zincofer

Saya nak tanya selalu baca pasal ubat zincofer ni ramai kata akan rasa loya dan muntah lepas makan. Saya baru kena start makan semalam . So saya makan waktu malam sebab ada yang kata nak elak muntah makan waktu malam . Tapi tetap rasa loya dan muntah juga . Apa saya perlu buat? Stop ambil ubat tu dan bagitahu nurse ke atau biar je ?

28 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Saya makan zincofer dengan air limau kasturi. Alhamdulillah, okay. Kalau sis memang tak boleh telan zincofer, cuba bagitahun nurse / doktor. Mungkin boleh tukar ubat. Semoga sis dipermudahkan urusan sepanjang mengandung ni dan semasa nak bersalin nanti ye. Allahumma Aamiin 🤲🏻💕

Baca lagi