Keguguran Minggu ke-9
Saya keguguran pada minggu ke-9 minggu lepas. Malam Ahad 14/8 tiba2 keluar darah macam nak start period then stop. Pagi Isnin gi check KK dan hospital Dr check heartbeat baby dah tak ada. Tapi Dr suruh balik tunggu 2 minggu untuk janin gugur sendiri. Malam Selasa 16/8, darah banyak keluar sampai bocor pad. Salin bersihkan diri pergi ke hospital balik, Dr masukkan muncung itik untuk keluarkan janin dan simpan dalam bekas tapi saya lupa nak tanya pasal janin tu kat Dr untuk tanam sendiri. Saya pulang dan darah masih keluar sampai hari ni 24/8. Saya confuse yang keluar darah ni darah period ke sebab dah lebih seminggu ? Dan, hospital akan lupuskan janin tu dengan cara macam mana ?