Susu formula ke fully breastfeeding
Hi semua. Anak sy berumur 23 hari dan sejak lahir sy dah mix breastfeeding dan susu formula. Akibatnya sy low supply breastmilk. Tapi sy nak cuba stop susu formula dan mahu fully breastfeed. Bagaimana cara nak tambah susu badan? Adakah sy sudah terlambat untuk mulakan penyusuan badan secara eksklusif?

Sebabtu ilmu penyusuan sgt penting untuk dipelajari biarpun sewaktu tengah hamil. Bayi baru lahir hingga 30 hari disarankan untuk fully breastfeed untuk latih bayi pandai menyusu di payudara ibu selain tu, untuk elakkan bayi keliru puting. After 30 hari, nak bagi formula bagi la. Takda masalah. sebab bayi dah pandai menyusu di payudara ibu dan dah kenal payudara ibu. Actually, jika anak ada dengan awak. Awak tak perlu pun mix susu baby tu. Waktu baby baru lahir normal susu badan tu sikit. Baby minum sikit je sebab perut masih kecil. Jangan risau susu awak untuk baby tak cukup. sekarang untuk awak tambah susu untuk fully direcfeed semula. Awak perlu kerap offer baby hisap payudara awak dengan kerap untuk ransang pengeluaran susu. Selain tu, pengambilan makanan hendaklah berkhasiat dan seimbang. Emosi perlu stabil dan tidak boleh stress. Hormon cinta dan syg la akan boostkan pengeluaran susu badan. Dapatkan sokongan dari suami dan keluarga untuk menyusu badan. Boleh ambil natural milkbooster. Boleh cuba jenama Nufiya. atau Innate Lactea. Banyakkan ilmu tentang penyusuan dan banyakkan membaca
Baca lagi
mom to be ?