Kurang susu badan, Lps kerap bg susu botol anak langsung x nak minum susu bdn

Lps kerap bg susu botol anak langsung x nak minum susu bdn, anak sy br msk 2 bln. sy try Pam pn Susu x kuar. Awl2 bersalin sy mmg stress teruk, smpai sy skip mkn sume sbb anak kerap nangis, Kami suami isteri x tau nk handle mcm mn, alhamdulillah skrng ank da ok skit, tp Sy risau sgt anak sy minum susu formula je.sy nk tny Ada ibu2 yg hadapi mslh mcm sy,mcm mn ibu2 overcome. Sy berharap sgt ada yg dpt membantu#firstbaby #firstmom #pleasehelp #ingintahu

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

normal utk new parent utk rasa stress. sebab kita baru lalui pengalaman pertama menjadi parent. that why sebelom baby lahir kita kena cari ilmu parenting, ilmu penyusuan susu ibu, ilmu tentang baby language supaya kita dpt handle baby kita awak. bagi sy xslh pon nk bg susu fm. both susu okay je. cuma nutrisi & kebaikan susu berbeza ja. 1) awak kena faham konsep demand (permintaan) & supply (pengeluaran/penghasilan). contoh paling mudah kalau xde permintaan maka xde la pengeluaran susu badan awak. nak susu badan ada awak kena jaga both ni. 2) mindset. kena yakin susu badan ada dan mencukupi utk baby awak. elakkan stress. 3) baby awak dh nipple confuse. sebab tu baby reject directfeeding. nak pujuk baby directfeeding balik boleh. tapi mental fizikal awak kena kuat la. sbb nak pujuk baby akan ambik masa juga. *banyakkan skin to skin dgn baby awak (mean awak shirtless & baby awak pakai pampers je) pujuk dalam masa 10-15min setiap hari. pujuk sebelom feeding que baby awak. jngn offer masa baby awak dh melalak ngs confirm baby reject. cuba cari suasana tanpa gangguan bnyi dn bilik dlm keadaan suram. mandi dgn baby utk baby rasa sentuhan kulit awak. boleh juga offer time baby awak tengah mamai. boleh gunakan alat supplementary nursing system. 4) kalau nak jadi epmom (exclusively pumping mom) pon sama. mental fizikal awak kena kuat. sebab apa, result dia bukan harini awak pam harini dpt hasil. ambik masa juga. nak adakan susu badan semula boleh. jaga jadual pam awak. gap setiap sesi 2-3jam. satu sesi 20min. xboleh skip. kita ada 24jam dlm sehari. mean awak kena pam termasok mlm. min 8x sehari. max 12x sehari. walaupon pam angin awak kena teruskan sampai dpt hasil semula. semasa mengepam boleh buat breast compression dan selepas mengepam boleh buat urutan marmet selama 2minit. semua ni dpt mengoptimakan pengeluaran susu badan awak. sblom start pam check dulu size corong pam awak. betul tak. ngam tak dgn size nipple awak. 5) air masak awak mmg kena minum sekerapnya. sekurang2 nya 2litre sehari. makan pon xboleh catu. kena makan je. 6) cari lactation counselor yg diiktiraf supaya awak dpt ilmu yg betul. banyak je lactation counselor yg share ilmu penyusuan free dkt sosial media mereka. awak nak dgn xnk cari je benda tu☺️

Baca lagi
1y ago

*awak

sy pun tkde susu bdn jgk sblm ni. lps sy try n error smpai skrg sllu bengkak susu. sy cuma makan kapsul mamom, susu kambing jenis hi goat dengan makan sayur air dengan roti je. sebelum ni ade try milk booster yang ade kurma merah n bahan2 lain mmg meriah susu smpai bengkak breast kedua dua belah. skrg sy konsum susu kambing dgn kapsul mamom je. tu pun dh bnykkan susu bdn. sy xajar susu botol awl2 sy tkt dy xnk dgn susu bdn. sis tryla cuba mne thu ade susu badan nanti.

Baca lagi
1y ago

insyaAllah aamiin🥰. skrg sy dh botol kelima sis . mula2 sy makan 1 botol mmg xnmpk sgt lps sy makan botol yg kedua ketiga bru start makin banyak.

TapFluencer

sebenarnya takda masalah pun baby minum susu formula bila ibu tak boleh hasilkan susu badan. tp belum terlambat utk ibu cuba lg bg susu badan. boleh makan/minum makanan yg ada 'milk-booster' org kata. & try marmet. susu takda ni bila takda demand, no demand = no supply. jgn rasa down bila tak boleh susukan baby ya, yg penting baby sihat. asalkan berat baby naik ok, baby ceria, berak ok. sepatutnya takda masalah.

Baca lagi
1y ago

alhamdulillah.... Insha Allah sy Cuba yg terbaik sis...thanks share tips❤️

TapFluencer

puan..pertama jgn stress2 tu bikin susundrop..kedua..xde masalah pon jika anak menyusu susu formula ya..dan kalo puan nak bnykkn susu..pertama mmg bayi kena hisap puting maknya dulu supaya signal dari otak keluar utk rembeskan susu then cuba mkn mknn yg bnykkan susu..apapon kekal tenang yahh

1y ago

Insha Allah sis...bila org2 mempersoalkn mcm Kita sengaja x nk susu tu yg buat stress padahal kita da cuba sedaya upaya nk menyusu still x de... Insha Allah sis sy cuba yg terbaik,,doakn ye ❤️

Jgan stress itu faktor utama. Banyakkn mkan sayur sayuran lebihkan bayam, ayam minum susu badam.. Jgan mkan fast food dulu. Tengok keadaan mcm mna awak skip mkan pun boleh disebabkn juga.. Jaga permakanan rehat yg cukup. Insyallah susu badan back to normal

1y ago

Insha Allah sy Cuba yg terbaik sis... thanks share tips ❤️.

ank sye dua2 minum susu formula sbb susu bdn sye kurang.. ok je sis. xkn nk biarkan anak lapar pulak kan.. cri susu yg sesuai dgn anak. jgn cri yg murah semata, then jgn judge susu mhl ni smua bgs. smua depends pd anak... try and errors.

1y ago

yg kecam tu depa x fhm mcm mna struggle nye kte ni nk dpt on 1onz tu..smpai menangis, smpai melecet dibuatnya kan. pam pun x kluar susu.. dh urut mcm segala.. sakit je yg dpt.. xpela sis, jnji ank2 kte sihat. sama je membesar mcm ank org lain yg mnm susu bdn hehe... smua aturan Allah .

TapFluencer

Kena relaktasi. Teruskan skin to skin bonding dgn anak dgn kasih sayang n happy . Ambil masa juga. Minum air kosong secukupnya, elakkan stress. Boleh dapatkan bimbingan daripada kaunselor penyusuan bertauliah berdekatan puan

1y ago

Semoga dipermudahkan segala urusan

Anak sy smua susu formula. Dri no 1 smpai ke 4. Alhamdulillah sihat smuanya. Sy dpt breastfeed 3 bulan shj.

1y ago

Alhamdulillah....❤️

xde mslh kalau bg susu formula