Ikan apa yg boleh makan ye?

Salam, ikan apa je yg boleh mkn waktu dlm pantang? Selain ikan merah & tenggiri (dua ikan ni mahal sgt x mampu rasa) Ikan siakap boleh kan lg ikan apa ye? Saya pantang sendiri nnti jd nk kene prepare awal potong kecik2 asing kan ikut hari (utk perap) dan nk stanby utk lauk frozen.. Hari ke berapa boleh start mkn ayam?

16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kenapa nak kena perap? Ada plan nak masak utk spesifik makanan pantang ke? Ikan, ayam, telur, seafood semua boleh mkn as long x alergik atau jadi side effect. Kalau ragu2, then skip, pilih lauk lain. X payah pening2 nak rigid sangat. Lain badan, lain effect. X semestinya org A x boleh mkn, org B pun x boleh. Asalkan maintain mkn yg sihat, cukup ikut piramid makanan, dah memadai dah. Sy pun pantang sendiri 2nd baby. Tapi sy masak je lauk mcm biasa sy mkn cuma ada certain menu tu sy hold dulu, masak lepas habis pantang. Sy ada mkn telur masa seminggu lebih lepas bersalin then luka jahit rasa mcm gatal, sy stop la. Lepas 4 minggu try mkn balik, ok je

Baca lagi
11mo ago

Ye betol.. masa anak tgh kuning je sy betol2 jaga mkn. Mana makanan yg boleh trigger kuning anak jadi bertambah, sy elakkan. Bila kuning anak dah ok, sy mkn je mcm biasa yg mana sy boleh mkn. Mana makanan yg sy mkn then bagi effect kat anak, sy stop dulu. Mcm hari tu sy mkn pedas2, anak jadi cirit birit, meragam 2 hari

ikan plotan, ikan selar kuning,bawal putih(mahal kot) ikan kerisi (mcm ikan merah jgk tk pasti sama ke tk) pantang saya cuma makan 2 jenis ikan ni je plotan dan kerisi. pastu ayam. ayam lps 2 minggu . sy czer. tp org lain yg bersalin normal kt wad hari pertama dah bedal ayam .sis boleh jgk tanya nurse. org kata ayam try mkn dlu sikit klau ok boleh la. saya pun sama simpan dlm peti ais ikan plotan seekor potong kecil2.. last2 semua hanyir busuk. tk pasti masa mula2 dh hanyir ka apa . buang cmtu je. pastu last2 pantang tu buhsan dh mkn ikan, makan ikan masin plk. ikan gelama masam.

Baca lagi

Ayam saya makan mggu ke 2 masa mula mkn ikan dulu sbb ikan lebih bnyk protein dan cpt utk luka baik , saya pun pantang sndiri buat masa lani yg saya tahu ikan talang , ikan isi putih boleh google hahaha 😅 saya pun pakai google ja kalau mampu beli saya beli tapi menu sama ja setiap hari saya buat 😂 lagipun time pantang ni selera mkn saya betambah2 tmbh2 time menyusu lapar bebenor Ayam ni tak digalakkan walaupun boleh , sebabnya aym yg jual kt pasar ni kebanyakkannya ayam yg dicucuk la , so kurang sesuai better lagi ayam kampung Ni nurse kt kk saya bgtau la kalau nk kurus kan

Baca lagi

Boleh mkn smua ikan yg ber-isi putih, sis. Mcm ikan kerisi boleh makan, ini yg jenis murah dpt. Ikan merah boleh mkn. Sbb isinya putih. Ayam sy dah makn seminggu slepas bersalin, alhamdulillah, ok. Tp daging, sy mkn 2 minggu selepas sbb takut najis jenis keras bila mmbuang, itu yg sy delay-kn. Tahniah sbb prihatin tntang cara makanan apa yg perlu pantang. Sy anak 1st, xjaga sgt, merasa lh habuannya bila baby dah 4 bulan 💔 smpai preggy anak 2nd pun masih merasa sakitnya. Tp pantang anak 2nd, mmg jaga sgt2, alhamdulillah. Smpai skrg dah beransur sihat

Baca lagi

Sy makan ikan selar & gelama 2bln . Daging & ayam pun makan jgk . Lepas 2bln bru berani makan ikan cencaru , kerisi , Sy ni jenis penakut .Alhamdulillah okay je hehe . Tapi sy try makan ikan bawal mas gatal , xserasi dgn sy kot . Anak 1st czer .

selagi awak xde alergik dgn sbrg mknn. awak boleh je nak makan. selepas awak bersalin tu dah boleh makan ayam. ayam antara salah satu sumber protein yg boleh mempercepatkan luka awak sembuh

Post reply image

kalau sy, sy hold telur dan ikan dulu sbb sy mmg alergik dua2. u kalau ada alergik ayam, jgn makan dlu. kalau tak u makan je ayam. hehe.

Selagi takda allergik makan lah apa pun.. mindset kita ni penting... menjadi kan luka kita bernanah atau berair adalah sbb infection..

mkn sj ikan kembung.. ikan selar.. ikan selar kuning ke.. ikan selayang ke.. cencaru ke.. ayam blh je mkn takda mslh pun..

sy mkn sup ayam, ayam goreng, ikn goreng (selar, selayang, kembong), telur dadar, sayur air sawi .n kicap🤭😆