Seri R. profile icon
PlatinumPlatinum

Seri R., Malaysia

Kontributor

About Seri R.

Experienced TTC | Mom To Ayana Solehah & Ayla Humaira ❤️

My Orders
Posts(27)
Replies(553)
Articles(0)

Tips Bersalin Mudah & Kurang Sakit

Alhamdullillah selamat melahirkan zuriat ke 3 pada 10 hb lepas (betul² baby ikut due date). Masuk wad belum sakit tapi dah keluar tanda dan bukaan 3cm, tengahari. Doc kata takda progress akan di induce. Start tengah malam jam 10 begitu tiba2 sakit makin intense tanpa sempat induce. Nurse cek bukaan dah 6cm. Masuk Labour Room jam 2.10 pagi, bersalin jam 246 pagi. Kurang satu jam Alhamdullillah. Tips yang boleh saya kongsikan untuk mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan bukaan jalan antaranya ; ✅Waktu datang sakit kontraksi, baring mengiring ke kiri. Kekal bertenang. ✅ Amalan makan Kurma sepanjang kehamilan. Memudahkan proses bersalin Insha Allah ✅Kalau taklarat tahan sakit waktu baring, teruskan berjalan² pusing wad selagi belum masuk LR. Ini bantu buka jalan cepat. Sambil kawal nafas. Jalan slow sambil pujuk baby keluar elok² naaaa. ✅Pernafasan sangat penting jaga. Wajib. Waktu datang kontraksi, cuba bertenang. Senyum tau (hormon keluar bantu relaks), sambil tarik nafas dalam² dan lepaskan perlahan². Sangat bantu kurangkan sakit. Walaupun masih sakit, anda boleh kekal statik bertenang, tak menendang² 😂 waktu baring di LR. (pengalaman kalini memang berbeza berbanding anak no 1&2 saya). Alhamdullillah Tabarakallah ✅Sambil sakit dtg, perbanyakkan zikir Nabi Yunus (La Illa Hailla Anta Subhanaka Inni Kuntu Minnazzolimin) & Surah Al Fath Ayat 1 ( Inna Fatahna Laka Fathan Mubina) ✅Perdengarkan banyak2 dari awal mengandung hingga saat hujung melahirkan, Selawat Masyisyiah (InshaAllah sangat berkat, dan memudahkan) - Saya pasang ini dengar di telinga sepanjang di wad sementara menunggu masuk LR. Hafal lebih bagus. ✅ Tunggu arahan bidan @ doc. Jangan teran terlalu awal. Waktu saya, bidan kata dah boleh teran, baru kita teran cepat². Sekali push habiskan tenaga. Jangan jerit, nangis, atau bising. Buang semua tenaga melalui teran itu. InshaAllah. Selamat melahirkan semua ibu². Alhamdullillah rezeki juga bersalin di Hospital Kajang, staff nurse dan bidan (macam Mak2 sangat) semua sangat baik. Tiada paksa, takda yang kasar. Semoga Allah saja yang membalas segala kebaikan kalian.

Read more
Tips Bersalin Mudah & Kurang Sakit
TapFluencer
undefined profile icon
Write a reply

Apakah yang ibu mengandung tak boleh telan?

