Saya buntu

Saya mengandung anak luar nikah. Keluarga saya pun dah tahu tentang saya. Diorang suruh saya serahkan anak ni pada orang lain. Tapi dalam masa yang sama saya nak jaga sendiri anak ni. Saya tak sanggup bagi orang lain. Apa yang perlu saya buat? 😢

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Pengalaman saya sendiri . Saya umur 20 masa pregnant anak first takde bapa . Saya pergi check up kk sendiri . Dan kk akan rujuk dengan JKM send report . Masa ni parents memang marah bantah habis2 bila saya balik rumah dah pregnant 5bulan . Lama kelamaan mereke boleh terima tapi ambil masa juga dari bersalin sampai umur anak 4tahun . Yang penting jangan banyak fikir , fikir kesihatan tumbesaran baby dan awak ok . Masa nak discharge hospital , hospital akan call JKM untuk JKM confirmkan betul2 adakan kita layak jaga atau tak . Tapi alhamdulillah parents bagi sokongan dekat JKM untuk saya jaga anak . Now anak saya dah umur 6tahun . Dan saya dah berkahwin , anak second umur 10bulan dan now tengah pregnant anak no 3 dah 33minggu . Alhamdulillah . Seteruk mana kita , andai terdetik dihati ingin berubah jadi lebih baik , Allah akan bantu dan hantar orang2 yang baik untuk kita berubah ke arah yang lebih baik dan jadi wanita solehah . Semoga Allah permudahkan segala urusan awak ye sayang . Kuatkan semangat . Memang tak mudah jadi single mom di waktu usia muda tapi percayalah bila kita struggle cari rezeki kerja untuk besarkan anak , protect anak kita masa dorang kecil , bila mereka besar ia sangat berbaloi atas usaha kita dan dengan pertolongan Allah . Minta selalu dengan Allah permudahkan segala urusan kehidupan seharian kita .

Baca lagi

Pertama sekali Tahniah Sebab Adik nie ada jiwa yg sangat besar utk nak Membesarkan dan jaga sendiri Anak Adik. No Worries Syg teruskan saja. Niat tu dah terlalu Mulia sebagai seorang Ibu. It's okay teruskan saja tekad dan buat betul2 utk jaga Anak Adik okay jgn berbelah bahgi hati tu... Selebihnya Allah Akan atur dan susun Perjalanan hidupmu. Banyakkan Berdoa paga Allah Minta Allah Permudahkan Segala Urusan Adik Dan Anak, Sihat kedua2nya Dan Sempurna kelahirannya..., doa supaya Allah Lembutkan hati Terutamanya Kedua2 org Tua Adik Sebab Ibu Mengandung Yg Berdoa Ni InshaAllah Di Terima Oleh Allah... Jangan Putus Doa Mintalah Apa Saja Dengan Allah Taala... Minta Allah Lorongkan Juga Pintu Rezeki Utk Adik dan Anak. Inshaallah Bantuan Dari Allah dari Sisi tak di sangka2 akan ada. Yakinlah Nanti Mak Ayah Awak tengok Cucu Mereka Comfirm Akan Ambil Bela dan Sayang Anak Awak Tu... Percayalah... Kuatkan semangat ok... Jaga kesihatan ok. Jgn terlalu bimbang ok kerana Ada Allah Sebaik2 perancang 😘😘😘

Baca lagi

Setahu pengalaman kawan saya,dia bukak buku di KK dan terus terang tentang status anak and pihak hospital dan JKM akan involved .Sis boleh bukak buku di KK dan terus terang dekat Dr tentang status sis.Nanti Dr akan buat surat tentang kesihatan apa semua dan biasanya akan ada appointment dengan JKM .JKM akan ambik kes dan sis kena terus terang tentang sejarah hubungan , status kewangan sis,keluarga ada yang menyokong atau tidak.Nanti Caunselor JKM akan tengok balik sis layak/mampu atau tidak jaga apa semua.Jangan bimbang , JKM akan beri nasihat atau pendapat .kalau tiada isu tentang kebajikan atau kewangan, JKM takkan sewenangnya ambik anak sis .JKM akan bantu support sis in moral and also pantau status kesihatan sis dan baby.Terima kasih sebab pilih untuk terus jaga anak sis, semoga urusan sis dipermudahkan 🫶🏻

