PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE

Selalu check gula, ok je. Tapi Dr kata kencing manis aku teruk. Gula tinggi dalam darah. Betul ke test Dr ni? Ragu-ragu tak? Bila almost setiap hari check gula sendiri kat rumah nampak ok je, tapi bila buat blood test di klinik, Dr bgtau kencing manis tak terkawal. Kenapa macam ni? Meh saya terangkan ckit ye... Yang kita dok check gula kat rumah tu, kita panggil blood glucose, dengan kata lain, paras gula dalam darah. Paras gula dalam darah akan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan keperluan badan. Selepas makan, sewaktu badan stress, dalam keadaan cemas, demam/jangkitan kuman dan lain-lain, paras gula akan meningkat dalam badan. Selepas berlapar, berpuasa dan dalam keadaan yang tidak aktif, paras gula akan menurun. Jadi, bacaan paras gula ini tidak memberi gambaran penyakit kencing manis yang sebenar. Faham kan? Ok, macam confius je kan? ok, katalah Puan A, ada mesin Glucometer ni kat rumah, dia rajin check gula setiap hari. Setiap pagi sebelum makan dia akan check gula. Bacaan memang cantik, bawah 7 setiap hari. Jadi dia yakin kencing manis dia terkawal. Tetapi dia terlupa, berapa bacaan paras gula dia selepas dia makan, 2 jam selepas dia makan? Adakah masih di paras yang normal? Dia juga lupa, adakah makanan yang dia ambil merupakan makanan/minuman yang tinggi Glycemic Index (GI) yang akan menyebabkan paras gula meningkat dengan cepat dan tinggi dalam darah? Jadi bila dia datang ke klinik untuk follow up, Dr buat satu ujian khas untuk pesakit kencing manis iaitu HbA1C. Ujian ini adalah specific untuk penyakit kencing manis, cara senang nak faham, ia adalah bacaan purata paras gula dalam darah untuk 3 bulan terdahulu. Bila keputusan HbA1C Puan A keluar, result dia adalah 8.9. Ia termasuk dalam kencing manis yang tidak terkawal. Jadi Puan A diterangkan tentang keputusan itu, dan keperluan untuk dia mengambil ubat tambahan untuk menurunkan bacaan HbA1C, bukan hanya bacaan pada mesin glucometer itu sahaja. Jadi faham kan? Bacaan paras gula yang rendah, tak semestinya kencing manis anda tu ok. Dapatkan pemeriksaan secara berkala dengan Dr, jangan beli ubat sendiri je di farmasi. Semoga bermanfaat.

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

terima kasih kongsi, dpt sdkit ilmu😍