Perkongsian daripada Dr Imelda Balchin. Consultant Obstetrics & Gynaecologist Nasihat dari doktor pakar O&G, apakah ibu mengandung tak boleh telan? 1) Ubat-ubatan yang dibeli sendiri tanpa nasihat doktor. 2) Makanan atau minuman yang ibu mengandung sendiri ada allergy atau alahan. 3) Minuman beralkohol, tidak kira apa jenis, walaupun kandungan alkohol yang hanya sedikit, termasuklah tapai dan tapai pulut. 4) Telur, ikan, ayam, daging dan susu mentah. Elakkan ayam atau telur mentah atau separuh masak untuk mencegah keracunan salmonella. Elakkan daging tak masak betul untuk mencegah jangkitan toxoplasma. Elakkan ikan tidak dimasak termasuk sushi atau kerang tidak dimasak untuk mengelakkan keracunan makanan. Elakkan susu mentah yang baru diperah jika tidak dimasak sehingga mendidih untuk mengelakkan jangkitan Listeria, Brucella, Campylobacter, Cryptosporidium, E. Coli dan Salmonella. 5) Jangan ‘makan untuk DUA’ 6) Elakkan Vitamin A terlalu tinggi seperti multivitamin suppliment yang bukan khusus untuk wanita hamil, hati lembu, ubat jerawat yang mengandungi retinoic acid. 7) Elakkan ikan laut dalam besar yang tinggi pencemaran mercuri seperti Ikan shark, swordfish, Marlin, King mackerel, Tuna terutamanya Bigeye Tuna. 8)Elakkan caffein berlebihan melebihi satu mug filtered coffee sehari atau instant coffee melebihi dua cawan sehari atau teh melebihi 3 cawan sehari. 9)Basuh ulam-ulaman dan salad mentah betul-betul sebelum di makan. Elakkannya jika tidak dibasuh. 10) Elakkan ais yang dibuat dari air tidak bersih atau air tidak Masak. Lebih baik jangan minum ais dari gerai tepi jalan termasuk ais kacang, dan ambil ais yang anda pasti dibuat oleh air bersih atau dibuat sendiri. 11)Elakkan makanan tinggi gula, tinggi garam, tinggi pengawet, makanan berproses dan jajan. 12)Elakkan megadose Vitamin C atau apa-apa supplement tambahan berlebihan yang anda tidak perlu tanpa nasihat doktor. Makanan berkhasiat yang lain seperti buah-buahan biasa anda tak perlu bimbang selagi anda bersederhana. Amalkan pemakanan sihat seimbang seumur hidup.

Read more
undefined profile icon
Write a reply

Saringan Bayi Baru Lahir (Wajib)

Setiap bayi yang baru lahir di mana-mana fasiliti kesihatan akan menjalani pemeriksaan untuk memastikan bayi tersebut sihat. Saringan bayi baru lahir ini meliputi pemeriksaan fizikal, pemeriksaan darah dan beberapa pemeriksaan yang spesifik. Saringan ini penting untuk memastikan bayi tersebut sihat dan tidak mempunyai penyakit-penyakit tertentu. Sesetengah penyakit yang merbahaya di kalangan bayi dan kanak-kanak tidak akan menunjukkan sebarang gejala / tanda-tanda di peringkat awal. Sebaik sahaja bayi dilahirkan pemeriksaan fizikal yang rapi akan dilakukan untuk memastikan bayi tidak mempunyai apa-apa kecacatan yang ketara. Ini termasuk juga memeriksa pantulan cahaya pada mata dan pemeriksaan kuning Selain itu ujian darah daripada tali pusat juga dilakukan untuk memeriksa penyakit seperti kekurangan enzim G6PD dan kekurangan hormon tiroid. Pada masa kini, kebanyakan hospital juga melakukan saringan pendengaran dan saringan penyakit jantung kongenital. Pemeriksaan Fizikal Saringan pemeriksaan fizikal yang rapi dilakukan kepada bayi sejurus selapas dilahirkan atau sebelum discaj daripada wad bersalin. Keputusan pemeriksaan fizikal ini direkodkan kedalam buku RKK Sebelum discaj daripada wad, bayi juga akan diperiksa untuk memastikan tiada jaundis Pemeriksaan Darah Pada masa kini, ujian darah tali pusat dilakukan untuk memeriksa penyakit seperti kekurangan enzim G6PD dan kekurangan hormon tiroid. Kedua-dua ujian darah tali pusat ini dilakukan semasa kelahiran bayi dan keputusan akan di rekodkan ke dalam buku RKK a. Kekurangan enzim G6PD b. Kekurangan hormon tiroid (Congenital Hypothyroidism) Pemeriksaan spesifik Pada masa kini, kebanyakan hospital juga melakukan saringan pendengaran dan saringan penyakit jantung kongenital. a. Saringan pendengaran b. Saringan penyakit jantung kongenital Saringan penyakit jantung kongenital dilakukan kepada bayi baru lahir melalui pemeriksaan kandungan oksigen dalam darah menggunakan alat oksimeter.

