persediaan untuk menyusu

sekarang sy tengah pregnant 7 bulan. sy nk tanye, adakah kita patot jaga pemakanan mulai dari sekarang supaya nanti susu badan ada dan banyak selepas bersalin ? sy dgr byk ibu2 yang hadapi masalah susu xde lepas bersalin, terpaksa bg susu formula..makanan ape yg sgt membantu untuk boost susu badan ?.. tq

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Tahniah ibu.. Selepas bersalin susu badan ada.. cuma apa yg ibu perlu buat, selepas 1 jam kelahiran ibu kena mulakan penyusuan secara langsung. Adanya rangsangan hisapan daripada bayi akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan susu dan hormon oksitosin utk mengeluarkan susu dr payudara. Konsep Demand vs Supply perlu diingat selalu. Establish direct feeding at least 30 hari pertama (tidak digalakkan pam susu kecuali ibu & bayi berjauhan- cthnya bayi di NICU kerana masalah kesihatan). Selepas bersalin, hari pertama dan kedua susu masih belum keluar @ keluar sikit2. Masa ni jgn terlalu risau. Lagi kerap payudara dihisap bayi, susu badan akan terhasil sesuai DEMAND bayi. Kebiasaannya, bayi akan kerap menyusu setiap setengah jam@1 jam. Pastikan bayi cukup menyusu 8-12 kali dalam tempoh 24jam, purata 6-10 kali tukar diaper (bayi buang air kecil) sebagai tanda bayi cukup susu ibu. Untuk boost milk supply, ibu perlu banyak minum air, makan makanan berkhasiat dan jaga mindset. Sentiasa fikir POSITIF dan fikir susu sentiasa cukup untuk anak. Secara purata, jika ibu menyusu secara kerap, selepas 9-15 minggu kelahiran, susu akan meningkat mengikut DEMAND bayi.

Baca lagi
VIP Member

Hmm time pregnant ni, biasanya apa yg kita makan tu smpi kat bby dlm perut, xde effect pun kt susu bdn. Selagi susu tu x pecah keluar, xtau lg byk mana kita ada. Apa yg penting masa skrg ni, bljr teknik n pelekapan susukan bby dgn betul. Tu slh satu perbykkan lg susu bdn lps bersalin nnti ☺☺

5y ago

ok, thank u😃