Luahan tentang mak sendiri

Hi semua, sy dah lama teringin nak meluahkan tentang apa yg sy fikirkan tentang mak kandung sendiri. Utk pengetahun korang, sy kahwin dah 2 tahun dengan suami. Sy asal dari Sarawak, kahwin dengan suami org N9. Problem dengan mak sy ni bermula lg semenjak suami ni nak merisik dgn sy. Issue tentang mak sy ni, boleh dikatakan mcm dia ada kuasa lebih daripada ayah sy sendiri. Senang kata, ayah sy skrg dah x kerja tetap, dia hanya bawak grab dan ada buat income lain jugak. Mak sy pulak dia kerja corporate dan semestinya gaji dia tinggi dari ayah sy, dan dia jadi breadwinner dlm keluarga sy. Senang kata, apa2 decision keluarga, tak boleh ayah sorang je kena decide, mak mesti kena ada power utk overrule dengan keputusan ayah. Masalah mak sy ni, dia nak kita ikut kehendak dia sorang je. Mcm xleh nak compromise sangat. Sbb ayah sy jenis yg give in dgn mak all the time, lagi2 mak sy ni kira breadwinner dlm family. Jadi bila suami sy mula merisik dan nak masuk bertunang tu, ayah sy mmg berkenan dengan suami sy. Dan ayah mmg ada hak utk mewalikan sy masa kahwin. Cumanya mak sy ni, dia punya memilih tu sampai mcm xpuas hati yg sy kahwin org jauh. Jauh utk definisi mak sy adalah "kahwin dgn org semenanjung". Senang kata, dia ni agak racist dgn org semenanjung sebenarnya. Padahal, sy dpt rezeki kerja pun di semenanjung jugak, kenal suami masa kerja, dan family suami sy sangat2 baik dengan sy, lagi2 mak mentua sy sangat ambil peduli tentang hal sy. Senang kata, proses dari masa merisik, bertunang, sampai kahwin, banyak kali sy bergaduh dengan mak, sbb mak minta mcm2 nak buat utk majlis kahwin. Kita nak kahwin simple2, mak ni minta itu dan ini. Kalau kita xbuat apa yg dia minta, dia punya sakit hati tu, sampai tahap mencaci sy, padahal ayah sy okay je dengan majlis simple. Lagi satu, mak sy ni jenis yg suka sangat risau tentang "apa kata saudara mara nanti". Sampai ke harini, sy nampak mmg mak sy xdpt nak meluah pendapat dia ke muka sy kalau suami sy ada kat sebelah. Kalau sy bercakap dgn mak sy sorang, mmg dah kena bebel teruk gak lah. Ke mata mak sy, sejak kahwin ni, sy berhenti kerja jadi suri rumah dikira salah, sy ada masalah kewangan pun dia nak masuk campur, dan skrg sy tengah pregnant anak sulung 24weeks pun, dia bising kata anak sy ni xboleh dpt kerakyatan Sarawak kat IC tu sbb sy decide nak bersalin kat N9 dan berpantang dgn mak mentua. Bukannya sy xnak lahirkan anak dekat Sarawak, sy dgn suami pun skrg tengah cukup2 makan dgn rezeki yg ada skrg. Nak balik pun cost lagi. Senang kata, hubungan sy dgn mak mmg dah dingin semenjak kahwin, walaupun sy dah berkali2 mesej mak bagitau khabar, tapi hakikatnya, dia mcm layan x layan je, dia punya x puas hati sy x ikut kata2 dia sejak kahwin ni, sy sampai fikirkan yg sy ni kahwin dgn siapa sebenarnya, suami ke atau mak sendiri? That's why sy bersyukur sangat family mertua sy sangat2 baik dgn sy, terutamanya mak mentua sy. Dia xmasuk campur hal perkahwinan suami dgn sy, cumanya mak mentua mmg jaga batas pergaulan. Selalu tnya sy sihat ke x, baby dlm kandungan okay ke x. Sy sedih, sbb sy rindu dgn mak kandung sy, tapi sy rasa mcm dianiaya pun ada jugak oleh mak sendiri sejak kahwin. Org selalu kata, kita kena berbaik dengan mak, tapi mak sy sendiri sampai ke tahap xnak jumpa sy dan siap gelarkan sy anak derhaka kalau x ikut cakap mak. Sampaikan ayah sy terpaksa call senyap2 jauh dari mak, sbb dia rindu dgn sy, tnya khabar baby semua. Sy meluahkan sbb sy nak minta doa dari korang semua, supaya mak sy lembut hati dan terima yg sy ni dah jadi isteri org, dan terima suami sy. Suami sy ni jaga sy dgn baik, family dia jaga sy dengan baik je. Sy berharap sangat2 suatu hari nanti, sy dpt berbaik semula dgn mak sy mcm zaman sebelum kahwin.

