Down

Harini baru ada kekuatan nk pergi buka buku pink dkt kk. Semlm dah pergi swasta dia scan tkut ada kencing mnis kena buka buku juga dkat kk, ambil air gula tu. Dah 14 week tapi mslhnya sya preg ALN. Tdi perg kk dh kul 4ptg sbb baru hbis klas. Dia bg appoinmnt hari ahad depan kul 8 suruh bawak salinan ic saya, ic suami, sjil nikah. Tpi sya tkde 2 bnda tuh. Sebb hujung bulan nih bru nk kursus kawin. Mcm mna nk bgthu sya xde 2 bnda tuh ahad nnt? ? nurse bising tak nanti? Pikir blik tknk pergi dab klau blh.

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi sis..adalah sangat2 digalakkan utk pergi follow up ANC(antenatal care), tanpa mengira taraf perkahwinan. Beritahu sahaja ketiadaan dokumen2 tersebut dan plan utk berkahwin. Dokumen2 tersebut perlu utk memudahkan proses sijil kelahiran bayi dan proses ketika mendapat rawatan di pusat kesihatan(kk/hosp).e.g hanya waris yg berkenaan sahaja yg layak utk menandatangan keizinan prosedur2 tertentu sekiranya perlu diperoleh drp waris. Ianya tidak akan mempengaruhi rawatan yg akan diterima.layanan & rawatan setiap individu adalah sama, bergantung kepada keadaan yg dialami. Follow up sgt penting bg memastikan kesihatan & keselamatan ibu dan bayi terjamin ketika mengandung , semasa proses kelahiran dan selepas bersalin. Sekiranya terdapat kata2 sinis atau respon yg kurang menyenangkan, itu hanyalah respon individu dan tidak akan mempengaruhi rawatan. (A piece of advice: just face it, what's past already past, we are responsible for our action, have to think about your & your baby safety)

Baca lagi
2y ago

Kuatkan semangat ya sis. Demi baby dalam perut. Cakap je kat nurse tu. Pekakkan telinga je nanti kalau drg menyindir ke apa. You are a strong mama 💪

pergi ja sis. ckp tadak sijil nikah lg sbb nk buka buku awal. saya ni bukak buku lambat 26 weeks baru buka, pastu kena marah. sya bukak lambat sbb saya bru nikah. selamat la suami saya sekrang ni nak bertanggungjawab. lepas nikah bru pegi bukak buku. part nurse membawang tu memang ada tapi buat tak tahu ja. sbb takut masalah kesihatan semua. sis kena kuat ya

Baca lagi

Tiada diskriminasi dalam khidmat kesihatan untuk ibu & anak walaupun anak tidak sah taraf. Don't worry.. Im sure sis akan dilayan seperti ibu yg lain.. They will help u & provide the service as others.. Take care..

VIP Member

Buka saja buku pink tu sis... Nurse x ada hak utk marah kamu klu kmu betul2 maok jga kandugan kmu... Hal nikah tu blh akhir sbln kndugn kmu capai 3 bulan..

Ank aLN pun xd mslh untuk buka buku pink..bgtau je xd tu smua...single mom... T dyorng fhm..kalau diorng bising tu prkara biasa..tp kejap jela bisingnya tu

Boleh bawa waris & bakal suami. Supaya nurse tak bnyk bising 😊. Tapi Alhamdulillah nurse kat tmpat sya ni baik2 walaupun non muslim, syukur sangat

Sis jgn risau..saya pun ALN, dkt 4bulan bru bukak buku,sis dtg masa dh siap khursus kwen je..jgn risau sy buat buku pun xde surat or kad kawen..

Nak tanya ALN ni apa? Org yg sama kah ni. Tadi post pun ada ALN hamil 6bulan.. yg ni 14week... Kah ALN ni shortform?

5y ago

Short form 😂

Kalau x da sijil nikah, ruangan suami ja kosong, itu sahaja..yg lain semua sama.. Jgn isau dik.. Fikir baby.

Xbising. Tp biasanya kne bawak waris kalau ALN ms buka buku pink tu.