Susu formula ke fully breastfeeding
Hi semua. Anak sy berumur 23 hari dan sejak lahir sy dah mix breastfeeding dan susu formula. Akibatnya sy low supply breastmilk. Tapi sy nak cuba stop susu formula dan mahu fully breastfeed. Bagaimana cara nak tambah susu badan? Adakah sy sudah terlambat untuk mulakan penyusuan badan secara eksklusif?

tiada istilah terlambat. sedangkan ibu angkat yg nk mahram kan baby pon boleh adakan susu. inikan awak sendiri ibu kandungan baby. mesti lah lg boleh☺️. lagipon baby awak masih dlm hari. stop susu fm then focus breastfeed baby awak. mindset awak sendiri kena yakin susu cukup utk baby awak. tanda baby cukup susu awak boleh refer gmbr sy bg. awak kena tahu tentang tangisan baby juga. baby menangis tak semestinya baby tu tak cukup susu. boleh juga belajar tentang tangisan baby dkt page fb baby language. yg lain mcm ada mommy yg dh terangkan dkt komen
Baca lagi