Minum Air Gula

? Minum Air Gula? Fahami konsep kenapa perlu minum air gula secara mudah. . "Saya kena minum air gula masa pregnant...." Biasa kena kan? Kenpa kena minum air gula ni? Manis sangat kan? Rasa nak termuntah kalau minum, tapi kalau muntah kena minum sekali lagi. Aduh,xsanggup.. Meh kita belajar sikit, nape kena minum air gula. Fungsi minum air gula ni nak check sama ada puan-paun ada kencing manis ke takde. Tu je. Macam mana boleh check kencing manis dgn minum air gula? . Ok, mula-mula kena puasa kan? Pastu dr/nurse amik darah masa puasa. Pastu puan-paun kena minum air gula. Rest kejap 2 jam, kena amik darah sekali lagi. . ?Teori disebalik ujian ini adalah macam ni. Kencing manis terjadi bila badan kita tak dpt memproses gula berlebihan. Dalam keadaan normal gula akan dicerna menjadi glukos. Glukos amat penting sebagai sumber tenaga untuk semua sel dalam badan. . ?Tetapi jika glukos berlebihan, hati akan menukar glukos menjadi glikogen untuk disimpan. . ?Biasa dengarkan insulin? Apa benda ni dan apa fungsi dia? Insulin ni la yang berfungsi menukarkan glukos pada glikogen untuk disimpan dalam hati dan sel-sel otot apabila glukos berlebihan. Insulin juga berfungsi membawa glukos kedalam sel badan untuk digunakan sebagai tenaga. Dalam kencing manis, insulin menjadi kurang reaktif (insulin resistant) ataupun kurang dihasilkan. Jadi insulin tidak dapat mengawal kandungan gula dalam darah.? . ?Jadi, bila puan-puan minum air gula tu, sebenarnya nak test insulin tu boleh memainkan peranan dia ke tak. Tu je. Kalau insulin berfungsi dengan baik, selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah masih akan normal, sebaliknya jika insulin bermasalah, paras gula akan naik selepas minum air gula dan penyakit itu dinamakan kencing manis.? . Senangkan nak faham? . copypaste

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sorry nak tanya.. insulin tu bukan ke sikit atau banyak penghasilan dia, instead of bermasalah?? Sebab serius ni first time dengar insulin bermasalah??? Nurse pun tak pernah sebut. Doctor pun tak pernah sebut. Kalau pasal paras penghasilan insulin yes. Mohon pencerahan, nak tau gak betul ke x..

4y ago

mksud dia jika paras insulin y dihasilkn rendah,dia xdpt nk control la air gula y msuk dlm bdn tu...kira x enough nk tukarkn air gula kpd glukos n slnjutnya...gitew