Keputihan Yang tak best

Hi semua. sy dh nak msuk 11w. keputihan tiap hari mcm makin banyak. wrna putih tu dan ada sikit bau. suami pun da tegur🥲dlu sblm preggy xde keputihan lgsung. Boleh ke pkai pncuci wanita? atau sy ptut ke klinik je ye? terima kasih semuaa❤️

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya Awal prgnant macam 8w mcm tu, sma jugak, berketul2, so nurse kata try minum air putih bnyak. Saya kata saya tak lalu masa tu, mmg alah teruk sngt masa tuu. Lama2 okey je sis. Jgn pakai pncuci takut lagi teruk ya. Saya sekrang Alhamdullulah nk masuk 8 bulan dah, tak pakai pncuci langsung. Sis basuh dengan air mngalir, basuh slow2, bukan basuh permukaan ja, basuh kat celah2 pintu vigina tu, lps tu kalau sis rasa mcm bau n tak bersih, basuh lagii, lap kering2, kalau pakai pantyliner, rajin la tukar2, seluar dalam jgn pakai yg ketat2.Insyallah okey nnti, kalau truk sngt, n gatal ke ap, baik ke klinik doc akan bagi ubat insert ka ap, jgn pndai2 beli sndiri di farmasi.

Baca lagi

saya pakai pencuci wanita tu jadi gatal. keputihan pun banyak. lepas bersalin pernah keluar warna putih macam cheese tu. risau sangat saya cuba makan yougurt sebab bnyak orang suggest. alhamdulillah sekadar ikhtiar cuba 3 hari makan yang jenis plain, lepas tu dah takda keputihan. cuba la manatau membantu awak juga. apapun consult dengan doktor jangan lupa. itu lebih baik sebab doktor lebih pakar & sure ada ubat untuk sembuhkan. femenine wash tu takyah guna la. saya pun dah stop sebab saya tengok bila saya guna ja jadi gatal berbanding tak guna. cuci dengan air biasa & lap kering ja dah cukup sebenarnya.

Baca lagi

saya dri awal pregnant smpai skrg 15w mmg ada kputihan . siap warna kekuningan tp tak gatal dan tak bau . jgn pakai pencuci wanita tu takut nt makin teruk . banyakkan mnum air masak . sy da gthu nurse kk . tp Dorang kata kalau gatal bru bgthu lagi . tp kputihan sy ikot masa ..kdg tkde , kdg sikit , kdg byk . doc kata normal sbb hormon masa pregnant . tp bole je ckp kat doc nk swab . kwan sy macm sy jgk kputihan da berwarna kuning .. tp swab result okay je.. doc bg ubat insert pun tak ok . just jaga pemakanan je .

Baca lagi

Saya haritu check kk sangkut urine, doc ambik swab sample and nampak ada keputihan dalam faraj sikit. Saya tak tau sbb takde langsung kat luar. So doc bagi ubat insert sahaja. Insert time malam. Seeloknya buat sitz bath atau basuh air suam hari hari. Jangan air panas. Suam suam aje. Jgn pakai feminine wash tu dia akan ganggu ph. Yoghurt yang original tu and probiotics bagi saya membantu.

Baca lagi

buat sitz bath (air suam panas + garam), kita rendamkan diri kita (area faraj+ punggung) dlm besen dlm 10-15minit..atau bsuh ngn air panas suami + garam if xnk rendam..elakkan makan makanan manis .. sy pn ada je.buat 2 bnda ni..so far okay2..sometimes ada jg rasa gTal2 kt tepi fraj..xtau sbb shaver ke , sbb pakai sluar dlm kcik since bdn smkin bsar ke satu lg minum plain yogurt.

Baca lagi
TapFluencer

🥲🥲🥲 pencuci feminin tu tipu daya marketing je nak laku kan produk. tolong jgn tertipu. vagina hanya perlu dibasuh guna air sahaja. nak kurangkan keputihan kena jaga pemakanan kita. bykkan air putih, makan yoghurt & kurangkan gula/manis. hormon mengandung mmg boleh buat keputihan bertambah, sila maklumkan ke doktor anda & dptkan rawatan.

Baca lagi

Saya pun ada keputihan, bagitahu nurse kk, and dr amek sample lepastu bagi ubat masuk kat bawah, sakit sikit tapi esok2 nya keputihan tu dah kurang and warna putih je sebab before ni warna kuning and gatal tapi tak berbau. Jangan pakai feminine wash tak elok. Basuh guna air biasa je, rajin cuci bila kencing tu, before pakai underwear makesure kering

Baca lagi
2y ago

Keputihan normal sebab hormon, tapi jadi tak normal if berbau dan gatal plus warna kuning or hijau or cheese texture

Hi puan..sebaiknya bila keputihan tu mula jd keadaan xnormal, puan kena rujuk ke klinik yg berdekatan atau bg tau mslh ni dkt misi kk yg puan p checkup tu.. keputihan byk tu biasa masa mengandung sbb hormon makin meningkat tapi kalau ada perubahan warna, berbau, gatal dan menyebabkan ketidakselesaan baiklah dirujuk ke klinik..

Baca lagi

keputihan mmg akn byk sis mse hamil.. sy dr pakar o&g yg bgtahu. selagi x gatal, berubah warna ok je. jgn sesekali guna pencuci wanita dia boleh bunuh bakteria baik dan kacau ph kat faraj kita. sy byk keputihan cre sy lepas buang air sy lap area faraj tu hingga kering. ada jugk sy cuci dgn air suam. tupun dr yg sarankan

Baca lagi

Pergi clinic sis, Dr akan bagi ubat Antifungal insert dalam vagina. Boleh buat sendiri kat rumah. Saya pun sama issue keputihan bau ketika pregnant. Then inform Dr , sometimes akan ada cyst infection so better ke klinik. Klinik Saya pergi dahulu : Klinik Putih, Cyber