Mohon pendapat utk berpantang di mana
Saya tgh berfikir2 sama ada nak pantang sendiri. Tapi keadaan emosi husband tak berapa stabil. Dia kerap marah & tak dapat handle anak. Biasanya kalau dia beremosi langsung tak diendahnya kami anak beranak. Dia akan menyendiri dan apa yg kami mintak tolong, dia buat tak tahu je. Husband pun kerap marah2. Anak 1st saya berpantang di kampung. Cuma ramai di sana. Mak saya tinggal dgn abang & kakak ipar. Anak2 dorg pun dah ramai. Riuh rendah, belum lagi bila anak2 tu kena marah Husband ada suggest berpantang rumah mertua. Tapi saya pula yg tak selesa. Pergerakan saya akan terbatas. Saya segan dgn bapa mertua. Nak baring, rehat2 apatah lagi. Sebelum ni saya pernah tinggal di rumah mertua daripada awal kahwin tapi sejak lahirkan anak 1st, kami pindah. Sepanjang tinggal di situ, banyak masa saya terperap dalam bilik sahaja. Minta pendapat moms sekalian. Saya sangat dilemma.