Doakan saya dan anak saya ya ☹️

Sy mengandung anak sulung 8 bulan dan suami saya seorang yang panas baran. Baru baru ni ada barang dia hilang semasa sy mengemas rumah, dia kata saya suka ubah2 barang dia. Tapi saya tak hilangkan pun. Dia terus marah2 saya cakap saya babi, saya perempuan jalang, saya isteri yang tak berguna sampai dia doakan saya mati ketika melahirkan anak kami. Dia pun ada mengata ibu bapa saya. Saya menangis sampi hidung saya pun keluar darah. Saya tak tau nak buat apa. Lepas tu saya jumpa barang yang hilang tu dalam bakul baju dia. Dia sikit pun tak rasa bersalah atau minta maaf. Bila saya cuba bercakap dia suruh sy diam dan suruh saya buat hal sy sendiri. Saya rasa sedih sangat. Doakan saya terus kuat utk anak saya ya.

33 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Rasanya dah boleh amik langkah pertama sis. Pegi je pejabat agama. Sebelum awak melahirkan lepastu nanti anak boleh jadi mangsa pukul/maki. Laki panas baran mula² dia maki, lama² dia naik tangan naik kaki. Sebelum lagi susah, baik terus gi jabat agama untuk kaunseling, dah step² seterusnya. Tak guna nak bertahan sebab anak, kita tatau akan datang dia bleh buat apa plak nanti. Fikir keselamatan diri dulu sebelum baby tu dilahirkan. Maaf cakap, baby lahir takde kasih sayang bapak pon boleh hidup sis. Kita perempuan kena kuat. Orang suruh sis sabar² tu cakap boleh la. Yang hadap sis jugak kan? Haih pantang betul la lelaki jenis maki² ni 😤

Baca lagi