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Mak mcm ni wujud. I know what it feels. Doa yg baik2 utk mak. My mom pun hampir cancelkan my wedding, overruled my dad’s decision. Sampai makcik campur urusan kami suruh buat wedding kt rumah makcik simpati dgn saya & my dad. My mil sebaik2 mil. My mom orgnya baik tp ada masa2nya she will make sure she’s the winner (most of the times dari saya kecil). But everything changed when my mom jatuh sakit sampai kena operation, 3 weeks warded. Saya AL lama jaga dia, gilir2 dgn siblings (my mom mmg cold dgn kami kecuali sorang anak kesayangan dia). Saya tak pernah simpan dendam or iri dgn anak kesayangan dia. Segarang2 mak saya tetap ada masanya saya perlukan mak in certain situations. Kt hosp my mom banyak muhasabah diri & started to appreciate us. Then bila mak dah sihat for few months, my dad suddenly passed away. Tu permulaan titik hitam my mom. Dia rasa lonely, dia banyak diam & nangis. While me & my husband tetap layan dia mcm biasa. Selalu bawa dia bercuti dgn kami & baby kami yg baru lahir (my mil yg suruh to happykan mak). She totally changed bila saya ada anak. For now anak saya semangat hidup dia & dia mula menghormati keputusan sesiapa pun. Husband pun dah jadi kesayangan dia sbb apa saja problem di rumah like piping, wiring yg ayah buat dulu husband uruskan. Alhamdulillah, saya pun tak sangka kami now dah serapat ni sedangkan dulu saya kalau gaduh dgn mak, saya lari rumah tidur hotel sebab tak tahan caci maki dia. But past is past.

Baca lagi
3mo ago

Betul sis, cerita sis ni lebih kurang mcm sy gak. Sy syg sangat dgn mak sy, tak pernah sekalipun benci dgn mak, tapi mmg ada masa dia jenis yg ikut kepala sendiri, sampaikan benda yg kecik2 pun dibesar2kan masalah. Sy plan lepas bersalin bulan 12 ni, raya tahun depan nak balik kampung jumpa mak dan bawak jumpa cucu sulung dia. Harap sangat2 lah kalini cucu boleh jadi perapat keluarga balik 🥹

Bab kerakytan sarawak..wlaupun sis bersalin d N9, ank tetap dpt status K tu sbb syarat ialah salah satu parents kna org Sarawak, wlaupun ibu boleh juga.. yg penting IC ank nti kna buat dkt Sarawak..x percya suru mak call JPN sarawak. Pkck sy pn kahwin dgn org Sarawak, elok je semua ank2 dpt K. Alhamdulillah wlaupun mak mcm tu sis tetap juga kahwin..xpe ambil masa..org tua kdg ada yg mcm tu terlalu fikir apa org lain fikir.. insyaallah nti mak ok cuma ambil msa juga mungkin lma mungkin cpt..sis doa je spya hati mak d lembutkn utk terima pernikahan sis..klu sis stress sgt bila hadap mak sis jauhkn diri dlu & bgi dia tempoh bertenang..focus je dlu dgn kandungn sis..do what makes u happy

Baca lagi

Hye Sis lebih kenal mak sis macamana Itu orang kata rezeki, bila dapat mak mentua baik Saya sendiri membesar tanpa mak kandung Rezeki saya bila kawen mak mentua lyan saya lebih dari anak dia sendiri Saya suka saya happy Jangan stress ya sis Kurang2 kita masih dapat merasa layanan n kasih sayang sorang ibu

Baca lagi
TapFluencer

Apa yang sis buat tiada salah, semoga Allah lembutkan hati mak sis dalam apa jua perkara.

mengada ngada sgt mak sis tu..