Susu formula ke fully breastfeeding
Hi semua. Anak sy berumur 23 hari dan sejak lahir sy dah mix breastfeeding dan susu formula. Akibatnya sy low supply breastmilk. Tapi sy nak cuba stop susu formula dan mahu fully breastfeed. Bagaimana cara nak tambah susu badan? Adakah sy sudah terlambat untuk mulakan penyusuan badan secara eksklusif?

Hi ibu, baca tau sampai habis Anak saya topup formula di awal kelahiran sbb long jaundice. Tapi sebenarnya long jaundice sebab tiroid. Jadi, saya mix breastfeeding dan formula. Umur anak tiga bulan, saya nekad nak stop formula dan teruskan susu badan shj. Waktu umur dia 4 bulan sehingga 2 tahun, alhamdullillah saya dapat susukan dia. Fully. Apa saya buat? kerapkan bagi dia susu badan. Waktu berjaga, waktu tido malam WAJIB bagi susu badan shj. Waktu malam hormone prolactin (hormone penghasilan susu) terhasil. Kita akan takcukup tido sikit. Anak Lena tengah malam, kejut dia bangun menyusu. Takperlu pump dulu, direct feed shj. Sementara belum Terlewat. Insha Allah berkat usaha, Ibu akan berjaya.
Baca lagi