Read more
undefined profile icon
Write a reply

Kelenjar Tiroid (Thyroid gland) Penting Untuk Tumbesaran Bayi

Tahukah anda, ada kelenjar tiroid di leher yang merembeskan hormon tiroid. Hormon ini penting untuk sistem badan manusia. Terutamanya pertumbuhan dan perkembangan otak kanak-kanak. Sehinggakan 3 tahun pertama dianggap amat kritikal keperluan hormon tiroid dalam perkembangan otak dan pertumbuhan si kecil. Hampir seluruh dunia, termasuk Malaysia, telah mengambil inisiatif penting dalam saringan hormon tiroid melalui darah tali pusat (cord TSH) ketika lahir. Saringan ini demi mengesan kemungkinan kekurangan hormon tiroid supaya pemantauan rapi dan rawatan awal dapat dimulakan jika terbukti seorang bayi itu kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism). Dianggarkan satu dalam setiap 2000 - 4000 bayi mengalami masalah ini. Ramai percaya dengan hanya penggantian hormon tiroid melalui pengambilan pil hormon (tiroid), ramai bayi akan dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan, dan serta fungsi otak optimum. Sesungguhnya, rawatan ini mengelakkan gejala kurang hormon seperti terencat perkembangan, lembam, berat badan dan pertumbuhan terjejas, sembelit dan kelak masalah pembelajaran. Ada masanya, kekurangan hormon tiroid dikesan melalui penyiasatan ketika kuning berpanjangan (prolonged jaundice). Secara ilmiah, kelenjar tiroid yang menghasilkan hormon tiroid (T4, T3) ini dikawalatur oleh hormon TSH dari kelenjar pituitari di otak. Secara ringkas, kekurangan hormon tiroid dikesan melalui kadar T4 yang rendah dan TSH yang tinggi. Kekurangan ini berpunca dari masalah kelenjar tiroid - dilahirkan tanpa kelenjar, atau pembentukkan kelenjar tidak sempurna, atau masalah penghasilan hormon. Namun, ada beberapa mekanisme lain yang memungkin kekurangan hormon tiroid seperti masalah kelenjar pituitari atau lainnya (subclinical hypothyroidism etc). Kebiasaannya, pesakit (bayi) yang mengalami kekurangan hormon tiroid ini akan menerima rawatan gantian hormon sehingga umur 3 tahun (demi memastikan perkembangan otak optimum) sebelum percubaan untuk memberhentikan rawatan dijalankan (ada yang lebih awal bergantung keadaan, ada yg perlu rawatan seumur hidup). Dalam pemantauan, ujian darah akan dijalankan secara berkala demi memastikan paras hormon yg optimum. Ada juga bayi yg mengalami masalah terlebih hormon tiroid (hyperthyroidism) dari pelbagai punca. Mungkin dibincangkam di lain nukilan. Anak syurga Down Syndrome juga berisiko masalah tiroid. Ada orang dewasa mengalami masalah tiroid - kurang, lebih, ketumbuhan, bengkak juga. Diet mengandungi iodin seperti garam iodin, seaweed (rumpai laut, acah-acah Korea, Japan) - tak cukup atau keterlaluan lebih iodin boleh beri kesan kepada hormon tiroid Dapatkan nasihat doktor jika ada kebimbangan! Perkongsian daripada Dr Rashdan Mohamed

Read more
undefined profile icon
Write a reply

Apakah Saringan Bayi Baru Lahir?

