mgtt

sepa ade petua spya x muntah mnum air gula nnt.. tkut lh sbb next appointment kna mnum air gula..

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Minum air gule ms dia suam..jgn minum sikit2 tp minum sekali teguk ..klu minum skit2 tkut nti trmuntah..sbb dlu pnh bc satu article tips utk minum air gule cara btl..alhmdulillah sy folo yg tu...smuanya ok dan xmuntah.. dan xde detect kncing mnis spnjng preggy 😉✌ Ni tips dr the asianparent yg pnh sy bc dlu Tips minum air gula agar lulus cemerlang 1. Puasa bermula sebelum 10 malam Anda perlu berpuasa dari malam sebelum checkup hinggalah keesokan harinya. Malah, ibu hamil juga disyorkan minum air masak sebanyak yang mungkin dan menjamah kurma sebelum 10 malam. 2. Pergi klinik sebelum jam 8 pagi Sebaiknya anda tiba di klinik lebih awal dan mengambil nombor giliran. Ini dapat mengelak anda dari menunggu lama dan beratur panjang untuk minum air gula. 3. Minum dengan cepat Air gula yang diberikan itu biasanya suam dan senang untuk dihabiskan jika anda mendapat giliran awal. Tapi, jika anda datang lambat, air gula akan menjadi sedikit sejuk yang menyebabkan ia likat sekaligus membuatkan anda mual. Kalau boleh, terus minum jangan henti kerana bila sudah stop sekejap pasti anda susah untuk menghabiskannya. 4. Berkumur Selepas minum, kumur dan hilangkan semua sisa baki dalam mulut 5. Perlu tunggu 2 jam Selepas itu, anda perlu menunggu selama dua jam untuk jururawat ambil darah buat kali kedua. Setelah siap semuanya anda boleh pulang ke rumah dan menikmati apa saja juadah yang anda mahukan. Berkaitan dengan keputusan pula, pihak klinik akan menghubungi anda untuk memberitahu keputusan darah tersebut. Jika didapati anda mempunyai GDM maka anda perlu membuat BSP pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Baca lagi