Turun berat

Senang ke mommies2 turun berat lepas bersalin. Boleh share berapa kg berat mommies turun dan ambil masa berapa lama?

51 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Turun berat? Pengalaman saya tak best. Berat turun mendadak. Daripada BMI normal ke underweight! Sebab; trend bacaan gula dlm darah menaik melalui ujian minum air gula sejak hamil dan 2 kali selepas bersalin. 2 kali tu sebab saya mengadu pada doktor berat saya turun mendadak 20kg ke 42kg. Result bacaan minum air gula yg ke 2: 10. Lg 1 point nak range diabetes.. 6 bulan lepas tu buat result HbA1c OK. Dah 4 kali buat test HbA1c dlm tempoh 2 tahun ni, syukur bacaan gula terkawal: 06/ 2023 : 5.6 12/ 2023 : 5.4 04/ 2024 : 5.8 10/ 2024 : 5.1 Alhamdulillah, kawal pengambilan gula dan tinggi karbohidrat, lebihkan sumber protein, serat sayur dan lemak sihat, Bersenam, puasa. Dah boleh adapt dgn tubuh yg dah tak boleh toleransi dgn gula dan tinggi karbohidrat. Berat pun dah naik ke BMI normal. Syukur. Kena beringatlah, jika tak kawal pemakanan, bila2 diri ni naik pangkat ke diabetes.

Baca lagi