Setiap bayi yang baru lahir di mana-mana fasiliti kesihatan akan menjalani pemeriksaan untuk memastikan bayi tersebut sihat. Saringan bayi baru lahir ini meliputi pemeriksaan fizikal, pemeriksaan darah dan beberapa pemeriksaan yang spesifik. Saringan ini penting untuk memastikan bayi tersebut sihat dan tidak mempunyai penyakit-penyakit tertentu. Sesetengah penyakit yang merbahaya di kalangan bayi dan kanak-kanak tidak akan menunjukkan sebarang gejala / tanda-tanda di peringkat awal. Sebaik sahaja bayi dilahirkan pemeriksaan fizikal yang rapi akan dilakukan untuk memastikan bayi tidak mempunyai apa-apa kecacatan yang ketara. Ini termasuk juga memeriksa pantulan cahaya pada mata dan pemeriksaan kuning Selain itu ujian darah daripada tali pusat juga dilakukan untuk memeriksa penyakit seperti kekurangan enzim G6PD dan kekurangan hormon tiroid. Pada masa kini, kebanyakan hospital juga melakukan saringan pendengaran dan saringan penyakit jantung kongenital. Pemeriksaan Fizikal Saringan pemeriksaan fizikal yang rapi dilakukan kepada bayi sejurus selapas dilahirkan atau sebelum discaj daripada wad bersalin. Keputusan pemeriksaan fizikal ini direkodkan kedalam buku RKK Sebelum discaj daripada wad, bayi juga akan diperiksa untuk memastikan tiada jaundis Pemeriksaan Darah Pada masa kini, ujian darah tali pusat dilakukan untuk memeriksa penyakit seperti kekurangan enzim G6PD dan kekurangan hormon tiroid. Kedua-dua ujian darah tali pusat ini dilakukan semasa kelahiran bayi dan keputusan akan di rekodkan ke dalam buku RKK a. Kekurangan enzim G6PD b. Kekurangan hormon tiroid (Congenital Hypothyroidism) Pemeriksaan spesifik Pada masa kini, kebanyakan hospital juga melakukan saringan pendengaran dan saringan penyakit jantung kongenital. a. Saringan pendengaran b. Saringan penyakit jantung kongenital Saringan penyakit jantung kongenital dilakukan kepada bayi baru lahir melalui pemeriksaan kandungan oksigen dalam darah menggunakan alat oksimeter.

Read more
undefined profile icon
Write a reply

Tanda HENDAK BERSALIN Dalam MASA TERDEKAT

“Cepatlah decide! Kepala baby nak keluar dah ni!” Masing-masing pandang satu sama lain. Dua orang MA, seorang pemandu ambulans, seorang JM dan seorang midwife. Dapat panggilan dari seorang lelaki mengatakan isterinya dah hampir nak beranak. Mereka berada di tingkat 5. Rumah flat. Cemas taktau bagaimana nak bawa isterinya ke hospital. Terus bergegas ke tempat kejadian dengan semua peralatan. Setiba disana, rupanya suaminya sudah pimpin isterinya turun ke bawah. Sekarang mereka duduk dia atas rumput di tengah-tengah antara 2 blok flat. Isterinya dah tak mampu nak berjalan. Isterinya dah mula meneran. “Ok begini. Kita terpaksa deliver baby disini. Ambil cadar dalam ambulans kita buat empat segi macam bilik. Setiap orang pegang bucu cadar.” JM dan midwife masuk kedalam. Kebetulan ada jiran yang lalu disitu, minta tolong untuk pegang bucu sebab tak cukup tangan. “Uwek,uwek,uwek”, kedengaran tangisan bayi dari dalam. Ibu selamat lahirkan bayi lelaki. Ibu selamat,bayi selamat. Bayi diazankan oleh suami. Lega. Semuanya selamat. Kalau beranak kembar atau ada apa komplikasi memang masak. Memang pengalaman yang sukar dilupakan. Semuanya dipermudahkan. Saya kongsikan tanda-tanda hendak bersalin dalam masa terdekat : ?? Keluarnya show - Keluarnya sesuatu seperti lendir bercampur darah dari faraj. ?? Air ketuban pecah - Sekiranya air ketuban tersebut berwarna hijau, ia adalah petanda kurang baik kerana si kecil sudah membuang air besar di dalam kandungan. ?? Kontraksi rahim yang kerap - Kontraksi yang dirasai setiap 10 minit sekali secara konsisten dalam masa sejam ?? Kekerapan membuang air kecil dan rasa nak berak - Bayi sudah mula menekan ke kawasan rangka tulang pelvis #Share info ini pada keluarga terdekat supaya lebih ramai yang tahu tanda-tanda dah nak bersalin. Bimbang tak sempat sampai hospital dah terberanak. Jemput follow saya Ahmad Samhan dan set #SeeFirst untuk belajar lebih banyak info kesihatan selepas ini. Saya juga banyak berkongsi #ILMUMAHAL di channel telegram saya. Ada 32,000 yang join telegram saya. Klik ?? https://t.me/drsamhan Dr. Ahmad Samhan

