Susu formula ke fully breastfeeding
Hi semua. Anak sy berumur 23 hari dan sejak lahir sy dah mix breastfeeding dan susu formula. Akibatnya sy low supply breastmilk. Tapi sy nak cuba stop susu formula dan mahu fully breastfeed. Bagaimana cara nak tambah susu badan? Adakah sy sudah terlambat untuk mulakan penyusuan badan secara eksklusif?
Sebabtu ilmu penyusuan sgt penting untuk dipelajari biarpun sewaktu tengah hamil. Bayi baru lahir hingga 30 hari disarankan untuk fully breastfeed untuk latih bayi pandai menyusu di payudara ibu selain tu, untuk elakkan bayi keliru puting. After 30 hari, nak bagi formula bagi la. Takda masalah. sebab bayi dah pandai menyusu di payudara ibu dan dah kenal payudara ibu. Actually, jika anak ada dengan awak. Awak tak perlu pun mix susu baby tu. Waktu baby baru lahir normal susu badan tu sikit. Baby minum sikit je sebab perut masih kecil. Jangan risau susu awak untuk baby tak cukup. sekarang untuk awak tambah susu untuk fully direcfeed semula. Awak perlu kerap offer baby hisap payudara awak dengan kerap untuk ransang pengeluaran susu. Selain tu, pengambilan makanan hendaklah berkhasiat dan seimbang. Emosi perlu stabil dan tidak boleh stress. Hormon cinta dan syg la akan boostkan pengeluaran susu badan. Dapatkan sokongan dari suami dan keluarga untuk menyusu badan. Boleh ambil natural milkbooster. Boleh cuba jenama Nufiya. atau Innate Lactea. Banyakkan ilmu tentang penyusuan dan banyakkan membaca
Baca lagiHi ibu, baca tau sampai habis Anak saya topup formula di awal kelahiran sbb long jaundice. Tapi sebenarnya long jaundice sebab tiroid. Jadi, saya mix breastfeeding dan formula. Umur anak tiga bulan, saya nekad nak stop formula dan teruskan susu badan shj. Waktu umur dia 4 bulan sehingga 2 tahun, alhamdullillah saya dapat susukan dia. Fully. Apa saya buat? kerapkan bagi dia susu badan. Waktu berjaga, waktu tido malam WAJIB bagi susu badan shj. Waktu malam hormone prolactin (hormone penghasilan susu) terhasil. Kita akan takcukup tido sikit. Anak Lena tengah malam, kejut dia bangun menyusu. Takperlu pump dulu, direct feed shj. Sementara belum Terlewat. Insha Allah berkat usaha, Ibu akan berjaya.
Baca lagiSis memang banyak susu badan atau sis mula dengan susu bdn kurang? Sbb saya low supply + flow susu slow masih boleh ke sis? Anak asik menangis bila lepas df. Sy pun nak bf anak full n stop fm.
tiada istilah terlambat. sedangkan ibu angkat yg nk mahram kan baby pon boleh adakan susu. inikan awak sendiri ibu kandungan baby. mesti lah lg boleh☺️. lagipon baby awak masih dlm hari. stop susu fm then focus breastfeed baby awak. mindset awak sendiri kena yakin susu cukup utk baby awak. tanda baby cukup susu awak boleh refer gmbr sy bg. awak kena tahu tentang tangisan baby juga. baby menangis tak semestinya baby tu tak cukup susu. boleh juga belajar tentang tangisan baby dkt page fb baby language. yg lain mcm ada mommy yg dh terangkan dkt komen
Baca lagioh Fatin..wahhh tq.ni ilmu baru ni..sy pn xtau .i c... mmg gtu ek kaedahnya..okay2..tula..tgk org lain smpai pampers berat bru tukar. baik2 ;) tq tauuu
belajar dgn mommy asiah Maharam (cri kt IG) atau mana2 yg buat kelas offfline/online.ilmu pyusuan mmg kena ada...inshaAllah x terlambat...sdgkan wanita yg nk jadikan ibu susuan pun boleh keluar susu, apatah lagi mommy yg mengandung dan melahirkan.🙂
sama2 ;)
takde istilah terlambat 3 perkara kena jaga: 1. supply & demand 2. emotional state 3. nutrition intake pastikan jaga jadual penyusuan, lekapan & posisi yg betul
Baca lagisama2. all the best
Sis i feel you, saya pun dalam situasi yg sama.. semoga sis dipermudahkn urusan dan direzekikn byk susu
try minum horlick ataupun mamom . boleh perbanyakkan susu badan . saya pengguna mamom
terima kasih sis! ❤❤
mom to be ?