Rasa pelik

Saya rasa pelik la dengan ibu mengandung dalam apps ni. Kadang2 baru 2 bulan lebih dah sebok tanya kenapa tak nampak perut macam mengandung la apa la. Saya ni dah masuk 8 bulan dan masih lagi tak nampak langsung macam orang pregnant. Saya aktif masa sebelum pregnant. Saya masih lagi bekerja dan kerja saya pula ialah guru renang. Bagi saya lebih baik tak nampak daripada nampak perut tu. Perut tak besar, takdela penat nak bawak perut. Perut tak besar, takdela bengkak kaki. Perut tak besar, tak perlu dah nak beli baju maternity dan dapat buat penjimatan dekat baju dan boleh beli barang keperluan baby nanti. Kalau rasa risau, check dengan doc. Sepanjang saya pregnant ni, hanya 3 kali sahaja scan. 1st scan nak confirm nampak kantung, 2nd scan untuk detail scan, 3rd scan untuk 3d4d. Nanti last scan mungkin masa check kat KK minggu 36.

45 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Depa rase perot besar2 ni senang agaknye nak buat keje nak duduk nak tido.. 🤦‍♀️.. Besar2 nnti lepas besalin kulit yg meregang tu jadi extra kulit.. Mcm belon selepas tiup dgn sebelm tiup..

6y ago

Saya alhamdulillah semua aktiviti/kerja yang saya selalu buat tak tergendala sebab keadaan fizikal saya macam biasa. Kulit ada la sikit je stretch mark. Tapi tak teruk.