Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Hemalatha Chandrakanthan, Pakar Perunding Oftalmologi, Pusat Pakar Mata KPJ

Sering sakit mata sejak kebelakangan ini? Mata berair atau penglihatan semakin kabur? Risau kenapa anak suka menonton TV dengan dekat? Jom tanya semua persoalan anda dengan pakar kami berkaitan dengan penjagaan kesihatan mata anda sekeluarga pada jam 4 petang, hari Khamis bersamaan dengan 8 Julai 2021. *NOTA : Segala persoalan diluar daripada topik dan waktu yang dinyatakan akan tidak dijawab atau dipadam.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr. Hemalatha Chandrakanthan, Pakar Perunding Oftalmologi, Pusat Pakar Mata KPJ
28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi ..Dr saya nak tanya tentang mata anak saya. Anak saya berusia 4bulan dan mata sebelah kanan selalu berair dan jadi tahi mata , mata putih dia jugak merah sedikit berbanding sebelah kiri . Kadang teruk dan kadang okay. Saya dah buat apa yang nurse sarankan iaitu lap mata baby secara lembut menggunakan kapas dan air suam , saya jugak urut bahagian batang hidung baby pelan² .. Risau tengok mata baby macam tu . Harap ada penjelasan dari Dr. dan apa perlu saya lakukan .. Terima kasih Dr.

Baca lagi
4y ago

Thankyou Dr atas penjelasannya.. 🥰