lagi

Syg.. Ramai nk kn bby.. Awk jgn buat kputusan tburu2.. Klo llki tu xnk tanggungjawab xpe.. Awk msh ada fmly.. Busuk mna pn fmly ttp fmly.. Lg2 seoranf ibu.. Ttp akn ada tuk awk.. Kakak sy ad 4 org.. 3 org lahir ank luar nikah.. Mak stil terima n jaga ank tu.. Klo dy xserius move on dr awk hdup dgn dy tp tersiksa.. Nnty bila awk rasa gerak bby awk.. Awk mesti gembira.. N mesti akn menyesal sbb pikir yg bukan2.. Maaf sy cma beri pendapat.. Wlopon sy xpernah laluinya, tp sy ada fmly yg situasi mcm tu..

Baca lagi

Sis. Ingat nak buat satu keputusan sis kena fikir panjang n kesannya nanti. Cuba bayangkan sis makan something dgn niat nak bunuh diri tapi umur masih panjang. Yang effect nya kat baby. Kalau baby selamat dilahirkan tapi cacat. Nak ke sis menyesal seumur hidup? Sekarang benda pon dah jadi, yang penting skrg sis lupa kan bf awk tu sbb mmg nampak dia taknak kan awk. N jaga baby elok2. Jaga dia n mulakan hidup baru antara awk Dan baby.

Baca lagi