Pampers yang bagus

Hi semua, boleh tak suggest pampers mana yang okay untuk Baby. I mean macam yang tak cepat bocor. Kite first mom ni nak jugak tukar2 pendapat. Hehe terima kasih pada yg komen🥰

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Mamypoko Extra dry = mmg kering cuma belakang dia tak ada getah. Tak berapa nak fit and kemas. Drypers wee wee dry = pakai time newborn, cutting kecik tak berapa minat sgt. Huggies dry = bocor time tgh malam. Tibe2 basah je baju anak Offspring = nipis tak tebal sgt, lembut je. Pakai dari petang smpi pagi mmg tak bocor. Tips dia jgn beli satu, beli in carton dapat la murah and tunggu shopee sale. Apple crumby pure basic = lembut, triple protection. Nipis jugak and fit. Ni pun sama beli time sale. Beli satu mmg rasa mahal. Hoppi = nipis and lembut. Pendapat saya pampers mahal ni mmg best and beli la in carton. Harga murah dari pampers biasa

Baca lagi

moflix sumpah paling the best. semua pampers i try and error sebab suka cari yang betul betul best for my baby, drypers, huggiest, etc but paling best molfix. takkan bocor even baby kencing banyak. my baby kencing memang banyak gila. and paling best sebab bila pampers dah full lapisan dia still kering tak lembab macam another pampers. and sesuai untuk jaga private part baby. kalau pampers lain baby kencing sikit je dah lembab dalam dia. so recommended.

Baca lagi

saya tukar pampers banyak kali dah. bukan sbb tak sesuai ke apa ke, sbb mmg suka beli random2 . tips yg saya tahu, kalau pampers baby selalu bocor, tu bukan tanda kena tukar jenama, tapi kena tukar saiz. saya tak ingat jenama apa saya guna, masa baby berat 5kg, pakai saiz s ikut label packaging pampers tu la, tapi setiap kali berak mesti bocor. last2 saya tukar saiz m tapi masih jenama yg sama. ok je tak bocor, padahal m tu utk 6kg ke atas.

Baca lagi

Waktu baby saya newborn saya tried few brands; drypers touch, molfix and applecrumby. Drypers touch tu okay untuk baby yg peha tak bambam. Kalau bambam tak sesuai. Molfix okay tapi bau dia saya tak tahan. Hancingg. Applecrumby is my current fav. Beli bundle baru tak rasa mahal. Bagus untuk peha bam bam. Tak bau hancing. Absoption bagus.

Baca lagi

saya pernah try moflix drypers huggies moflix best kering all the way but size dia besar sangat even NB so hold dulu pakai moflix tunggu baby besar sikit then saya tukar ke drypers no comment tak berapa best bagi saya.. skrng saya pengguna huggies.. kering je saing saing moflix juga

TapFluencer

saya pon banyak try pampers jugak..tapi sekarang setia dgn whoopee je... kdg2 beli jgk drypers sebab ade gmbar pink fong. anak nangis2 nk yg tu. tp yg paling terbaik whoopee laa. lagi pon tempat saya yang tu je paling murah..

Baby saya dari lahir sampai sekarang pakai brand Hoppi, pampers nipis tapi power tak pernah bocor lagi setakat ni. Hoppy AirDream Tape: https://shope.ee/30QS1H8pdJ

ada brand baru namanya MIMORA. Sepanjang anak pakai mmg nmpk selesa. lembut je kaki tak kengkang bila pakai. Tak penah bocor utk anak jenis membuang byk²

TapFluencer

Ntah la klau orng lain. Tp anak saya since newborn smpai dah nak masuk 4 bulan nxt week ni mmg setia dngan offspring. So far xprnah lagi bocor.

ank sy huggies airsoft. mmg lmbut je diapers tu.. ank sy tdo pkl 12 smpai 9pgi tak tukar tak pernah bocor.