Hi semua, sy dah lama teringin nak meluahkan tentang apa yg sy fikirkan tentang mak kandung sendiri. Utk pengetahun korang, sy kahwin dah 2 tahun dengan suami. Sy asal dari Sarawak, kahwin dengan suami org N9. Problem dengan mak sy ni bermula lg semenjak suami ni nak merisik dgn sy.
Issue tentang mak sy ni, boleh dikatakan mcm dia ada kuasa lebih daripada ayah sy sendiri. Senang kata, ayah sy skrg dah x kerja tetap, dia hanya bawak grab dan ada buat income lain jugak. Mak sy pulak dia kerja corporate dan semestinya gaji dia tinggi dari ayah sy, dan dia jadi breadwinner dlm keluarga sy. Senang kata, apa2 decision keluarga, tak boleh ayah sorang je kena decide, mak mesti kena ada power utk overrule dengan keputusan ayah.
Masalah mak sy ni, dia nak kita ikut kehendak dia sorang je. Mcm xleh nak compromise sangat. Sbb ayah sy jenis yg give in dgn mak all the time, lagi2 mak sy ni kira breadwinner dlm family. Jadi bila suami sy mula merisik dan nak masuk bertunang tu, ayah sy mmg berkenan dengan suami sy. Dan ayah mmg ada hak utk mewalikan sy masa kahwin. Cumanya mak sy ni, dia punya memilih tu sampai mcm xpuas hati yg sy kahwin org jauh. Jauh utk definisi mak sy adalah "kahwin dgn org semenanjung". Senang kata, dia ni agak racist dgn org semenanjung sebenarnya. Padahal, sy dpt rezeki kerja pun di semenanjung jugak, kenal suami masa kerja, dan family suami sy sangat2 baik dengan sy, lagi2 mak mentua sy sangat ambil peduli tentang hal sy. Senang kata, proses dari masa merisik, bertunang, sampai kahwin, banyak kali sy bergaduh dengan mak, sbb mak minta mcm2 nak buat utk majlis kahwin. Kita nak kahwin simple2, mak ni minta itu dan ini. Kalau kita xbuat apa yg dia minta, dia punya sakit hati tu, sampai tahap mencaci sy, padahal ayah sy okay je dengan majlis simple. Lagi satu, mak sy ni jenis yg suka sangat risau tentang "apa kata saudara mara nanti".
Sampai ke harini, sy nampak mmg mak sy xdpt nak meluah pendapat dia ke muka sy kalau suami sy ada kat sebelah. Kalau sy bercakap dgn mak sy sorang, mmg dah kena bebel teruk gak lah. Ke mata mak sy, sejak kahwin ni, sy berhenti kerja jadi suri rumah dikira salah, sy ada masalah kewangan pun dia nak masuk campur, dan skrg sy tengah pregnant anak sulung 24weeks pun, dia bising kata anak sy ni xboleh dpt kerakyatan Sarawak kat IC tu sbb sy decide nak bersalin kat N9 dan berpantang dgn mak mentua. Bukannya sy xnak lahirkan anak dekat Sarawak, sy dgn suami pun skrg tengah cukup2 makan dgn rezeki yg ada skrg. Nak balik pun cost lagi. Senang kata, hubungan sy dgn mak mmg dah dingin semenjak kahwin, walaupun sy dah berkali2 mesej mak bagitau khabar, tapi hakikatnya, dia mcm layan x layan je, dia punya x puas hati sy x ikut kata2 dia sejak kahwin ni, sy sampai fikirkan yg sy ni kahwin dgn siapa sebenarnya, suami ke atau mak sendiri?
That's why sy bersyukur sangat family mertua sy sangat2 baik dgn sy, terutamanya mak mentua sy. Dia xmasuk campur hal perkahwinan suami dgn sy, cumanya mak mentua mmg jaga batas pergaulan. Selalu tnya sy sihat ke x, baby dlm kandungan okay ke x. Sy sedih, sbb sy rindu dgn mak kandung sy, tapi sy rasa mcm dianiaya pun ada jugak oleh mak sendiri sejak kahwin. Org selalu kata, kita kena berbaik dengan mak, tapi mak sy sendiri sampai ke tahap xnak jumpa sy dan siap gelarkan sy anak derhaka kalau x ikut cakap mak. Sampaikan ayah sy terpaksa call senyap2 jauh dari mak, sbb dia rindu dgn sy, tnya khabar baby semua.
Sy meluahkan sbb sy nak minta doa dari korang semua, supaya mak sy lembut hati dan terima yg sy ni dah jadi isteri org, dan terima suami sy. Suami sy ni jaga sy dgn baik, family dia jaga sy dengan baik je. Sy berharap sangat2 suatu hari nanti, sy dpt berbaik semula dgn mak sy mcm zaman sebelum kahwin.
Anonymous