Read more
undefined profile icon
Write a reply

PUASA BOLEH DIGANTI, NYAWA CUMA SEKALI

Perkongsian daripada Dr Erna Nadia. Masa bertugas di klinik kesihatan dulu, saya pernah dapat kes di mana bayi di dalam kandungan meninggal. ‘Doktor, doktor boleh tolong scan tak? Saya dah periksa guna daptone dekat 10 kali dah, tapi tetap tak dapat juga bunyi jantung baby.’ Saya pun terus scan. Benda pertama yang akan dilihat masa scan antenatal adalah jantung bayi. Tengok berdegup atau tidak. Untuk kes ini, saya letak je probe scan, jantung dia kaku. Tiada sebarang pergerakan. ‘Allahu’ detik dalam hati. Benda macam ni lah paling tak suka sekali. Saya panggil seorang kawan untuk pastikan apa yang saya lihat tu betul. Kawan saya scan 2-3 kali, masih kaku di situ☹️ Pesakit saya ini sudah masuk trimester ketiga dan dia memang ada kencing manis sewaktu hamil(gestational diabetes mellitus). Bacaan gula dia kadang ok kadang tak ok. Pesakit GDM perlu periksa gula (BSP) dua minggu sekali untuk lihat kawalan gula mereka. Kejadian ini berlaku semasa bulan Ramadhan. Pesakit ini masih juga mahu teruskan berpuasa walaupun sudah dinasihati untuk tidak berpuasa demi kebaikan pada diri sendiri & bayi di dalam kandungan kerana kawalan gulanya yang tidak berapa elok. Risiko paling tak seronok untuk GDM adalah kematian bayi dalam kandungan. Risiko lain adalah perkembangan samada kecik sangat, besar sangat, mendapat kencing manis juga yada yada yada. Ya, puasa memang wajib. Tapi Islam tidak pernah menyusahkan. Ada rukhsah untuk mereka yang uzur termasuklah mereka yang mengandung. Wanita mengandung yang sihat, InshaAllah ok sahaja untuk berpuasa. Yang penting bersahur dan berbuka dengan betul. Tapi, jika ada masalah seperti kurang darah atau kencing manis, seeloknya tidak berpuasa. https://drc.bmj.com/content/5/1/e000470 Risiko yang merisaukan adalah : 1. Hypoglysemia (kandungan gula dalam darah ibu dan bayi menjadi rendah) 2. Penghasilan ketone ( terbentuk akibat penghasilan tenaga yang sangat kurang) 3. Dehidrasi ( untuk ibu dan bayi, bahaya kerana melibatkan organ lain juga seperti buah pinggang) Hukum untuk wanita mengandung yang tidak berpuasa pun dah ada? https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1969-31 Saya tahu ramai ibu yang rasa sayang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ni sebab setahun cuma sekali atau sebab malas nak ganti. Tapi, ingatlah yang kita membawa dua nyawa. Nyawa kita dan bayi. Nyawa adalah amanah. Jika kesannya lebih membawa mudarat, adalah lebih baik elak? Jangan paksa diri. Kerana yang susahnya nanti diri sendiri juga. Jadi, berlapang dada & terimalah keadaan diri ya. Pstt : Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merusak jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa. ( Buya Hamka) Dr. Erna Nadia Bukan senang nak dapat rezeki mengandung kan❤️

Read more
undefined profile icon
Write a reply