Scan kehamilan tvs

Saya preg 7w. Minggu lepas jumaat baru scan kehamilan. Mula2 doc scan perut dah nampak baby & degup jantung. Tapi doc tanya saya nak buat ke tak scan bawah atau scan tvs. Saya preg 1st baby so saya tak tahu yang scan tvs tu tak disarankan. Harini saya cerita dkt kawan ofis. Depa semua bising la dekat saya dan pelik kenapa doc tu suruh saya scan tvs sedangkan bukannya saya gemok atau kantung tak nampak. Ada jugak sesetengah ibu hamil yang rahimnya tak kuat dan buat tvs boleh keguguran. Saya risau sangat. Harap sangat baby takdak apa2. Ada ke sesiapa time scan baby pengalaman dengan doc macam saya??

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau lepas scan tu xdek pendarahan teruk ok je. saya trauma dengan benda tu. 1st pregnancy 7w nampak kantung je. 8w ade spotting. scan still nampak kantung je. so scan scan bawah lah. xdek heartbeat jugak tapi kantung elok lagi lah. dr kata in sha Allah xdek ape2. tapi lepas turun dari katil scan tu, saya rasa nak pi toilet. wktu tu darah saya keluar macam air kencing. banyak dan laju. cair macam air. refer hospital. kat hospital 5x scan kat bawah. dari doktor kata kntung elok lagi, sampailah doktor kata kantung dah tak sempurna macam tak bulat, ada herot2 dah. last scan ngan dr lain kat wad pulak. dr tanya betulke saya mengandung sebab xdek kantung pon. pastu panggil pakar scan2 nampak kantung kat hujung2 dah. makanya saya trauma dah ngan tvs tu. tapi orang lain buat ok je. lagi jelas sebenarnya. waktu tu mungkin saya memang dah x kuat dan kandungan saya memang tak menjadi pon time tu. bukan lah sebab tvs pon. kalau awak sihat lagi, xdek darah maknanya ok lah tu. takyah risau ok. moga dipermudahkan urusan, kandungan membesar dengan selamat dan sempurna.

Baca lagi

Takde masalah untuk scan tvs. Dr boleh ukur tinggi rahim sekali. In sha Allah kandungan puan ok. Saya pernah bleeding masa 1st pregnancy dulu. Dr buat tvs untuk cek baby & ukur tinggi rahim semua. Alhamdulillah baby sihat & selamat sampai lahir.

2y ago

Saya pun 7 minggu - baby IVF, doctor fertility ckp selamat utk scan TVS dari bawah.. dr saya check 6 minggu dan 7 minggu, alhamdulillah ok takda bleeding apa2..