Ubat elak keguguran

Selalunya kalau pernah keguguran, kalau mengandung lagi, doktor bagi ubat apa? sbb saya dah 5 weeks pregnant, tp malas nk jumpa doktor.. lagipun tak mengharap sangat, sy risau kandungan tak jadi mcm sblum ni. Kemurungan sekejap lepas keguguran tahun lepas, jadi tahun ni taknak letak byk sangat harapan 😌

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

bila mommy dh start tahu pregnant terus mkn folic asid jgn skip ia untuk kuatkan baby n utk elakkan defect pada baby. trimester pertama kalau gugur sb janin tu sendiri xsihat. jumpa doktor secepat mungkin untuk dptlan nasihat dan pandangan doktor sb mommy ada risiko keguguran. ada ubat untul kuatkan rahim namanya duphaston tp diberi selepas consult dgn doktor mengikut keadaan kandungan kita. yg penting mommy kena sentiasa positif. tahukah mommy emosi ibu, pemikiran ibu akan mempe garuhi kandungan dan attitude baby bila lahir nanti? mulut ibu masin tau doa ibu tiada hijab doakan yg baik2 untuk kandungan semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan urusan pregnancy journey mommy🤗🤗

Baca lagi

Tahun lps saya keguguran utk ank ke-2, keguguran sbb darah kluar x berhenti spai 11 hri...last sekali kluar sendiri..tahun ni mengandung lg..masa tu x tahu pn dh mengandung 3 minggu. Bila gi repeat check di klinik mmg dh mengandung. Doktor nasihatkn utk ambil Ubat Duphaston (ubat kuat rahim) & mengamalkn mkn asid folic, jangan terlalu stress, jangan terlalu aktif & jgn buat kerja berat2.. Allah x kan bgi kita ujian ni melainkn kita mampu menempuhnya🙂saya pesan utk diri sendiri jgk... kuatkan semangat💪...yakin boleh utk kebahagiaan keluarga tercinta😍

Baca lagi

think positif je mommy..in shaa Allah xde pape..mcm sy, sbb 2x pegnen yg sblm ni kelahiran mati..jd pegnen kali ni, mcm2 doc bg..awl2 itu ari dpt duphaston smpai 14w..skrg inject proluton smpai full term + pasang arabin pessary..semoga baby kuat sihat & dpt bertahan smpai 37w nanti..doakan rezeki anak hidup utk sy kali ni..sy doakan mommy2 semua dipermudahkan urusan mengandung & bersalin..aaminn🤲

Baca lagi

mcm pengalaman sy ni rahim sy turun. jd lps gugur seeloknya berurut.. sblm plan pregnant pn better p urut lg tgk rahim kedudukan dia ok ke x.. sy 2x gugur ms 1st trimester utk 2nd n 3rd pregnancy. alhamdulillah pregnancy ke 4 sy jga btl2. lps tau pregnt trs p pakar swasta n doc ada bg ubat kuat rahim. skrg prgnncy ke 5, xde jmp pakar but alhamdulillah dh masuk 2nd trimester.

Baca lagi

positivekan diri sis. doa dan sangka baik baik. saya pon dulu gugur. sedih juga. memang p swasta jugak nak check rahim ok ka x time tu. cuma saranan dr sblm dan saya amalkan juga lepas pregnant, banyak kan real food, kurangkan fast food, avoid makanan yang x da nutrisi, dr pon ada suggest supplement yang sesuai. mmg saya ambil.

Baca lagi

Saya pernah miscarriage 2 kali. Bila dapat tahu je 3rd pregnancy ni, terus pergi scan dkt private klinik just to make sure kantung baby ada. Risau kalau ectopic. Doc bagi Duphaston untuk kuatkan rahim tp bila dah nampak janin and heart beat. If belum ada doc tak boleh bagi 😊

Maybe mental awk tak ready lagi nak pregnant sebab awk baru lepas gugur tahun lepas.. Takpe awk, kuatkan semangat.. Mungkin pregnancy kali ni betul² rezeki untuk awk.. Doa banyak² lagi pun dah masuk bulan puasa.. Insha allah rezeki ☺️☺️

Last year bulan 6 saya gugur jugak , dia keluar sendiri masa nak kencing time tu 10 weeks 2 days mcm tu , sekrang dah preggy 17 minggu nk masuk 18minggu . Insha Allah jangan terlalu fikir anak no just enjoy je pregnant tgk2 anak dah keluar hehe

Saya dua kali gugur tahun lepas, bulan 4 (7 weeks), bulan 11 (6weeks), baby x membesar.. skrg saya baru tengah pregnant lagi. Memang takut nak ikutkan, saya elakkan fikir negative, dan doa banyak2 sis harap rezeki zuriat kita kalini.

Positifkan diri ya. Saya 2x gugur thn lps bulan 4 dan bulan 9. Skrg mengandung 4 bulan slps malas nak fikir psl baby, enjoy and rehatkan otak ja. In shaallah allah bg pada waktu yg tepat😊