Mak mertua dan ipar yang jahat seperti cerita cinderella memang wujud di dunia realiti.
Saya sedang mengandung anak ke-2, usia kandungan masuk 20 minggu. Baru² ini saya ada konflik dengan mak mertua dan kakak ipar (anak dia). Mereka berdua bergabung menghentam saya dan saya pun melawan (bertengkar), seolah² saya menantu yang tidak hormat pada mereka. Sedangkan selama ini saya sangat banyak diam dan pendam semua hal yang berlaku. Mereka suka becakap dan menyampai hal buruk pasal saya. Suami saya memang beri sokongan dan menjaga saya, dia pun dah sound mereka cuma saya masih tidak berpuas hati sebab tuduhan mereka kepada saya sangat tidak munasabah dan menyakitkan hati saya. Saya dah nekad tak mau ambil tahu tentang apa² lagi melainkan menjaga suami dan anak² sahaja. Saya duduk rumah sendiri, tapi berjiran dengan mertua dan ipar. Apa nak jadi lepas ne, saya tak akan bagi muka lagi pada siapa² yang mengancam, mengganggu kesejahteraan dan cuba masuk campur hal rumahtangga saya. Sekadar luahan hati ibu mengandung yang tersakiti. Sekian.
Mentua cakap saya menghalang anak dia (suami saya) untuk menlakukan tanggungjawap sebagai anak dia untuk menjaga orang tuanya. Saya makin kebingungan, rumah kami dah cukup dekat tuh, berjiran je kot...Apa lagi masalah dia sampai tuduh saya jadi penghalang? Kami suami isteri sampai bersetuju satu hati untuk saya berhenti kerja supaya saya boleh fokus jaga anak kami sendiri, urus sekolah dia dan urus suami saya. Selama ne sy bekerja dan ada duit gaji sendiri tau. Gaji sy cukup tampung belanja sekolah anak dan support belanja dapur kami sekeluarga. Kenapa saya masih dihentam pun saya tak tahu dan saya dari dulu jenis tak ambil tahu. Mungkin sebab perangai saya yg sangat ignorant dan independent itu yang buat mereka sakit hati dengan saya seolah² saya dah set boundries pada mereka, tak boleh dekat dengan family saya ini "territory" saya 😅. Mentua saya sampai cakap anak saya tak biasa dengan dia sebab tidak dibagi dekat dengan dia dari masa bayi. saya jadi bingung lagi. mak bapa saya sendiri di kampung jauh dari kami, lagi jarang jumpa tapi anak saya sangat suka selesa dengan dorang. apa lagi dengan uncle aunty dia (siblings saya). ini bukan sebab tak biasa atau jarang dibagi dekat, tapi trust isu, isu hati. anak saya yg baru 4 tahun pun tahu menilai hati ipar dan mentua saya. macam mana jahat dorang dari masa sy mengandungkan dia sampai lah sy mengandungkan adik dia sekarang..
Baca lagiSaya pula Alhamdulilah dikurniakan mertua yg baik dan ipar yg baik. Tapi keadaan tpt keja yg toxic! incass sendiri yg asyik xpuas hati dgn saya, padahal tahu kte ni mngndung bagi pressure utk buat kje smua nk cpt sblm pregnant elok je...tp bila time sy mngndung bnyak pulak kje dia bgi smpai satu hari tu gaduh mulut, smpai sy stress bleeding msuk hosp MC...tp bgi dia xde rasa bsalah apa2 pun, siap sindir² cucuk yg lain gosip2 pasal sy ni malas la apa la..xfaham ada jgk laki mcm prangai pompuan, ptut la xde pompuan nk kt dia! huh
Baca lagiKes sis ni macam saya 🤣 takfaham kadang dengan org yg busuk hati ni 🙄 takbole tengok orang bahagia sikit ade le yang nak mencucuk . Abg ipar saya kaki perli , saya tengah pregnant takleh bau tumis2 dia mengata saya ni pemalas , lepastu cakap suami saya orang suruhan saya sbb suami saya balik kerja tolong masak kemas uma apa semua . Haih bersyukur sangat dapat suami yg menolong tapi tula sekarang mil saya dah buang kami sekeluarga , alhamdulillah
Baca lagibetul tindakan awak. jaga hati sendiri keluarga sendiri lagi better untuk mental health kita. been in your situation cuma saya duduk jauh. da dibuang pun jadi menantu. haha ada aku kesah. mental touture saya 9 tahun. tahun ke10 saya meletup genap anak kedua lahir. suami? kadang macam lalang jgk.. but who care, duit nafkah janji masuk bulan2.
Baca lagiSis kalau boleh kan pindah jauh dari diorang boleh?? Jangan laa duduk dekat orang mcm tu.. Mak sy sebelum sy kawin lg dh warning kat sy suruh pindah jauh² lepas kawin nnti.. Kalau duduk dekat mcm² masalah timbul. Tak puas hati dgn itu inilah mcm² lah.. Apa² pun semoga dipermudahkan urusan sis ye
kami memang tinggal berjiran sis, rumah tanah sendiri, rumah kampung. cuma tu lah, sy dah nekad tutup pintu taknak buka kalau bukan urusan dengan suami. tapayah datang kalau cuma nak gaduh.
Sy pun mcm sia, mak mertua ckp sy mkn duit laki sampai laki tk simpan duit apa apa. Laki pula jenis support mak tp bila kt depan sy dia support sy pula. Tk tahu la nk simpan hormat kt mna lgi dah la brhutang dgn sy dn kelurga tp hidung tinggi mcm sy yg brsalah atas smua ..
mak mertua duk jaja kisah keluarga sy kt semua kenalan dia. sejak tu, sy takde contc kat phone (ws / vc) kalau berjumpa je baru ckp / bergaul. lantak la nak kata buat mcm org asing ke apa. sapa suruh start dulu.
good job. ignore je if ada yg toxic dlm family. just focus on your family only. yg penting husband awak tahu situasi sebenar. take care of yourself. dont stress okay. stress will affect your baby
tu dah jd normal utk manusia akhir zaman. mmg ada spesis lidah bercabang & suka melagakan org ni. so better tak payah ambik port la, x bersua muka pun xpa.. asalkan si suami tu bukan jenis "anak mak" .
nasib suami tak jenis "anak mak". dia pun ikut disindir oleh kakak iparnya. dalam semua siblings dia , kakak dia (tunggal pompuan), dia sorang je mental dan suka memburukkan ipar² dia yang lain (isteri adik² lelaki dia yg lain), termasuk lah sy yg paling dikecam sebab berano bersuara. sy memang beza dgn ipar² dia yg lain, semua jenis tak nak mula konflik. sy pun dah cukup diam sabar, hari tu dah meletup tak dpt sabar lagi sebab tiba² dtg rumah sy menyerang hentam sy dengan tuduhan tak relevant, menjatuhkan maruah sy dan anak sy nampak sy dihentam oleh mereka berdua. anak sy baru 4 tahun, dia ikut nangis takut tengok sy ditengking, dia tarik² tangan sy bawa masuk balik dalam rumah. sy tengah mengandung dorang berani buat macam tu juga. masa mengandhng anak pertama pun sama juga tapi sy berdiam dan sabar. kali ne dah habis sabar sy pada mereka.
ni lah yang org kata jauh bau🌹 dekat bau 💩.. duduk serumah pun masalah, duduk berjiran pun masalah, pindah laa jauh2 lg biar jumpa bln2 skali je