Saya saja nak berkongsi pengalaman suka duka sewaktu mengandung, first kandungan saya gugur sewaktu 5 bulan, dan puncanya d waktu tu, saya makan durian, agak banyak, first mengandung xde pengalaman, tapi alhamdulillah, saya x perlu cuci rahim sbb baby dah keluar di rumah, keluar dlm karung sekali.... Its baby boy.... Di waktu x jangka rahim ni x kuat, after gugur, nifas 20 hari, 15 hari lepas tu, period dtng, dan terus lekat waktu tu, kandungan yg ke 2, saya dah x berani nak makan durian, walaupun teringin sangat, alhamdulillah, baby selamat lahir ketika usia 36 minggu, anak lelaki lagi, bila usia anak dah mencapai 1 tahun 5 bulan, mengandung lagi, kandungan yg ke 3, kandungan kali ni, hanya bertahan sehingga 26 minggu, baby lelaki lahir hidup dan berat hanya 840gram.... Dan duduk di nicu, sbb fully suppourt oksigen, setiap kali dtng melihat anak, pasti air mata shj yg mengalir, melihat wayar berselirat di badan, dia pergi meninggalkan saya selamanya pada hari ke 12 kerana pendarahan otak dan paru2..... Waktu terlalu sedih sebab saya x dpt bersama dia pada saat akhir, dia pergi pada pukul 1.50 pagi, dan suami tiada di sisi, Allah shj sumber kekuatan.. 6 bulan selepas pemergiannya, saya mengandung lagi untuk kali ke 4, kandungan kali ni pon, saya bersalin di kala usia kandungan 34 minggu, alhamdulillah, baby lepasi berat, tapi kena duduk scn 1 minggu untuk antibiotik, sbb premature, baby boy, anak saya yg ini elergik susu lembu, jadi dia fully bfeeding sehingga umur 2 tahun, dan ketika usia dia 2 tahun 5 bulan, saya mengandung untuk kali ke 5, kandungan kali ni agak bermasalah, anemia sewaktu mengandung, gdm, admitt ward ketika 34 minggu, lahir emergency ceaser sbb fetal distrees, dan penantian saya untuk dpt anak perempuan, berjaya, saya dpt baby perempuan, yg hanya berat 2.25, dan sewaktu dlm pantang diuji lagi ketika hari ke 24, baby sudah putus nafas, sewaktu perjalanan ke hospital, mata hitam dah naik ke atas, tinggal mata putih shj, direct tu zon kritikal, Dr kata nafas dah xde, tinggal denyutan jantung shj, sewaktu tu Allah shj yg tahu betapa hancur luluh hati ni, sekian lama mengharapkan anak perempuan, anak perempuan sakit begini, saya menadah tangan memohon pada Allah, bagi peluang untukku membesarkan anak ini, Dr direct terus ke nicu, dan telah scan otak, tiada hentakan pada kepala, Dr minta izin untuk ambil air tulang belakang, Dr sahkan anak saya meningitis, 4 hari di nicu, 3 hari di wad biasa, Allah maha mendengar rintihan hambanya, baby sihat... Sehingga sekarang, ketika usia dia 1 tahun 5 bulan, disahkan mengandung lagi untuk kali ke 6, alhamdulillah mengandung kali ni tiada banyak masalah cuma ada gdm shj, bayi lahir 38 minggu normal delivery, baby boy, sekarang tengah mengandung kali ke 7 sudah 13 minggu 4 hari, di sahkan mengandung ketika usia anak 1 tahun 3 bulan....... Itulah pengalaman, mungkin lepas ni nak ambil suntikan perancang......
sufie