Doakan saya dan anak saya ya ☹️

Sy mengandung anak sulung 8 bulan dan suami saya seorang yang panas baran. Baru baru ni ada barang dia hilang semasa sy mengemas rumah, dia kata saya suka ubah2 barang dia. Tapi saya tak hilangkan pun. Dia terus marah2 saya cakap saya babi, saya perempuan jalang, saya isteri yang tak berguna sampai dia doakan saya mati ketika melahirkan anak kami. Dia pun ada mengata ibu bapa saya. Saya menangis sampi hidung saya pun keluar darah. Saya tak tau nak buat apa. Lepas tu saya jumpa barang yang hilang tu dalam bakul baju dia. Dia sikit pun tak rasa bersalah atau minta maaf. Bila saya cuba bercakap dia suruh sy diam dan suruh saya buat hal sy sendiri. Saya rasa sedih sangat. Doakan saya terus kuat utk anak saya ya.

33 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Bertabah puan. Saya sbg lelaki pn rasa sedih bila dgr story2 mcm ni. Sbb yelah seorang wanita/isteri perlulah dihormati dijaga lebih2 lagi ketika mengandung. Dalam kes puan ini, puan byk2 bersabar dan cubalah berhubung dgn keluar mertua. Selain itu bnykkan berdoa kepada Allah agar dibuka kan pintu hati suami dan lebih menghormati dan sayang pada puan.

Baca lagi

Allahuakbar.. sedih baca isteri2 yg dihina dipukul suami sendiri ni.. taktau mcm mana puan tanggung perasaan tu. Sy yg dpt suami yg alhamdulillah tak panas baran pun sensitif n mudah sedih time ngandung ni kalau ada silap sket. Sis ajak la dia dengar ceramah kat youtube banyak2 . Manatau lembut hati dia.

Baca lagi

Saya mmpu ckp sabar je untuk sis. Sis yg hadapi lebih lg. Semoga Allah bg kekuatan buat sis. Dan Allah lembut kan hati suami sis. Sis jgn putus doa buat dia. Doa ibu mengandung kan mustajab. Semoga Allah beri kemudahan, kelancaran dan kesihatan yg baik buat sis dan baby. Huggg with luv from here.

Sabar ya sis. Ujian untuk sis tanda allah nk jentik hati kita utk sentiasa ingat & dekat dgn -Nya. Insya allah doa byk2. Bacakan ayat 1-5 surah Taha, tiup pd ubun2 suami waktu dia lena tido. Niat dlm hati semoga allah melembutkan hati2 yg keras utk dekat pada-Nya..amin

Rasa dah 😑 byk lelaki baran ni mmg mcm tu , tpi ja7h sudut hati kita syg suami kita 😭 tpi tula , sbbkn sikap dia je kami akn brpisah lpas sya brsalin nnti 😌 ika doakn smoga suami sis brubah ke jln Allah ..bhgia ke jannah ..aamiin

Hari2 baca zikir YA LATIFF...33 kali baca...baca lebih lg bgus...waktu dia tdur,hembus pelan2...semoga hati dia lembut...utk anak pun bagus jugak...cuba ya...semoga sis dapat lembutkan hati suami sis..aminnnn

somoga dia sedar lepas tngok muka anak dia yg bakal di lahirkan tuu.. sis sabar tau.. ramai dah sebenarnya wanita yg dianiaya mcm ni.. sabar yeaa.. anggap jee Allah sedang menguji kesabaran sis... sis kene kuat yeaa..

Kita semua kuat, sy juga mempunyai suami panas baran. tgh pregnant anak first. dipukul, dihina. Mengharapkan suami yang boleh menjaga kita dgn baik namun sebaliknya. Semoga Allah jaga kita semua.

Doa yang buruk2 Allah takkan makbulkan. Jaga diri & jaga kandungan. 8 bulan tu dah tak lama lagi tu nak bersalin. Saya doakan awak & baby selamat semua nya. Jangan stress2 sangat💛

VIP Member

Semoga awak sentiasa dilindungi oleh Allah. Semoga selamat dan dipermudahkan urusan awak. Jangan risau, Allah sentiasa ada dgn kita sis. Bersabar banyak banyak