Perubahan or gejala nak dapat adik?
Anak saya si sulung perempuan 2tahun 9 bulan. Sejak orang keliling tidak habis² dengan ayat bulan depan(November) nak dapat adik, anak saya kerap menjerit(teriak xda air mata), sekit² wan,maktok,abah dan nama orang lain yang tiada di kelilingi dia time tu. Nak kata layanan saya & suami lain, tidak. Sama saja, bagi layanan yang sesuai umur dia. Tapi sejak seminggu ini dia kerap menjerit sebut nama orang² tapi air mata tidak keluar pun. Sebelum tidur pun dah sukar untuk tidur,dia menjerit,terlolong macam nak lari dari sesuatu, orang kata tidak mahu tidur tapi nak main sampai overtired. Screen time pun kurang hanya bila abah dia ada tu pun sekejap. Saya surirumah, bnyk main,buat aktiviti dengan dia. Sekarang ini saya dah semakin tension sebab dah lari time tidur,makan,main, ibadah,anak lebih kepada menjerit sambil sebut nama². Anak kerap minta dukung bila dia start menjerit, sampai orang kata saya dera anak💆 Sekarang ini dia start macam speech delay pula,berat mulut lebih kepada tunjuk benda apa dia nak. Serabut tahap rasa macam menyesal semua benda. #luahan #boleh tolong jawab if tahu #positive please