Pengalaman Keguguran

Saya nak share pengalaman saya harini. 9/4/2022 saya kehilangan anak pertama saya. Usia kandungan cecah 11 minggu. Mungkin covid menjadi asbab untuk dia pergi tapi saya dah redha. Pada mulanya saya keluar spotting sahaja and saya terus refer pd hospital. Doctor scan tak nampak heartbeat. Hanya ada janin sahaja. Doctor keluarkan darah beku dari bawah. Start daripada keluar darah beku tu, bermula lah segala kesakitan. Terus keluar banyak ketulan ketulan dan waktu tu saya hampir pitam. Saya dah tak boleh fikir apa dah dan prosesnya tersangatlah sakit. Tak terungkap sakitnya. Saya refer hospital semula dan doctor keluarkan darah beku tu lagi dan keluar sekali janin & kantung. Masatu saya redha sebab tak tahan sangat sakit. Saya redha dia pergi bulan yang mulia ni.. bulan yang baik. Saya tahu dia pun sakit. Doctor pulangkan janin saya dan suruh tanam nanti. Alhamdulillah sekarang saya lega sangat dan insya Allah esok last kuarantin 🤲 buat ibu ibu di luar sana semoga segala urusan anda dipermudahkan.. semoga kita semua dihindari dari covid-19. Perancangan Allah sentiasa terbaik ❤️

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Sy faham perasan Puan sbb I've been face it before. Moga Puan dan suami tabah & redha dgn segala yg berlaku. InshaAllah ada hikmah. Jaga diri ya.

TapFluencer

Mudahan Allah gantikan kehilangan dgn yg lbh baik drpd sisi-Nya 🤲🌻