Macam mana saya nak tahu yang saya benar benar hamil
Saya last period 20/6/2024 tetapi selepas itu saya kekejangan perut, selera makan kurang, sakit belakang, sakit kepala, mood swing, dan muka naik jerawat, jadi saya guna kan PREGNANCY TEST, keputusan nye negatif,
Untuk memastikan sama ada anda benar-benar hamil, adalah disarankan untuk: 1. Tunggu beberapa hari dan ulang uji kehamilan. Kadang-kadang ujian awal mungkin tidak menunjukkan kehamilan jika dilakukan terlalu awal. 2. Jika simptom-simptom seperti perut kekejangan, selera makan kurang, sakit belakang, sakit kepala, mood swing, dan jerawat muka anda berterusan, adalah baik untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut. 3. Doktor boleh melakukan ujian darah atau pengimbasan untuk mengesahkan kehamilan. 4. Amat penting untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian jika anda memang sedang hamil. Sila ambil perhatian bahawa simptom-simptom itu bukan sahaja berkaitan dengan kehamilan dan boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain. Konsultasikan diri anda dengan pakar kesihatan untuk penjelasan yang lebih tepat. https://invl.io/cll7hzz
Baca lagihi sis.. 20/6 tu sis habis period ya? kalau dalam seminggu selepas habis period sis alami tanda2 gitu mungkin sis dalam fasa ovulation, atau bahasa mudahnya telur sis tengah subur. so sis boleh la kerap bersama suami kalau nak dapatkan anak. next month kalau sis tak datang period seperti selalunya or rasa terlalu lama tak period then sis boleh check pregnancy test okay.. sis boleh baca serba sedikit tentang menstrual cycle, walaupun period tak teratur kadang2 dengan memahami menstrual cycle dengan tanda2 yg berlaku kat badan kita, insyaAllah sis boleh dapatkan anak.. good luck sis!! saya doakan sis berjaya ya
Baca lagi20/6? skrg 30/6...20/6 Tu 1st day period ke? kalau 1st day period Pon,period lum habis lagi selalu nya. period awak 2-3 dah habis ke? ke 20/6 Tu last day or period? confused Aku. terlalu awal nak detect anything..silap2,lum Hari ovulation lagi..tggu next cycle period..tanda org pregnant kdg² seakan org NK period. delay period Tu paling tepat utk upt test. jgn kecewa kn diri dgn test awal2..kdg² ibu yg upt+ Pon bole Ada kebarangkalian Akan Ada bleeding..
Baca lagiBoleh jadi tu simptom nak ovulation tu sis. dia seakan2 sama. cuba beli opk test. time ni sesuai check, check tgok bila terang 2 line. masa tu boleh bersama dgn suami. senang nak lekat 😁 sy pakai tips mcm tu la dulu, beli opk test bnyk2 test stiap hari , dpat je 2 line terang pekat terus bersama dgn suami malam tu. Alhamdulillah skarang dah preggy . semoga sis berjaya jugak
Baca lagiKalau period dh lambat bru check sis ade org 2 hari Sblm period dh boleh nmpk double line ade org 2 mggu lewat period bru nmpk mcm sy lewat 4 hri bru clear terang keluar double line so sy nasihat sabar dlu prmpuan nieh too sensitive dgn perubahan hormone. Lepas Kahwin period lambat pon normal so apa2 pon biar dlu kalau jenis regular period lagi sng detect kite pregnant
Baca lagiSy hari tu cek upt nmpk double line tp kabur .Pastu tiba-tiba ada pendarahan berlaku tp sikit.. perut makin sakit setiap hari mcm org nk period..mula doc kta kencing kotor..mntak doc scan,sekali nmpk mcm ada fibroid..bila jumpa pakar, rupanya ada polips..Baru lepas opretion buang Polips.
upt positive baru hamil, selagi negative tu anggap je tak hamil, hormon problem. kalau period lambat pun upt negative means hormon problem, bukan pregnant. upt 2 line yes pregnant.
tq ibu bagi pembelajaran baru
cek bulan depan lg sis kalau belum period jgak, sy pun mcm tu jgak lewat period beberapa hari tp masi negatif bila test next month tu + da cepat ja naik garis
tu laa, sebab period yg nii pun dua hari dh habis,
better g klnik pakar sakit puan tuk buat chckup tu lebih afdhal tuk chck jika ada apa2 abnormal brlaku dlm bdn .mg dpmudahkan segalanya Allahuma amiin
Cek UPT jika haid lewat seminggu je 2 minggu. Baru 10 hari dari hari pertama haid kan.... Awal sangat nak cek UPT tu. Pantau dulu kitaran haid seterusnya
Kalau haid tak macam biasa, banyak kemungkinan, kena buat pemeriksaan dgn doktor. Kak ipar saya pantau 3 kali kitaran haid, sifat darah haid nya lain. Buat pemeriksaan dengan klinik ibu anak, ada fibroid. Dapat rujuk ke O&G untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Bukan nak takut kan ya. Sebagai awareness dgn kelainan sifat haid kita
Mummy of 1 energetic junior