Si sulung kuat tantrum

Lepas dapat adik dia jd makin kuat tantrum. Jujur penat dengan dia. Sabar je hari² ni. Dia dah 3 tahun. Dia boleh bercakap tapi dia tak nak bercakap. Dah jumpa pakar, pakar cakap dia bukan speech delay cuma dia tak nak bercakap. Tapi bila tanya apa² dia faham dan tahu cuma tak nak jawab je. So bila saya marah ke saya suruh buat apa² dia menjerit, dia nangis ya Allah. Tu belum part bila adik dia nak tidur, time tu lah dia datang berhimpit kat sebelah pastu bila sy cakap "kakak pergi luar dulu mama nak tidurkan adik", dan² tu jugak dia nangis pakej sekali jerit. Kadang sy takut kot² jiran ingat saya dera anak 😭 Saya cakap je tau, cakap dah habis lembut dah dia still jerit, nangis kuat². Ended up sy dah burn out sy jerit balik kat dia. Lagilaa kuat nangis ya Allah aku sabar je hari² ni 😭😭😭😭 Semalam memang dah sampai titik terendah lepas husband balik sy terus nangis teresak² depan dia sbb sy dah penat sgt. Husband pun ckp sabar la yang.. Sy jawablaa senang cakap suruh orang sabar. Lepas dari tu sy buat hal sendiri biar dia pulak handle anak². Perlu ke sy hantar si sulung ke playschool je? Tak apa ke? Kalau dia jenis tantrum jenis kuat nangis macam ni agak² ada ke playschool yg nak terima dia? Kalau ada pun sy tk tau macam mana nk hantar and ambik dia sebab sy ada baby 4 bulan. Kalau hantar tu tkpalaa husband boleh hantar tp nak ambik tu sapa nak ambik 😭 Husband kadang pukul 7, kadang pukul 8 malam baru sampai rumah. Kalau sy p ambik, sy kena bawak adik dia skli. Incase if adik dia nangis² dalam kereta mcm mana plk 😖 Jujur sy cakap sy cepat triggered kalau dgr ank nangis. Please advice apa yg perlu sy buat? Sy dah buntu

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

anak 1st tu sgt memerlukan perhatian sis sbb tu dia tantrum or buat perangai. sye pernah alami situasi lbh kurang mcm sis dlu. Apa yg sye buat, sye spend time dgn dia sama2 dgn adik. main sama2, baby letak je sebelah. selalu peluk cium dia, ckp kita syg dia. nk hantar anak taska boleh je sis. masukkan anak thun depan since skrg dh hujung tahun sekolah pun dh nk habis sesi. masa nk amek anak taska, baby letak je dlm carseat. sblom tu bg dia susu/makan kyg2, salin lampin etc. standby finger food mcm biskut roti etc . kalau dlm perjalanan tu dia mula nangis , dkt sini sis kne hati kering, pekakkan je telinga. mungkin dia xbiasa dduk dlm carseat, nnt lama2 dia ok. anak sye 4years bru hantar playschool, cuma mula2 sesi persekolahan tu jela dia nangis hampir 2minggu jugak sbb xpernah kne pisah. lpstu alhamdulillah dia ok je. ramai kawan2, bnyk buat aktiviti. sis pun nnt next year blh focus dkt baby. kuranglah sikit rasa stress tu.

Baca lagi

Masukkan je dlm playschool/taska. Bg dia dpt bcakap dgn kwn2 sebaya. Kena tanya playschool tu ada ke kenal transport yg bole tlg hantarkan ke rumah, minta suami byrkn. Tp klo taska rasanya bole ambil time da mlm pun tp tanya dulula. Better minta suami yg handle anak tu bila dia buat perangai, selalu budak takut tgk ayah dia garang.

Baca lagi