Baca lagi
11mo ago

Nak keluar wad Waris yg kena dtg ambik sain borang2 bagai

Tahniah sis,sbb nak jaga anak sndiri.. pengalaman sya sndiri pun bgitu, cuma parents xda la suruh bagi baby ke org lain, cuma dlm fasa masi blm brani bagitau parents tu, bole pula abg tiri suggest ada org nak beli baby time tu..tp sya mmg nak jaga sndiri sbb sya fikir da alang2 malu, syukur la parents okay.. tpi 1 kena consider sis, mmg agak mencabar.. lepas bersalin sya smbung skolah , baby mak yg jaga.. n syukur, baby masuk kategori easy baby, sngt senang d jaga.. n skrg tgk muka anak, sya bersyukur dgn pilihan sya dlu☺️

Baca lagi
11mo ago

semoga awak insaf dan berubah

TapFluencer

sis underage ke? kalau bukan, rasanya boleh je sis jaga sendiri. kalau underage yang perlukan signature parents/penjaga untuk discharge, kalau tak JKM ambil. tak silap saya selain tu, kalau bersalin di swasta pun kadang JKM tak masuk campur sebab tak semua hospital swasta report pada JKM. jadi salah satu cara, maybe boleh bersalin di swasta. tapi saya pun tak berapa pasti tentang tu.

Baca lagi
12mo ago

ye.. walaupun sye da bkahwin, memg bsalin hospital swasta x mintak sijil nikah.. Ada beberapa borang yg pihak hospital akan isi & kte kne bawa ke jpn utk pendaftaran surat beranak.. kt sne bru tnjuk sijil nikah..

TapFluencer

Tahniah nak jaga anak sendiri. 👏 Tambah ilmu agama, adab, parenting, penyusuan anak, mengasuh dan mendidik anak, mencari nafkah diri dan anak supaya puan dan family yakin puan boleh jaga anak. Pedulikan dulu hasrat family utk puan fokus pada diri dan kandungan . Sebelum tu taubat nasuha dan berusaha utk jadi lebih baik. All the best Puan.

Baca lagi

pengalaman saya lepas nikah bru saya bukak buku pink n misi tulis nama suami dkt buku even saya dh pregnant 6 bulan masa bukak buku pink tu.. nk buat surat beranak pun tak ada masalah pun asalkan ibu warganegara ayah warganegara n buat buku pink and beranak di hospital sbb waktu nk keluar wad tu hospital bg borang untuk isi nama anak untuk daftar di JPN

Baca lagi
11mo ago

Maksud sis , sis mengandung dulu baru nikah ke?

Alhamdullilah kalau awak nak jaga baby ni ….. Mula2 Sekali awak pergi buka buku pink dulu ye sayang …. Pergi checkup tiap bulan best tau tgok anak kita membesar dlm perut ni 😊 Pasal family ni awak tolak tepi ….. awak fikir pasal anak awak je … lama2 nanti dorg akan ok …. Buat masa skrg awak pekak kan dlu telinga … fokus kat baby ….

Baca lagi

yeker, smlm sy baru buka buku pink di kk n sy berterus terang dgn pihak kk pasal status sy tu. Then nurse hanya tulis kontak no pasangan jer incase ada emergency. Sy bukan apa, sy hanya risau klau x de maklumat suami nnti x boleh buat surat beranak walaupun nnti dah nikah. Risau pasal tu jer.

12mo ago

Surat beranak still boleh buat. Tp dekat maklumat bapa tu nnti dia akan tulis tiada maklumat.

well done sis.. kuatkan semangat mu.. banyakkan berdoa semoga dilembutkan hati parents u.. ingat 1 jer doa ibu preggy ni makbul sis.. banyakkan doa ya.. buat solat taubat & semoga yg baik" saja buat sis & your future baby😘❤️