Pantang Sendiri
Saya dh 7 bulan lebih skrg ni first baby. Nnt lepas bersalin saya risau sgt siapa nak jaga saya masa pantang. First baby mungkin taktau byk benda. Family belah sy xde siapa blh jaga, mak saya pun dh meninggal. Mak mertua stkt ni xde offer nk jaga, tp suami suruh duduk rumah mertua. Saya tak nak klu blh tkut x selesa. Jadi, ok ke pantang sendiri & apa persiapan yg perlu klu nk pantang sendiri? Tq

👉10 Tip Pemakanan Ini Bantu Mama Cepat Sembuh Masa Berpantang. 💘Selain daripada melakukan pelbagai rutin rawatan tradisional mengembalikan kesegaran badan, anda wajib menjaga aspek pengambilan makanan sepanjang berpantang Anda perlu betul-betul berpantang makan. Ini adalah tempoh pemulihan selepas tubuh 'bekerja' keras sepanjang tempoh kehamilan dan semasa proses kelahiran. . 💘Amalan pemakanan berpantang yang betul memainkan peranan penting mengembalikan tubuh badan yang sihat dan bertenaga semula. Berikut adalah antara perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam aspek pemakanan ketika berpantang. . 1.✅ Makanan kering di minggu pertama 👉Pada minggu pertama, anda digalakkan makan makanan kering bagi membantu mengecutkan rahim. Waktu makan juga mesti tepat untuk mengelakkan perut dimasuki angin. Nasi yang dimakan perlulah dalam keadaan masih panas dan kadarnya sederhana. Tidak mengapa jika anda makan kerap tetapi elak makan jumlah yang banyak. . 👉Pada minggu kedua dan seterusnya pula, anda sudah boleh mula makan makanan yang berkuah seperti sup sayur, sup ikan dan buah-buahan supaya badan mendapat makanan berkhasiat. . 2.✅ Elak makanan berlemak 👉Semasa berpantang, hindari diri daripada mengambil makanan berlemak dan berminyak. Jika anda prihatin terhadap pengurangan berat badan, kawallah makanan yang diambil. Oleh itu, banyakkan makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman serta buah-buahan di samping sumber protein yang lain. . 3.✅ Pengambilan air mencukupi 👉Orang tua-tua dahulu melarang ibu lepas bersalin minum air dalam jumlah yang banyak dalam satu-satu masa. Ia dikatakan boleh menjadi punca perut buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim dan faraj longgar. 👉Namun, air penting untuk penghasilan susu ibu dan membantu proses penyembuhan. Jadi, pastikan anda cukupkan pengambilan air sekurang-kurangnya dua liter sehari tetapi ia diambil dalam amaun yang sedikit setiap kali. . 4.✅ Jangan lupakan halia 👉Dalam menu masakan berpantang, biasanya halia wajib ada. Ia bersifat ‘panas’ dan ‘kering’. Sebab itulah, anda digalakkan mengambil halia semasa berpantang untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman. 👉Tetapi, jika bayi mengalami jaundis, anda perlu mengelakkan diri daripada makan halia buat sementara waktu. Dibimbangi paras bilirubinnya tidak turun akibat kandungan halia yang tinggi dalam susu ibu. 5.✅ Makanan penambah susu ibu 👉Anda sangat disarankan untuk mengambil makanan yang dipercayai boleh menambah susu ibu dan mengatasi masalah kesukaran membuang air besar. Makanan tersebut adalah seperti cekur manis, lobak merah dan putih; peria dan pegaga. 👉Sekiranya diambil secara kerap, ia juga membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh. Jadi, ia baik untuk kesihatan anda. . 6.✅ Pemberi tenaga 👉Anda boleh mengamalkan minuman rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi dan malam untuk memastikan badan anda kembali bertenaga. . 7.✅ Baik untuk antioksida 👉Semasa dalam pantang, anda perlu membuang toksin dalam badan supaya kembali segar. Antara ulam yang sesuai dimakan ialah pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daun kesum dan halia. 👉Ulam-ulaman ini bersifat anti oksida kerana mengandungi serat, zat galian dan pelbagai vitamin antaranya A, C dan E. . 8.✅ Banyakkan makan ikan segar 👉Pemilihan ikan segar sebagai makanan pantang juga penting. Ikan segar dan tidak gatal yang sesuai untuk ibu berpantang ialah haruan, tenggiri, selar, merah dan banyak lagi. 👉Elakkan pengambilan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk. Jika salah pengambilannya, anda berisiko mengalami alahan dan boleh menyebabkan bentan. . 9.✅ Makanan penyembuh 👉Untuk memastikan luka kembali sembuh, buah oren mempunyai khasiat penyembuhan. Ia mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi untuk mengembalikan kesihatan badan anda. 👉Selain itu, elakkan makanan yang menjalar, berangin dan sejuk. Antaranya seperti kangkung, timun, sayur keladi, bayam dan rebung. Minuman seperti tebu dan cincau juga tidak boleh. Buah seperti jambu, nanas, pisang, cempedak pun sama. Larangan makanan ini kerana ia boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan lemah sendi. . 10.✅Kecutkan rahim 👉Amalan makan kunyit bersama nasi panas selama 40 hari, mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman. Malah kunyit juga dijadikan minuman untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. 👉Namun, anda perlu mengelakkan makan kunyit buat sementara waktu sekiranya bayi masih lagi dijangkiti jaundis.
Baca lagi


